Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Laporan Debat Alam Sekitar

♠ Posted by amsran in at 6:11 PG
Debat Alam Sekitar


Laporan Debat Alam Sekitar "untung secupak rugi segantang"

Dalam depat pusingan akhir antara Universiti Malaysia Sabah(UMS) dengan Universiti Teknologi Mara(UITM) bertempat di Dewan Kuliah Pusat Satu, Universiti Malaysia sabah masing-masing menghantar wakil seramai 3 orang. Tema debat alam sekitar yang di perdebatkan tentang untung secupak rugi segantang iaitu bagaimana masalah alam sekitar boleh diatasi dan kengkang yang dihadapi oleh kerajaan untuk mengatasi masalah alam sekitar.

Kerajaan mendebatkan isu kewangan, geografi dan kecekapan pengurusan yang sering mengalami kengkangan oleh faktor-faktor tertentu.

Pihak kerajaan atau UMS memulakan usul. Bermula daripada Pedana Menteri, Timbalan Pedana menteri dan Menteri Pertahanan. Dalam point kewangan pedana Menteri menyatakan bahawa teknologi yang digunakan untuk menjaga alam sekitar iaitu pengunaan alat incenerator dan zero disposal adalah mahal dan tidak berbaloi untuk di beli kerana harga bagi setiap alat incenerator ialah RM300,000 dan hanya mampu memproses sampah sarap sebanyak 70 kg dalam satu-satu masa dan samalah maksudnya “untung secupak rugi segantang” . manakala, harga bagi satu alat zero disposal ialah RM 2 juta dikatakan harganya sangat mahal.


Berkaitan dengan pengunaan alat zero disposone pula pihak kerajaan menyatakan bahawa alat tersebut sangat mahal, harga bagi setiap alat adalah sebanyak RM 12 juta dan harga ini tidak berbaloi untuk mendapatkan alat ini. Pihak pembangkang alat ini sangat berguna kerana ia mampu merawat sisa kumbuhan dan teknologi ini sangat penting kepada manusia.

Dalam aspek geografi pula pihak kerajaan menyatakan bahawa pengunaan teknologi yang canggih seperti pengunaan alat menjana tenaga solar dapat menjimatkan pengunaan tenaga dan tidak mencemarkan alam sekitar, tetapi menerima kekangan dari segi geografi iaitu pengunaan alat menjana tenaga solar yang memerlukan tenaga matahari tidak sesuai bagi negara-negara yang kurang menerima matahari yang cukup seperti di kawasan kutub. Disamping itu, peralatan ini juga sangat mahal, banyak negara-negara yang tidak mampu untuk membeli alat ini walau pun negara tersebut menerima cahaya matahari yang mencukupi.

Selain itu, pengunaan baja organik tidak sesuai digunakan di negara-negara seperti jepun, Afrika Selatan dan benua afrika kerana negara-negara ini mengelami kekurangan air.

Dalam isu kecekapan pengurusan pula pihak kerajaan menyatakan hujah bahawa kecekapan pengurusan adalah bermasalah kerana setiap pakar yang diperlukan adalah sangat mahal dan sangat memerlukan R&D.


Pembangkang

Usul pihak pembangkang dimulakan oleh Ketua pembangkang, kemudian Timbalan Ketua Pembangkang dan Pembangkang yang ketiga.

Pihak pembangkang tidak setuju dengan kata-kata pihak kerajaan kerana fakta pihak kerajaan tentang alat incenerator yang mampu memproses sampah sarap sebanyak 70 kg adalah tidak tepat sebenarnya alat tersebut mampu memproses sampah sebanyak 700 kg dalam satu-satu masa. Disamping itu, pengunaan teknologi boleh dibuat secara peringkat- berperingkat, tidak semestinya masalah itu dapat diselesaikan serta merta.

Dalam aspek gegrafi pihak pembangkang menyatakan bahawa contoh-contoh negara yang yang diberikan oleh pihak kerajaan tidak tepat dan faktor geografi bukanlah penghalang kepada teknologi mesra alam.

Pihak pembangkang juga menyatakan bahawa aspek kewangan adalah aspek trutsitik
yang tidak boleh diperdebatan. Pihak pembanggkang tidak bersetuju dengan pihak kerajaan yang mengangkap bahawa pengunaan teknologi lebih banyak merungikan kerana kos bagi setiap peralatan mesra alam sangat mahal.

Pembinaan sistem saliran kumbuhan supaya tidak terus di buang kedalam sungai atau laut, perlu menerima rawatan sebalum di buang kedalam sungai.


Ulasan

Keritikan dalam aspek pertama ialah pihak pembangkang mengatakan bahawa pengunaan teknologi mesra alam dapat menambah kesihatan manusia sepatutnya pihak kerajaan menjawab hujan ini, tetapi mereka tidak menjawab isu ini.

Apa yang dapat dilihat dalam debat ini pihak pembangkang lebih mengutamakan pengunaan teknologi moden untuk mengatasi masalah alam sekitar sebagi satu alat mesra alam tampa melihat dari sudut yang lain. Ini kerana pengunaan teknologi moden adalah diantara punca berlakunya pencemaran alam sekitar contohnya pengunaan jentera atau kenderaan menyebabkan pembebasan asap yang mencemarkan udara dan kerja-kerja pembangunaan yang giat dijalankan mencemarkan alam sekitar.

Pembangkang mengatakan bahawa teknologi dapat mengatasi masalah alam sekitar tetapi sebenarnya teknologi juga adalah punca kepada masalah alam sekitar disini kita dapat melihat pihak pembangkang lebih mengutamakan pengunaan teknologi berbanding kesannya kepada hidupan dan faktor-faktor yang lain seperti kewangan.


yang benar,
amsran85@gmail.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS