Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Ekosistem Di Hutan Paya Bakau

paya bakau
Pengenalan Hutan Paya Bakau Likas

Hutan paya bakau Likas berdekatan dengan kawasan pinggiran laut dan muara sungai dan terletak di dalam zon pasang surut di mana air pasang membawa air masin dari laut dua kali sehari.
Kawasan pokok bakau Likas merupakan habitat kepada pelbagai spesies tumbuhan dan menjadi punca makanan bagi ikan, udang dan ketam yang mempunyai ciri-ciri morfologi dan fisiologi yang istimewa dan unik yang berfungsi untuk penyesuaian kepada persekitaran yang sentiasa mengalami air pasang surut, kemasinan air yang tinggi, keadaan tanah berlumpur, terdedah kepada pukulan ombak serta tiupan angin sepanjang masa.


Organisma Yang Mendiami Hutan Paya Bakau Likas

Sejenis ikan yang paling kerap dijumpai di kawasan paya bakau. Ikan ini boleh bergerak di permukaan tanah/darat. Ia boleh bernafas melalui insang dan melalui kulitnya. Ia menyimpan sedikit air didalam lehernya untuk membolehkan ia mendapat oksigen. Selepas beberapa minit, ikan ini mesti kembali ke air untuk bernafas. Ikan jantan selalu berlaga antara satu sama lain.


Hutan paya Bakau Likas

Kebanyakan spesis pokok bakau yang terdapat di sini terdiri daripada keluarga yang berbeza tetapi secara amnya mempunyai ciri-ciri yang serupa seperti akar pernafasan dan tabiat percambahan biji secara vivapari. Spesis-spesis pokok bakau yang biasa dijumpai terdiri dari


Rhizophora
Pokok spesis ini mempunyai banyak akar jangkang. Daunnya bujur tajam di hujung, hijau kehitaman tetapi daun muda kemerahan. Batang berbentuk silinder dengan banyak lantisel. Bunga spesis ini berwarna kuning dan selalunya berpasangan. Warna buahnya perang dengan bahagian hujung berpanjangan. Ia tumbuh pada kawasan Lumpur di muara sungai. Contoh spesis pokok ini adalah Rhizophora apiculata (Bakau Minyak) mempunyai batang berwarna kelabu dan ianya licin dan Rhizophora mucronata (Bakau kurap) mempunyai kulit yang kasar dan berwarna kelabu gelap dengan rekahan yang mendatar.


Avicennia atau api-api
Pokoknya kecil atau bersaiz sederhana dengan akar pernafasan kelihatan macam pensel. Daunnya berbentuk bujur dengan hujung yang tajam atau bulat. Bunganya berwarna jingga kekuningan. Buahnya berbentuk telur dengan hujung yang tajam dan dilitupi oleh bulu disebut tomentum. Batang pokok berbentuk silinder dengan liang pernafasan (lantisel). Pada kebiasaanya ia tumbuh berhampiran dengan air laut.

2 ulasan:

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS