Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

SEKTOR PERTANIAN MENGANCAM KESIHATAN EKOSISTEM DI MALAYSIA

SEKTOR PERTANIAN


Pengenalan

Pertanian mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar dan merupakan salah satu sektor yang amat penting bagi menjana ekonomi Negara dan menyediakan bekalan makan untuk manusia. Namun begitu aktiviti pertanian yang keterlaluan akan menyebabkan gangguan kepada ekosistem yang setabil. Oleh itu, beberapa hujah bagi bersetuju bahawa sektor pertanian mampu mengancam kesihatan ekosistem di Malaysia.


sektor pertanian mengancam kesihatan ekosistem di Malaysia

Pertanian di Malaysia dikatakan banyak membawa kesan negatif kepada ekosistem persekitaran. Ini bolehlah di lihat daripada pengunaan racun serangga yang berlebihan bagi mengatasi masalah serangan serangga perosak. Serangan serangga perosak boleh menyebabkan hasil pertanian berkurang dan menyebabkan kerugian kepada pengusaha kebun berkenaan. Bagi mengetasi masalah serangan serangga perosak ini, wujudlah racun serangga kimia yang lebih berkesan menghapuskan serangga perosak. Kejayaan pengunaan racun kimia telah memberi sumbangan besar melalui hasil pertanian meningkat. Namun begitu, pengunaan racun kimia ini bukan sahaja membunuh serangga perosak malahan hidupan liar yang lain turut musnah. Disamping itu, sistem rantai makanan yang sedia ada akan megalami kesan daripada kematian hidupan liar tesebut akibat di racun dan apabila salah satu rantai makanan terjejas maka, setiap sistem rantai makanan akan mengalami perubahan. Dalam pengunaan racun rumpai pula selalunya memusnahkan rumpai yang memberi makanan dan tempat berlindung bagi serangga-serangga yang berfaedah kepada petani dan ekosistem semula jadi. Selain itu, pengunaan racun serangga berulang-ulang kali menyebabkan akhirnya serangga tersebut tahan dari pada racun tersebut dan akirnya juga wujud satu lagi serangga baru yang lebih tahan menerima racun serangga akibat perubahan genetiknya. pengunaan racun serangga akan menyebabkan pengurangan kepelbagaian biologi, dan menyebabkan ekosistem menjadi tidak setabil.

Disamping itu, penghasilan tumbuh-tumbuhan baru melalui pembiak-bakaan semula tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri yang terbaik meningkatkan pengeluaran hasil pertanaian. Walau bagaimanapun, oleh kerana soal kualiti biologi di ketepikan dan menutamakan rupa dan hasil. Maka, tumbuhan utama tadi akan di ketepikan dan tidak lagi diusahakan. Kesannya, tanaman baru akan mengantikan tempat bagi tumbuhan asal yang lebih baik dari segi tahan serangan serangga perosak, buah cepat matang, hasil yang banyak dan sebagainya dengan di sertakan kepupusan tumbuhan asal. Jelas disini perkembangan dan pembangunan sektor pertanian akan menyebabkan perubahan kepada ekosistem yang sedia ada.

Pembukaan kawasan hutan bagi tujuan pertanian menyebabkan banyak hutan yang dimusnahkan. Kemusnahan hutan bukan sahaja menyebabkan banyak tumbuh-tumbuhan yang berfaedah musnah malahan banyak hidupan liar yang mati akibat kemusnahan di tempat habitat mereka, kerana perubahan yang berlaku di tempat tersebut. Selain itu, pembukaan hutan dengan cara pembakaran hutan secara terbuka juga punca. Contohnya pembakaran hutan di Indonesia bagi tujuan pembukaan kawasan hutan untuk pertanian, dimana sampai di satu tahap api yang membakar hutan sudah tidak mampu untuk di padam dan merebak ke dalam hutan yang menyebabkan berhektar-hektar hutan musnah akibat terbakar malahan, ia juga menumbang kepada wujudnya jerebu yang boleh menjejaskan manusia. Keadaan ini menyebabkan keadaan ekosistem tersebut megelami kesan dari pada kegiatan pertanian.


Selain itu, pembukaan kawasan hutan juga menyebabkan air sungai berdekatan akan tercemar dan semakin cetik akibat daripada hakisan yang dibawa oleh air hujan iaitu air larian permukaan(ranoff). kegiatan pertanian ini boleh mendedahkan permukaan tanih kepada kejadian hakisan permukaan yang boleh dikatakan serius oleh kerana di Malaysia kadar penerimaan hujan adalah tinggi. Ia bukan sahaja boleh menipiskan lapisan tanih dan mengurangkan kesuburan, malah boleh menyumbang kepada peningkatan sedimentasi di sistem saliran sungai iaitu, wujudnya mandapan daripada hakisan. Kadangkala apabila hujan yang lebat sungai tersebut tidak mampu menampung air yang banyak makan melimpah menjadi air banjir. Selain itu, pokok-pokok besar yang mempunyai sistem akar yang berfungsi mencekam permukaan tanah tapai apabila pokok tersebut ditebang maka sudah tidak ada akar yang mencengkam tanah tersebut yang boleh mendatangkan tanah runtuh.


Pertanian boleh menyebabkan ganggun terhadap ekosistem, keadaan ini boleh di lihat melalui pertukaran kawasan hutan kepada kawasan pertanian. Kegiatan ini boleh menyebabkan kemusnahan hutan dan memberikan impak kepada ekosistem. Pertukaran hutan kepada hujan kepada kawasan pertanian juga mengakibatkan gangguan terhadap flora dan fauna, ini kerana habitat yang tinggal di hutan terpaksa menyesuaikan diri terhadap persekitaran baru. Masalah juga timbul di kawasan pertanian kerana haiwan yang dulunya tinggal di hutan mengalami kejutan persekitaran. Beberapa spesies dapat menyesuaikan diri kepada persekitaran pertanian dn beberapa spesies yang dapat hidup di kawasan pertanian pula kebanyakannya dianggap makhluk perosak dan keadaan menjadi lebih buruk lagi dimana spesies ini hidup tanpa musuh dan membiak dengan banyaknya.

Penebangan hutan untuk penyediaan kawasan pertanian juga menyebabkan gangguan terhadap ekosistem serta persekitaran hutan tersebut. Ini kerana penebangan hutan dengan menggunakan jentolak dan mesin rantai menyebabkan spesies-spesies hutan hujan yang berakar rendah musnah. Kesan yang amat jelas melalui aktiviti ini ialah kehilangan kawasan tadahan air. Hutan-hutan di tebang bagi penyediaan kawasan tanaman yang memerlukan tapak yang besar seperti tanaman kelapa sawit sehingga mencecah hingga 1000 hekter ke atas amat jelas kegiatan ini mengancam kesihatan ekosistem serta persekitaran. Pembukaan hutan tersebut boleh menyebabkan kawasan tadahan air amat sedikit ini kerana akar pokok kelapa sawit tidak sama fungsinya dengan tumbahan hutan terhadap penyerapan air oleh itu kawasan – kawasan tanaman kelapa sawit mempunyai kawasan tadahan air yang amat sedikit. Penebangan hutan juga menyebabkan air larian permukaan akan terus mengalir ke sungai tanpa sebarang penyerapan. Keadaan ini mengakibatkan hakisan tanah kerana apabila hujan turun titisan tersebut akan terus jatuh ke permukaan dan memberikan kesan kapada hakisan permukaan.

Kawasan pertanian secara tidak langsungnya menyebabkan kerosakan kepada ekosistem akibat daripada perkembangan kawasan pertanian tersebut. Keadaan ini dapat dilihat melalui penanaman kelapa sawit dan getah. Dua jenis tanaman ini menyebabkan perkembangan melalui sektor industri. Jika dilihat tanaman ini menyumbangkan keuntungan kepada sektor ekonomi dan menyebabkan pembinaan kilang-kilang pemprosesan bahan mentah untuk mendapatkan hasil. Kawasan-kawasan kilang ini di bina berhampiran dengan kawasan tanaman tersebut bagi mengurangkan kos perjalanannya. Walaupun tanaman tersebut menyumbang kepada sektor ekonomi dan penyelidikan namun haruslah dilihat beberapa kesan yang timbul akibat daripada pembinaan kilang tersebut. Kesan yang dapat dilihat daripada pembinaan kilang tersebut terhadap ekosistem ialah pencemaran air. Pencemaran air oleh kilang-kilang yang memproses bahan mentah tersebut ini kerana kilang tersebut memerlukan berjuta-juta gelen air untuk memproses dan bagi kegunaan lain setiap hari. Ini bermakna bilangan ifluen bertambah banyak setiap hari. Keadaan bertambah buruk lagi apabila eflluen tersebut dilepaskan ke sungai-sungai yang berdekatan dengan kilang – kilang tersebut. Efluen yang dilepaskan mengandungi pepejal organik dan bukan organik mempunyai potensi menyerap oksigen yang tinggi seperti ; nilai permintaan biokimia (BOD), nilai permintaan oksigen kimia (COD), kandungan nitrogen. Sisa – sisa tersebut akan di alirkan kedalam sungai secara langsung tau tidak langsung. Aktiviti tersebut menyebabkan habitat dalam sungai akan musnah dan mengancam ekosisitem sungai.

Selain itu, akibat perkembangan pertanian menyebabkan penggunaan secara meluas iaitu racun herba dan racun serangga sebagai langkah kawalan untuk menjaga hasil tanaman pertanian. racun-racun yang digunakan bagi menjaga tanaman mengandungi tosik akibat campuran bahan-bahan kimia. Racun-racun tersebut yang digunakan menyebabkan serangga-serangga mati dan jika ia digunakan dalam tempoh masa yang panjang ia akan menyebabkan kitaran ekologi akan terjejas ini kerana racun yang digunakan juga adalah bertujuan untuk mematikan rumput-rumput rumpai. Walaupun racun perosak ini penting kepada petani namun kandungannya memberikan


kesan kepada manusia dan persekitaran. Semburan akan disembur keatas tanah ataupun di permukaan daun oleh petani dan ini menunjukan bahawa kesannya amat ketara, contoh yang boleh di berikan ialah sekiranya serangga tersebut mati bermakna ia telah menggangu rantai makanan, serangga yang disembur menggunakan racun perosak akan mati dan haiwan pemangsa yang lain akan kehilangan punca makanan dan jelaslah ia penggunaan racun perosak pada tanaman pertanian memberikan kesan terhadap ekosistem persekitaran.


Kesimpulan

Daripada hujah di atas jelaslah bahawa aktiviti pertanian yang dijalankan di Malaysia mengancam ekosistem persekitaran . oleh itu, sektor pertanian perlulah dirancang bagi mengurangkan kesan daripada sektor pertanian yang mampu menyebabkan gangguan ekosistem.


Rujukan

Sham Sani Ph.D dan Abdul Samad Hadi Ph.D, Pembangunan Dan Alam Sekitar Di Malaysia, Isu Dan Pengurusannya, Jabatan Geografi Universiti Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka 1990.

S. Robert Aiken, Colin H. Leigh, Thomas R. Leinbach, dan Michal R. Moss, Terjemahan Sulong Mohamad, Pembangunan Dan Persekitaran Di Semenanjung Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka 1994.

Abdulah Mohamad Said, Pengurusan Sumber Dan Alam Sekitar, Institut Teknologi MARA, Shah Alam 1999.

1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Penghantar Persekitaran Fizikal, Universiti Pendidikan Sultan Idris 2002.

3 ulasan:

  1. alamak..kteowang bru jer dpt projek pertanian..huhu

    BalasPadam
  2. 太好了,我找到了我一直在寻找.

    BalasPadam
  3. esok ada debat. blog ni sgt membantu

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS