
Hujung minggu baru-baru ni sempat balik kampung tidur semalam di rumah indu(mama). Pada ke esok harinya seawal jam 7.00 pagi lagi kami pergi ke Tamu Gadong yang berdekatan dengan SMK. Gadong tidak jauh daripada rumah Indu(mama) lebih kurang 5 KM. Dekat tamu Gadong banyak benda dan bahan makanan mentah, seperti ikan, udang, ketam, sayur-sayuran, kuih muih, sagu, jual pokok bunga pun ada dan macam-macam lagi boleh didapati. saya memang suka datang ke tamu kerana banyak makan kampung yang tak ada dibandar boleh dijumpai di sini dan harga pun berpatutan(tiada GST hee) kalau mahu membeli barangan...