♠ Posted by amsran in blue porter weed,pembangunan sumber,RANCANGAN PEMBANGUNAN SUMBER BLUE PORTER WEED at 5:26 PG
TAJUK : RANCANGAN PEMBANGUNAN SUMBER BLUE PORTER WEED
1.0 Pengenalan
Bagi mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam usaha membangunkan Negara, memajukan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat usaha-usaha yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi memanuhi keperluan semasa masyarakat yang semakin meningkat. Oleh itu, usaha untuk membangunkan sumber alam untuk memenuhi keperluan masyarakat disamping dapat menjana ekonomi Negara.
Dalam membangunkan sumber alam blue porter weed aspek-aspek tertentu pada tubuhan ini perlu di ketahui dari segi potensinya yang boleh digunakan untuk mebangunkannya. Oleh itu, penyelidikan perlu dilakukan pada tumbuhan ini sebagai langkah memulakan pembangunan. Dengan adanya teknologi penelidikan terkini blue porter weed boleh dimajukan sebagai sebuah produk yang berpotensi dan berdaya saing pada masa hadapan.
Sumber alam didifenisikan oleh beberapa orang ahli serjana. Sumber alam yang seringkali disebut sebagai sumber asli adalah semua zat atau bahan yang wujud dalam alam semesta yang dihargai, bermanfaat dan digunakan oleh manusia. Daripada perspektif ekologi adalah bahan yang berguna kepada kehidupan manusia (Camp dan Daugherty 1997). Bagi Rees(1990) pula, pengertian sumber alam adalah dinamik, boleh berubah dari masa ke semasa mengikut perubahan alam, pengetahuan dan teknologi semasa. Oleh kerana sumber alam digunakan oleh manusia maka pengertiannya sangat dipengaruhi oleh keadaan social di sesuatu tempat dan pada waktu yang tertentu (Mitchell 1989). Bradford dan Kent 1994 menmbah bahawa semua zat atau bahan yang pada alam sekitar fizikal, sama ada yang boleh dirasa, disentuh, dilihat, didengar, atau dihidu menggunakan panca indera manusia seperti air, tanih, logam, gas berwarna dan haiwan, atau yang sebaliknya tidak boleh dirasa seperti udara yang beroksigen, pemendangan yang cantik, angina dan bahangan matahari, yang bermanfaat kepada manusia adalah sumber alam.
2.0 Matlamat Menyediakan Rancangan Pembangunan
Penyediaan rancangan pembangunan ini adalah bertujuan untuk membangunkan sumber alam yang terdapat di dalam negara kita kerana sumber-sumber alam ini berpotensi untuk dibangunkan. Disamping itu, ia juga dapat menggalakkan penjagaan alam sekitar untuk memastikan keseimbangan antara keperluan pembangunan dengan alam sekitar dapat dikekalkan. Malahan, penyelidikan dan pembangunan akan dipergiatkan untuk terus menyokong pengurusan alam sekitar dan pengunaan sumber asli secara mampan. Usaha-usaha ini akan menambah baik pelindungan alam sekitar dan pemuliharan sumber asli yang menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup.
Rancangan pembangunan sumber alam ini membolehkan kita menganggarkan jumlah pelaburan yang diperlukan untuk mengharungi tempoh pelancaran dan pembangunan pasaran. Rancangan pembangunan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah peta perjalanan yang memberi garis panduan tentang perjalanan untuk menuju ke destinasi tertentu. Ia menerangkan cara bagaimana sesebuah organisasi boleh mencapai objektifnya atau bergerak maju ke tahap yang lebih baik dari kedudukan sekarang. Ia memberi maklumat terperinci dan menerangkan setiap langkah yang harus diambil.
Rancangan pembangunan juga sangat berguna dalam usaha untuk mengagih sumber-sumber dana dengan lebih teratur. Sumber-sumber yang ada, sama ada dari segi
kewangan, sumber manusia, peralatan, bahan-bahan dan juga masa adalah terhad dalam
sesuatu jangka masa tertentu. Maka pengagihan sumber perlu dilakukan dengan baik
supaya memperoleh hasil yang optimum.
Melalui proses yang dijalankan terhadap sumber alam ini dijangka dalam tempoh 5 tahun
Kemudian sumber alam ini pasti akan berjaya dibangunkan dan dijangka juga kadar kenaikan KDNK sebanyak 10% . Disamping itu, dijangka juga kadar pengangguran akan dapat dikurangkan sebanyak 15% dan dapat meningkatkan sumber pendapatan ekonomi negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan peruntukan sektor pertanian sebanyak RM11,435 juta daripada RM89,886 juta peruntukan ekonomi. Dan dianggarkan sebanyak RM 10 juta perlu diperuntukkan bagi pembangunan sumber alam ini. Usah pembangunan sumber alam ini perlulah dijalankan oleh pihak-pihak atau intitusi yang berkaitan.
3.0 Rancangan pembangunan sumber alam Blue Porter Weed
Sebelum memulakan rancangan pembangunan sumber blue porter weed kita perlulah mengenali ciri-ciri tumbuhan dan kegunaannya pada masa kini bagi tujuan memudahkan rancangan pembangunan seterusnya.
Rajah ; pokok dan bunga blue porter weed.
Blue porter Weed atau nama saintifiknya Stachytarpheta jamaicensis[ L.] Vahl. Spises yang sama dengan blue porter weed seperti S. marginata Vahl., S. pilosiuscula H.B.K., S. villosa Turcz., S. urticifolia Dalz. et Gibs., Verbena indica L., dan V. jamaicensis L.
Nama tempatan bagi blue porter weed ialah seperti Pecut kuda,Verbena, blue snakeweed, Brazilian tea, gervao, verbena azul, Cayenne snakeweed, auoiuoi, yulong. Berasal daripada familie Verbenaceae.
Rajah ; pokok blue porter weed yang tumbuh liar.
3.1 Ciri-ciri sumber
Ciri-ciri pokok blue porter weed adalah ia biasanya tumbuh liar di tepi jalan, tanah lapang, dan tempat-tempat yang sesuai untuk pertumbuhannya. Tanaman yang berasal dari Amerika tropika ini dapat ditemui di kawasan yang cerah dan terlindung dari sinar matahari. Pokoknya mempunyai ketinggian antara 20 hingga 90 cm serta tumbuh tegak. Daun tunggal, bertangkai, dan mempunyai urat daun yang kasar. Helaian daun berbentuk bulat telur, pangkal menyempit, hujung runcing, tepi bergerigi, permukaan jelas berlekuk-lekuk, panjang 4-8 cm, lebar 3-6 cm, berwarna hijau tua. Bunga majmuk tersusun mengelilingi buah yang memanjang, seperti biji bakau, panjangnya 4- 20 cm. Bunga mekar dalam waktu yang berbeza, ukurannya kecil, berwarna ungu, jarang berwarna putih. Buah berbentuk garis, berbiji 2. Biji berbentuk jarum, berwarna hitam. Untuk jenis Stachytarpheta indica Vahl., tingginya mencapai 2 meter, dipelihara sebagai tanaman pagar dan mempunyal khasiat ubat yang sama dengan jenis Stachytarpheta jamaicensis [L.] Vahl. Blue porter weed membiak melalui biji benih. blue porter weed mempunyai rasa pahit, ia sangat berkhasiat, dan mampu membersihkan darah, antiradang dan peluruh kencing(diuretik).
3.2 Keggunaan dan pengunaan sumber
Kegunaan pokok blue porter weed iaitu bahagian yang digunakan adalah herba diperbuat daripada pokok, bunga, dan akar. Cara menyediakan, cuci dahulu dan potong-potong, kemudian jemur sampai kering. Herba yang dihasilkan, digunakan untuk mengubati infeksi dan batu saluran kencing, sakit tenggorokan kerana radang (faringitis), batuk, rematik, dan haid tidak teratur. Bunga dan tangkainya digunakan untuk mengubati radang hati (hepatitis A). Bahagian akar digunakan untuk mengubati keputihan (leukore).
Penggunaan ubat-ubatan daripada blue porter weed dalam perubatan tradisional sangat terkenal oleh itu ia patut di perkenalkan kepada masyarakat dan kemposisi blue porter weed mengandung glikosida flavonoid, dan alkaloid. Cara pengunaan herba adalah dengan meminum air rebus 15-30 g herba kering atau 30 - 60 g herba segar. Untuk pemakaian luar, giling herba segar sampai halus, lalu tempelkan ke bagian tubuh yang sakit, seperti bisul, radang kulit bernanah, dan luka. Dapat mengubati radang tenggorok dan menyebabkan batuk sediakan 50 g herba blue porter weed segar, 2 biji kencur dalam ukuran sedang, 2 ulas bawang putih. Cuci bahan-bahan tersebut, lalu tumbuk sampai halus. Tambahkan 1/2 cangkir air gula sambil di adun rata, lalu perah dan saring. Kemudiannya, minum air yang di kumpul, lakukan 3 kali sehari, selama 3 hingga 5 hari. Mengubati keputihan dengan cara cuci 50 g akar blue porter weed segar, lalu iris-iris dengan saiz yang bersesuaian. Tambahkan 3 gelas air bersih, lalu rebus sampai 1 gelas. Setelah sejuk, saring dan air saringannya dibagi untuk 2 kali minum, pagi dan malam, masing-masing 1/2 gelas. Mengubati hepatitis A dengan cara cuci 5-10 tangkai bunga blue porter weed sampai bersih, lalu potong-potong bahagian yang diperlukan. Tambahkan gula batu secukupnya, lalu rebus dalam 3 gelas air sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin, saring dan air saringannya diminum. Lakukan setiap hari sampai sembuh.
Mengubati rematik dengan cara cuci 30-60 g herba blue porter weed segar, lalu potong-potong mengikut saiz yang bersesuaian. Rebus dalam 3 gelas air bersih sampai air rebusannya 1 gelas. Setelah sejuk, saring dan air saringannya diminum sehari 2 kali, masing-masing 1/2 gelas.Ubat-ubatan yang dihasilkan ini tidak sesuai digunakan oleh ibu yang hamil kerana ia boleh menyebabkan keguguran.
Daripada apa yang dilihat diatas kita dapat mengenalpasti potensi sebenar blue porter weed dalam dunia perubatan. Oleh itu, satu usaha bagi membangunkan tumbuhan ini amatlah digalakkan.
4.0 Maklumat Am Pembangunan
Nama Syarikat/kilang : BLUE PORTER WEED CENTRE
(Firma/syarikat Sistem Francais)
2. Alamat & No. Tel :
No. 123, Jalan KKIP 123,
Taman Perindustrian Indah Permai
88858 Kota Kinabalu
Sabah.
3. Tarikh Beroperasi : 25 Ogos 2007
4. Modal: RM1, 000,000
5. Jenis Perniagaan : produk perubatan
4.1 Carta aliran proses pengeluaran kilang
Setiap produk kesihatan mempunyai cara dan kaedah penghasilan yang tersendiri. Cara dan kaedah ini telah dbukukan dalam buku manual penghasilan produk kesihatan firma. Manual ini merupakan harta intektual firma yang mana merupakan resipi utama dalam menghasilkan produk kesihatan daripada ramuan blue porter weed.
Manual ini tidak disediakan bersama kertas rancangan perniagaan ini. Dokumen ini sedia untuk ditunjukkan kepada mana-mana pihak yang berkenaan apabila diperlukan.
5.0 Ciri-ciri Umum Produk Yang Akan Dibangunkan.
Syarikat menjalankan penghasilan produk kesihatan. Pembangunan produk kesihatan syarikat/firma termasuklah Mengubati rematik, Mengubati keputihan, ubat kegunaan luaran iaitu tempelkan ke bagian tubuh yang sakit, seperti bisul, radang kulit bernanah, dan luka, mengubati infeksi dan batu saluran kencing, sakit tenggorokan kerana radang (faringitis), batuk, haid tidak teratur dan mengubati radang hati (hepatitis A).
Produk yang dihasilkan dalam bentuk cecair yang dibotolkan dengan jenama Blue Porter weed Centre dan di bawa jenama ini tertera fungsi ubat sama ada untuk kegunaan dalaman atau luaran.
Syarikat dijangka akan dapat menarik minat ramai masyarakat untuk mencuba dan
seterusnya menggunakan produk yang disediakan oleh firma. Ini kerana kesihatan amat penting kepada setiap manusia.
5.1 Pasaran Am
Penjagaan kesihatan amatlah diambil berat terutamanya oleh masyarakat moden masa kini yang amat mementingkan kesihatan diri. Ini adalah kerana masyarakat pada zaman ini banyak berkecimpung di dalam kerjaya profesional dan perniagaan sendiri yang setaraf dengan masyarakat luar negara. Oleh sebab itu kebanyakan masyarakat kita amat mengambil berat tentang masalah kesihatan diri masing masing agar kelihatan muda, bergaya, sihat, ceria, dan yakin.
Perkembangan industri kesihatan pada masa ini adalah amat meyakinkan dan mempunyai prospek yang besar untuk terus berkembang maju selaras dengan peningkatan taraf masyarakat seperti yang disebut diatas. Perkembangan Belanjawan 2008 yang memberikan kenaikan gaji kepada kakitangan kerajaan dan bonus tahunan, juga dijangka akan memberi kesan positif kepada perkembangan
industri ini.
5.2 Sasaran Pasaran Syarikat/firma
Pada peringkat awal pembangunan, fokus utama produk yang dibangunkan adalah tertumpu kepada pelanggan yang berada di Malaysia, iaitu: Secara amnya, permulaan pembangunan yang dipilih bagi menjalankan pernbangunan adalah baik dan berpotensi besar untuk berjaya.
Lokasi kilang atau syarikat juga akan dibina di kawasan komersial yang berhampiran
dengan pusat-pusat perniagaan, perkembangan komersil, klinik pusat beli belah akan memberikan peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan.
Pelangan-pelangan yang disasarkan mempunyai ciri-ciri berikut:-
i. golongan berumur diantara 18 – 45 tahun.
ii. Wanita bekerja.
iii. Golongan yang menghadapi masalah kesihatan.
5.3 Strategi Pasaran
Diantara strategi-strategi adalah seperti berikut;
i. Mempertingkatkan mutu produk di premis yang baru dibangunkan. Mutu produk akan lebih professional memandangkan produk ini telah digunakan secara traditional sebelum ini.
ii. Campuran antara produk tradisional dan moden menambah lebih banyak pakej-pakej menarik dengan penghasilan produk baru.
iii. Khidmat bimbingan kesihatan dan khidmat nasihat akan diberi secara percuma kepada masyarakat yang ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana produk ini berfungsi.
iv. Membuat iklan di media Massa iaitu melalui tv, radio, internet, majalah, surat khabar dan sebagainya.
Dengan menjalankan strategi-strategi yang telah dikenalpasti diatas, firma
dijangka akan dapat berkembang dengan baik, dapat menambah pasaran,
dan dapat memberikan kepuasan kepada penguna.
5.4 Aspek Kewangan
Jumlah Harta (Kos Projek) dianggarkan kos bagi memulakan pembangunan sumber blue porter weed telah dikumpulkan sebanyak RM1,000,000 untuk memenuhi keperluan seperti ubahsuai, mendapatkan peralatan dan sewa atau mendapatkan tapak kilang.
5.5 Prestasi Jangkaan
Firma dijangka dapat mencatatkan jualan sebanyak RM 832,740.00 pada tahun pertama. Purata jualan sebanyak RM69,395 sebulan adalah bersesuaian dengan perniagaan firma yang masih baru.
Syarikat dijangka mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM 110,821.00 pada tahun pertama operasi diikuti dengan RM 113,891.00 dan RM 116,610.00 pada tahun kedua dan ketiga. Ini memberikan pulangan atas pelaburan yang amat menarik.
Unjuran aliran wang tunai menjangkakan firma mempunyai lebihan wang tunai yang mencukupi untuk membayar faedah serta pokok pinjaman.
Kedudukan unjuran keatas nisbah semasa menjangkakan firma berkeupayaan untuk membayar semua hutang semasanya dengan selesa.
Kedudukan pulangan modal berada pada tahap sekitar 70% daripada jualan menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh firma mempunyai nilai sumbangan yang tinggi.
5.6 Senarai Cegaran
1. Perjanjian Pinjaman di antara Bank Pembangunan dan Infrastruktur
Malaysia Berhad dengan pemohon.
2. Senarai cagaran harta tetap yang ditawarkan.
i. Bil Jenis Harta Nilai pasaran
Rumah sesebuah setingkat seperti berikut:-
Lot 585, HS(M) 422
Lot 582, HS(M) 66
Lot 589, HS(M) 3
Lorong 10,Taman Indah Permai
Kota Kinabalu.
RM500,000
ii. Tanah ini telah pun dinilaikan oleh Juru nilai yang mahir dan berkaitan. Penilaian
adalah seperti yang dilampirkan.
Anggaran nilai cagaran daripada tanah ini adalah seperti berikut:-
Harga pasaran - RM500,000
Harga jualan paksa - RM400,000
Nilai cagaran (80%) - RM400,000
Lindungan cagaran - 62%.
iii. Dua orang penjamin akan digunakan untuk menampung pinjaman yang
tidak dilindungi oleh cagaran daripada tanah.
Jaminan pihak ketiga perlu oleh penama seperti berikut.
Nama Penjamin : Ambran Bin Sanuin
K/P ; 850224-12-5883
Pendapatan bersih ; RM800 sebulan.
Pendapatan Sebulan
(RM)
Perbelanjaan Sebulan
(RM)
Gaji bersih 8,000
Pendapatan lain 0,000
Jumlah pendapatan 8,000
Pendapatan bersih sebulan 800 Belanja sara hidup 3,000
Bayaran balik kenderaan 1,000
Cukai pendapatan 500
Jumlah belanja 4,500
Nama penjamin ; Ali Bin Kamal
K/P ; 844444-12-1212
Pendapatan bersih ; RM600 sebulan.
Pendapatan Sebulan
(RM)
Perbelanjaan Sebulan
(RM)
Gaji bersih 5,000
Pendapatan lain 1,000
Jumlah pendapatan 6,000
Pendapatan bersih sebulan 600 Belanja sara hidup 3,000
Bayaran balik kenderaan 1,200
Cukai pendapatan 500
Jumlah belanja 4,700
5.7 Pesaing-pesaing
Syarikat ini sebenarnya banyak pesaing yang membangunkan produk perubatan daripada tumbuh-tumbuhan semula jadi contohnya akar tongkat ali, kacip patima, red guara, dan sebagainya. Namun begitu, produk daripada blue porter weed masih belum lagi ada yang membangunkan dan ini tidak mampu menjejaskan permbangunan blue porter weed. Disamping itu, Strategi-strategi yang telah dirancangkan diatas dijangka cukup memadai untuk bersaing dengan pesaing ini.
5.8 Aspek Pengurusan
Pembangunan ini di urus oleh Amsran Sanuin dibantu oleh dua orang penyelidik daripada dua bahagian iaitu bahagian ubat kegunaan luaran dan dalaman. Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang keusahawanan.
6.0 Polisi kerajaan
Seperti polisi-polisi yang terkandung pada Rancangan Malaysia Kesembilan(RMKe-9) memainkan peranan bagi membangunkan sumber alam seperti blue porter weed ini. Menurut Rancangan Malaysia Kesembilan, prospek 2006 hingga 2010. usaha telah di tubuhkan kearah pembangunan industri bioteknologi yang berdaya saing. Sektor pertanian akan dipergiatkan semula sebagai jentera pertumbuhan ketiga dan penekanan akan diberikan kepada pertanian baru.bagai mencapai matlamat misi nasional Rancangan Malaysia Kesembilan, polisi-polisi atau dasar-dasar seperti memperkasakan pertanian dan industri asas tani, mempergiatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan menjana kekayaan melalui bioteknologi, memesatkan perdagangan pengedaran, dan meningkatkan perkhidmatan kewangan semua ini termasuk dalam teras pertama Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu meningkatkan ekonomi dalam rantai nilai yang lebih tinggi. Manakala, dalam teras kedua pula yang terlibat dalam pembangunan blue porter weed ialah seperti pengukuhan modal insan, memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi . Dalam teras keempat pula ialah pembangunan tenaga mampan, dan banyak lagi yang berteraskan meningkatkan kemampatan dan kuliti hidup. Teras yang seterusnya berkaitan tentang pengukuhan intitusi dan pelaksanaan. Kesemua teras dan kandungan teras menjadi sumber kepada peluang-peluang dan membuka ruang untuk pembangunan blue porter weed. Di samping itu, polisi-polisi ini juga memenuhi keperluan dalam proses pembangunan blue porter weed dalam setiap langkah yang digunakan sebagai teras pembangunan sumber alam ini.
7.0 Langkah-Langkah Yang Perlu Untuk Pembangunaan Blue Porter Weed
Langkah memulakan pembangunan blue porter weed perlu dijalankan melalui setiap aspek untuk pembangunan sumber alam. Potensi sumber ini untuk dibangunkan Contohnya seperti potensinya dari segi perubatan, melalui perubatan, ia akan dimulakan untuk dibangunkan. Penyelidikan menggunakan teknologi sains amatlah perlu untuk memastikan keselamatan penggunaannya. Penyertaan sektor swasta dalam pembangunan sumber alam ini amat digalakkan oleh kerajaan.
7.1 Meningkatkan nilai tambah sektor pembuatan
perkhidamatan dan pembuatan melalui pengunaan teknologi tinggi. Langkah akan diambil melalui pengunaan atau membawa industri elektrik dan elektronik kearah pengunaan teknologi moden dalam pengeluaran produk blue porter weed.
7.2 Menjana sumber kekayaan baru dalam sektor intensif teknologi dan pengetahuan
Langkah akan diambil bagi meningkatkan akses serta penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ICT dan termasuk pengukuhan e-kerajaan dan menggalakkan pengunaan e-dagang di kalangan peniaga dan pengguna bagi memudahkan urusan jual beli produk keluaran sumber alam ini.
7.3 Memperluaskan pasaran bagi produk dan perkhidmatan pelaburan
menggalakkan pelaburan dalam sektor ini sama ada pelabur asing atau pelabur tempatan. Langkah ini akan meningkatkan akses kepada pasaran baru dan mengwujudkan permintaan produk baru. Wujudnya pasaran baru bagi produk ini dan permintaan yang menggalakkan apabila ia diperkenalan.
7.4 Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan
Beberapa pogram akan dilaksanakan bagi meramaikan golongan penyelidik dan jurutera bagi meningkatkan tenaga buruh dan tenaga kerja agar masalah kekurangan tenaga buruh mahir dalm pembangunan sumber alam dapat diatasi. Peruntukan yang disediakan oleh kerajaan sebanyak RM 430 juta melalui skim Geran R&D Industri(IGS), Skim Geran R&D Koridor Raya Multimedia(MGS) dan Skim Geran Aplikasi Demonstrator(DAGS) bagi sektor swasta dalam R&D dengan ini, masalah untuk penyelidikan blue porter tidak lagi manjadi masalah dari aspek kewangan. i.
7.5 Membangunkan usahawan tempatan yang berdaya saing
Pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera akan dipergiatkan bagi menyusun sembula masyarakat dan mengalakan penyertaan bumiputera dalam pembangunan sumber alam ini. Contohnya baru-baru ini kerajaan telah menurunkan pinjaman minima Tabung Tabung Industri Kecil dan Sederhana(TIKS) dari RM250,000 kepada RM50,000 yang bertujuan supaya lebih ramai usahawan berpeluang mendapat faedah dari kemudahan ini.
7.6 Menggalakkan pembangunan menarusi kerjasama antarabangsa
kerjasama antara negara amat digalakkan agar masalah atau kekurangan dapat diatasi, negara seperti malaysia memerlukan kawasan yang luas untuk peladangan sumbar blue porter weed oleh itu, negara lain yang mempunyai kawasan luas boleh menjalikan kerjasama untuk melangkapi disamping dapat mempelajari teknologi negara tersebut.
Oleh itu, syarikat ini boleh berkerjasama dengan syarikat luar yang ingin membangunkan produk ini, selain itu ia juga membuka ruang kepada pasaran baru daripada kerjasama tersebut.
7.7 Menjana kekayaan Melalui Bioteknologi
Teras strategik adalah seperti mengubah dan mewujudkan nilai dalam sektor pertanian dengan bioteknologi, memanfaatkan kelebihan biokepelbagaian untuk memkormersilkan penemuan produk berkaitan kesihatan dan menjadikan ia berkembang. Mempromosikan jenama BioNexus sebagai jenama unik untuk menarik pelabur asing. Meningkatkan pembangunan modal insan bagi memanuhi keperluan negara dan megwujudkan persekitaran yang sesuai bagi rangka kerja institusi sokongan, kawal selia dan kewangan bagi membantu pembangunan industri bioteknologi yang kukuh dan pelbagai dan menubuhkan pusat kecermerlangan R&D dan mempercepatkan pembangunan, penyebaran dan penkormesilan teknologi. Melalui dasar kerajaan bagi pembanguan sumber melalui bioteknologi adalah satu dorongan kepada blue porter weed untuk dibangunkan melalui penyelidikan yang dijalankan.
7.8 Infastruktur dan Kemudahan
Keperluan infastruktur dan kemudahan teknologi yang perlu bagi menyokong aktiviti pembangunan blue porter weed. Penubuhan makmal-makmal penyelidikan berkaitan dengan pembangunan blue porter weed perlu bagi memudahkan kerja-kerja penyelidikan. Penglibatan sektor swasta dalam pembangunan penyelidikan blue porter weed juga amat digalakkan.
7.9 Pertumbuhan Baru
Pembangunan sumber pertumbuhan baru diberikan gelakkan oleh itu peluang untuk blue porter weed untuk dimajukan sangat terbuka luas. seperti pembangunan yang dijalankan oleh pihak-pihak yang terlibat sebelum ini. Contohnya minuman tongkat ali yang telah meningkat pengeluarannya sepanjang tempoh pembangunannya. Oleh itu, usaha ini diteruskan kerana ia telah memberi sumbangan kepada KDNK Negara.
7.10 Mempergiatkan Sektor Pembuatan Dan Perkhidmatan
Mengukuhkan intergrasi strategik dalam ekonomi global terutamanya dalam kerjasama antarabangsa dalam industri yang mempunyai nilai tambah dan teknologi tinggi. Memberi gelakkan kepada sumber ini dalam pertumbuhan industri dengan penwujudan kekayaan dan membangunkan EKS yang didorong oleh inovasi untuk bersaing dengan pasaran global. Dasar kerajaan berkaitan sektor pembuatan dan perkhidmatan banyak memberi bantuan kepada pembangunan sumber yang baru ini serta memudahkan hal berkaitan perkhidamatan dengan teknologi.
8.0 Kesimpulan
Usaha bagi membangunkan sumber alam blue porter weed tidak mustahil jika usaha untuk membangunkan tumbuhan ini dijalankan secara peringkat-peringkat. Disamping itu, dasar-dasar kerajaan yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kebanyakannya memberi gelakkan kepada sektor pembangunan sumber alam ini untuk berjaya. Usaha-usaha seperti ini sememangnya diberikan dorongan yang sewajarnya ini kerana masih ramai lagi yang melum mengetahui potensi blue porter weed dalam dunia perubatan, dengan ini sumber ini akan diperkenalkan secara meluas.
Rujukan
Katima Rostam dan Asmah Ahmad. Penilaian dan Pengurusan sumber alam. Bangi 2006, penerbit universiti kebangsaan malaysia.
Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Pedana Menteri, Putrajaya 2006.
Geran Untuk Perancangan Dan Pembangunan Perniagaan, Tabung Bentuan Teknikal Perindustrian. SMIDEC. Perbandanan Pembangunan Industri Kecil Dan Sederhana.
Traditional Knowledge Preserved; Lungkid Generation Vol 1
http://banktani.tripod.com/gm4.htm
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA