Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

KERETA

♠ Posted by amsran in ,

Jalan yang licin dan bertampal-tampal punca kemalangan berlaku.



kereta pun tidak banyak yang rosak cuma bumper depan dan tepi perlu ditukar. Saya tidak lah tercedera, cuma terkejut sedikit sahaja, nasiblah tidak bawa laju time ni sekitar 50 ke 60 kmj saja..



ramai udah orang buat aduan JKR bahawa jalan ini tidak selamat dan perlu diturap semula kerana tempat ini sering berlakunya kemalangan yang berpunca daripada jalan yang licin dan kederaan terbabas masuk ke parit(parit ni udah mahu jadi luas banyak kenderaan yang keluar masuk)

Contest Trafik Free Oleh Avi

♠ Posted by amsran

Blog avi ni baru berusia kurang 2 minggu dan sehingga kini, dah 1400 followers banyak tu.. berbanding blog saya ni yang bermula 2007 lagi tapi masih kurang 100 orang follower.. apa pun marilah join contest ni boleh tambah follower dan trafik.... apa yang pasti saya langsung tak kenal encik avi ni.. tapi contest di ni macam best.. memang best pun..marrrri joinnn.

Rezeki ibu yang mengandung!!

♠ Posted by amsran

Inilah yang dikatakan rezeki ibu mengandung apa bila isteriku di panggil interview untuk berkerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan selang 2 harinya pula saya di minta menghadiri peperiksaan memasuki skim perkhidmatan pegawai anti dadah gred S41, bertempat di kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Bukit Padang, Kota Kinabalu. Semua soalan yang diberi semasa peperiksaan itu saya dapat jawab dengan baik. Pada hari jumaat yang seterusnya pula, panggilan telefon daripada LHDN, yang meminta wife saya hadir untuk melapor diri pada hari isnin yang berikutnya. Tahniah!!!  buat isteriku... Insyallah..kalau dengan izin Allah s.w.t  tukar kerja lain lagi.. Rezeki kita murah,  janji kita kena terus berusaha... jangan mudah putus asa.

...akhirnya baru nak buat post baru... heee......

♠ Posted by amsran
 sebuk kan..

Akhir-akhir ni saya sebuk mengurus keluarga..... wife saya tangguhkan pengajian selama 1 tahun disebabkan pregnant.... angkara saya juga tu.... dan masa untuk di jangka bersalin ialah pada bulan  6 masa tu dia exam soo... buat keputusan untuk tangguhkan pengajian..... kiranya berita gembira tu.. juga....baru duduk 1 minggu di Negeri Kelantan dah kena balik sabah.. udah tu dlam pejalanan balik ke sabah mengunakan kapal terbang airasia.. pula buat hal kapal terbang tak nak hidup... dah tu miss 2 flight dari kelantan ke KL dan dari KL ke KK.. nasiblah airasia nak tukar ganti tiket baru kalau tak alamat kena beli baru... ..heenamun akhirnya selamat sampai juga di rumah... malamnya...

5 Minggu, 1.5 CM

♠ Posted by amsran
Ujian Scan di klinik

10 OKTOBER 2011   --  Syukur alhamdulilah. biar pun berjauhan dengan isteri tercinta yang ketika ini berada di Negeri Kelantan bagi tujuan menyambung pegajiaan untuk semestar terakhir, perkhabar berita baik sampai pada ku, akhirnya isteriku sah hamil 5 minggu! besar 1.5 CM! akulah orang yang paling gembira, ni belum tahu lagi apa jentinanya...kalau dah tahu lagilah best.... apa yang saya harapkan semoga anak dalam kandungan ini sihat membesar dan seterusnya lahir sebagai baby yang kuat, pintar sama seperti anak anak yang lain dan semoga dia menjadi anak yang taat kepada perintah Allah SWT serta taat kepada kedua orang tuanya bila lahar dan membesar nanti.

saya akan jadi bapa yang baik untuk anak saya nanti..he!!

RAJA SEHARI DI AIDILFITRI

♠ Posted by amsran
 
Asalamkum dan selamat hari raya di ucapkan kepada semua umat Islam yang menyambutnya... ni pun nak bagi ucapan/wish raya pun dah lambat sikit.. tapi tak apakan masih lagi raya ni... kuih pun ada lagi.. jamput datang ke rumah .. 
Lama  dan baru dapat up date post di blog saya ni buka apa.. jengee..jengee.. saya busy dengan persiapan dan majlis kawin saya hee.. wahhh!! gempak gitu..!!

wahai kawan-kawan, mak cik, pak cik, semua follower, dan sesiapa saje!!! kawin-kawin lah cepat..!! bestnya kawin ni.. hee
Semoga perkahwinan kami ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. Tiada lain yang lebih diharapkan selain kebahagiaan yang berkekalan untuk pasangan kami  ini dari dunia hingga ke akhirat .


SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA

DIA DIKEJAR ANJING!

♠ Posted by amsran in
DIKEJAR ANJINGHaaa!! sekarang dah masuk Puasa ke-25 dekat sudah Hari Raya . Baru baru ni, sempatlah berjalan dengan tunang pergi bazar ramadan dekat  pekan Papar . ikut kan cerita round punya round tak banyak kuih muih yang dapat di beli. waktu berbuka puasa pun sudah hampir kiranya memang tak sempat untuk berbuka di rumah so singah di supermaket G-mart Agaknyalah he.. untuk membeli air tin mudah dan ringkas untuk berbuka di dalam kereta sebelum sampai di rumah.  Dijadikan cerita dalam pejalanan pergi ke parking kereta daripada supermarket datang sekor anjing gila. Entah, datang dari mana sedang mengejar sebuah kereta, kereta tersebut berhenti berdekatan dengan kami, anjing tu pun berhenti sama, sambil terlompat-lompat kekiri dan ke kanan agerisif.. melihat ajing tersebut, apa lagi, tunang ako, turut sama ageresif mcm anjing tersebut, agerisif bukan apa, tapi KETAKUTAN kekiri ke kanan.. siap dia nak tolak saya, untuk meyelamatkan diri.. haaa!! haa!! haaaa.HAAA!!! haaa!!! HAAA!!! saya punyalah tergelak besar dibuatnya.. bukan apa pun anjing tersebut tidak menganggu kami pun, tapi tunang ako ni yang entah kenapa.. me be dia ingat anjing tu nak gigi dia..haa!!..haa!! setelah masuk di kereta!! dia siap menarik nafas panjang.. haa.. do terkeluar air mata.. haaaaa!!! First time, tengok dia mcm ni..haa ..selalunya dia punyalah main slambah!! tak nak dengar cakap orang.. haa!! ikut suka hati dia saja (saya suka dia mcm ni) hee!!  haa !! azan pun dah masuk ni.. kami pun berhenti di tepi jalam sekejab untuk bebuka puasa sebelum meneruskan pejalanan sampai ke rumah!! haa. tinggal beberapa hari lagi kita nak nikah dan kawin ni..hee!! moga bejalan lancar majlis kita nanti..!

wang poket raya

♠ Posted by amsran in
Yes!! syukur adalah juga sikit wang poket raya ni apa bila diumumkan bahawa pertengahan bulan ini wang bonus masuk. boleh lah membeli cincin emas hujung minggu ni. untuk apa itu rahsia KERAJAAN..ha.

wang poket

[Bonus bagi kakitangan awam kerajaan 2011 dimana pembayaran gaji setengah bulan sebelum perayaan hari raya pada tahun ni. Bonus daripada kerajaan merupakan berita yang menggembirakan bagi semua warga penjawat awam khusus nya bagi mereka yang akan merayakan sambutan hari raya aidilfitri 2011. Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan bonus gaji setengah bulan kepada semua kakitangan awam pada pertengahan bulan ogos ni. Pesara kerajaan juga turut mendapat bayaran khas sebanyak rm500.
Perdana menteri juga menunjukkan rasa prihatin terhadap rakyat yang ingin menyambut suasana aidilfitri dengan meriahnya. Pada masa yang sama, najib juga menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.]

apa pun hati tak sabar nak sambut hari raya ni.. kononlah.. sebenarnya tahun ini ...dua dalam satu yang membuatkan tak sabar nak habis bulan puasa ni.. haa .. pertama nak sabut raya dan kedua raya nilah saya nak kawin ... dengan si dia.. tulah yang membuatkan hati tak sabar nak menghabiskan puasa sebulan.. sabar.. lambatnya..he

"Selamat Menyambut Ramadhan"

♠ Posted by amsran
"Selamat Menyambut Ramadhan"

Selamat berpuasa dan mudah-mudahan ianya menjadi bulan menyucikanjiwa.. juga bulan diet! =)

Untuk yang memerlukan takwim berbuka dan imsak, boleh terus ke laman Jakimdi;   sini

Sekali lagi selamat berpuasa!

SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER: Saya Blogger

♠ Posted by amsran in ,,
SEGMEN MENAMBAH FOLLOWERRasa sangat bosan menunggu berkumandangnya azan jumaat hari ni (29 Julai 2011) so!! bukalah blog.. saja-saja nak hiburkan hati ni.. terbukalah blog cik  Luna Lanun ni menarik juga ni.. berkaitan Segemen Menambah Follower.. saya berminat juga sebab dari tahun 2007 agaknya blog saya ni ditubuhkan Followernya taklah seberapa...!!! agaknya melalui segemen ni me be boleh tambah seberapa banyak follower untuk blog saya ni..hee baru ada semangat untuk buat up to date post baru.. heee!! haa.. apa pun moga usaha ni berjaya!! terima kasih cik Luna Lanun..!!

Long Pasia dan Meligan

♠ Posted by amsran in ,,
Long Pasia 26 Julai, 2011 - Jam 2.00 pagi lagi bertolak daripada rumah(Beaufort) ke Sipitang untuk berkumpul dengan rombongan ke Long Pasia bagi tujuan memperbaharui Lesen Senjatapi Awam.. sudahlah malam tu tak dapat tidur layan drama/cerita Dream Highs, best juga cerita ni.. kira-kira jam 3.30 pagi sampai di sipitang. sempat menunaikan solat subuh secara berjemaah sebab menunggu rombongan lain sampai.. lebih kurang jam 5.00 pagi, kami mula bertolak dari sipitang.. dalam pejalanan ke  Long Pasia saya sempat tidur, memang teruk keadaan semasa melalui jalan raya meuju ke sana. jalan grable dengan batu besar nasiblah bukan di musim hujang.. kalau tidak pasti dah mandi lumpur... seperti gempa bumi  rasanya... 
             Maga Fall 2 Long Pasia


ditambah lagi dengan kenderaan yang digunakan  di dipandu dengan kelajuan sekitar 60 ke 70 km.. waa..bergoncang satu badan di buatnya..

Long Pasia Pada jam 9.00 rombongan pun sudah tiba di distenasi yang di tuju.. kami cukup bertuah pada hari ke Long Pasia terdapat satu pogram perasmian Tagal Untuk sungai di Long Pasia, Long Mio dan Sungai di Meligan yang dirasmikan oleh Datuk Yahya Husiien Timbalan Ketua Menteri Sabah, kebetulan ketika itu memang ramai yang datang ke Long Pasia meriah juga susana.. tapi atas dasar tugas rombongan kami terus bergerak pantas menuju ke Meligan kerana pelesen senjata api di kampung ini sudah pasti sedang menunggu kedatangan kami. setibanya kami di Meligan memang ramai sudah menanti kedatangan kami di sana, lebih kurang 1 jam semua urusan dengan pemegang senjata api awan di kawan  
                                                                                                           Perkampungan LOng Pasia
                                                                                       
ini telah selesai. kami terus bergerak balik ke sipitang sekali lagi terasa hendak muntah dibuatnya.. apa bila badan ini terasa bergoncang.. kalau boleh pada masa yang akan datang tidak mahu naik kenderaan jenis ini bila datang ke sini lagi.. dasyat rasanya.... akhirnya kira2 jam 1 petang kami pun sampai di Sipitang.. ini lah kali pertama urusan kerja dapat disiapkan lebih kurang 8 jam sahaja.. sebelum ini kena bermalan 1 hingga 2 malam.. wwwoo hebat rasanya.. tapi sampai saja di rumah jam 3 petang tu.. terus....!!!! mengampai tidur!!!
Long Pasia






hutan yang berhampiran sungai

kursus Pembimbing Rakan Sekerja (AKRAB) zon sabah

♠ Posted by amsran in ,
kursus Pembimbing Rakan Sekerja (AKRAB) zon sabah tahap 1 di PGA B17, Lahat Datu

LAHAT DATU- Jumaat (10/06/2011) petang telah bertolak ke lokasi yang di tuju,  Sepanjang pejalanan ke sana banyak tempat menarik telah dilawati.. best juga.. macam trip pergi melancong pula..  berkaitan dengan kursus boleh dikatakan kursus ini memang menarik.. banyak ilmu dan kelebihan dalam menghadiri kursus ini.

AKRAB
memberikan tumpun sepenuhnya semasa sesi kursus dijalankan


AKRAB
sempat singgah  di Agop Batu Tulung, Kinabatangan


AKRAB

Di Resort Felda Sahabat Lahat Datu.


AKRAB
 Gua Madai,  Kinabatangan.


AKRAB
Tongod,  Heart of Sabah


AKRAB
Bersalaman sesama bangsa lain amalan kita.. hee

AKRAB
 semua peserta kursus AKRAB 2011 di PGA B17, L. Datu


RANDOM POSTS