Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

HIDROLOGI : PENUAIAN AIR HUJAN

♠ Posted by amsran in ,, at 5:44 PG

HIDROLOGI (PENUAIAN AIR HUJAN) DI KAMPUNG TINAGAT DAN BATU PAYUNG, TAWAU SABAH.




2.0 PENGENALAN


Air merupakan keperluam hidup yang utama samaada kepada manusia,haiwan mahupun tumbuhan. Manusia boleh hidup tanpa makanan dalam satu jangka masa yang agak panjang namun jika ketiadaan air, manusia mahupun haiwan tidak akan dapat meneruskan hidup walaupun sehari. Oleh yang demikian, kajian konsep kitaran hidrologi sekitar Bandar Tawau kali ini lebih menjurus kepada bagaimana manusia meneruskan kehidupan seharian mereka tanpa bekalan air yang disalurkan oleh kerajaan tempatan mahupun saluran-saluran yang dijamin kebersihan dan keselesaannya.

Baru-baru ini kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita menyarankan kepada rakyat khususnya supaya berjimat cermat dalam mengunakan bekalan air bersih yang disalurkan, maka timbulah konsep penuaiaan hujan bagi menampung bekalan air yang sedia ada yang mana bekalan itu kadang kala akan terputus akibat daripada masalah-masalah yang timbul seperti paip bocor, catuan air dan juga pembaikpulihan saluran paip. Maka disini, kami ingin mengkaji sejauh mana konsep ini telah digunapakai pada sekian lama oleh orang-orang kampung dalam menyelesaikan masalah sumber air mereka.

Kawasan Batu 5 Tawau yang terdiri daripada 8 buah kampung bermula dengan Kampung Tinagat sehingga Kampung Membular merupakan destinasi kajian kami pada kali ini. Dengan berbekalkan konsep Penuaiaan Hujan bagi tujuan bekalan air, kami mula mengumpul data melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik di destinasi yang dipilih ini. Di “Check Point” yang ke-4, kami ditempatkan di sempadan Kampung Tinagat dan Kampung Batu Payung Baru yang satu masa dahulu dikenali juga Kampung Belacan (kerana terdapat perusahaan belacan yang terkeanl di situ). Kebanyakan penduduk di situ berketurunan Tidong dan Suluk yang bersala silah daripada keturuan Jawa daripada Indonesia.

Jiaka diperhatikan secara kasar (sebelum cerapan dibuat),kampung ini mengalami bekalan air yang cukup serius apabila dilihat tangki-tangki biru di luar setiap rumah yang dilewati dan cerucur atap digunakan untuk menyalurkan air hujan kedalam setiap tangki tersebut. Didapati sumber air terdekat mereka adalah dari Tokong atau dipanggil Tepekong oleh penduduk tempatan. Sumber iar di situ juga didapati hanya pada tahun 2006 mula beroperasi dan hanya itulah satu-satunya sumber bekalan air bersih yang dapat disalurkan kepada orang kampung oleh kerajaan. Keadaan ini sangat tidak mencukupi sehinggalah penduduk kampung terpaksa mencari inisiatif sendiri bagi mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian.

Oleh yang demikian, kajian kami akan membawa kita melihat dan memahami dengan lebih dekat tentang konsep “Penuaian Hujan” di Sabah khususnya di Tawau ini.

3.0 DEFINISI DAN KONSEP PENUAIAN HUJAN


Konsep penuaian hujan dapat dijelaskan dengan penampungan dan penyimpanan air dari atap atau tempat tinggi yang bersih. http://aceh.mercycorps.org. Konsep penuaian hujan dijangka dapat membantu menjimatkan kos isirumah, mengurangkan penggunaan air yang dibekalkan oleh kerajaan dan menyelamatkan persekitaran terutama dalam konteks penggunaan air di Malaysia. Hujan yang cukup di Malaysia dapat membantu keberkesanan pelaksanaan penuaian hujan ini. Sistem ’tadah hujan' melalui operasi dan persyaratan perawatan yang minimum. Hal ini juga mencakup mekanisme 'first flush' (siraman pertama) yang memungkinkan atap untuk dibersihkan hujan pertama turun sebelum air hujan kemudian dialihkan secara otomatik ke tangki penyimpanan,memperbaiki kualit air yang terkumpul. Pada saat tangki utama telah penuh, paip akan mengarahkan air ke tangki penyimpanan didalam masing-masing, untuk mencuci dengan bersih.

Secara kesimpulan konsepnya adalah konsep penuaian hujan terdiri daripada beberapa cara termasuklah air hujan yang jatuh ke atap dan dialirkan melalui corong yang dibuat ke kawasan tapisan. Air itu seterusnya akan disimpan di dalam tempat simpanan terutama tong, drum dan kolah. Satu lagi kaedah iaitu tidak melalui atap rumah tetapi terus dari langit yang menurunkan hujan.
Kedah ini menjadi kaedah terpilih sejak zaman dahulu lagi kerana ianya murah, bersih, cepat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap pengguna berbanding penggunaan air paip yang dikhuatiri mengandungi klorin yang tinggi.Di Malaysia, penggunaan konsep penuaian air masih diamalkan terutamaya di kawasan pedalaman yang tidak mendapatkan bekalan air. Sebagai contoh di kawasan kajian, Kampung Tinagat dan Kampung Batu Payung Baru yang tidak mendapat bekalan air sejak dulu lagi. Di Indonesia, penuaian air dilakukan dari kawasan yang tinggi yang menggunakan tangki septik yang biasa dengan keluasan atap seluas 50 kaki persegi. Dengan curah hujan yang rendah sebesar satu inci (25mm), jumlah air yang dapat ditampung dapat mencapai kurang lebih 100 galon (400 liter).
Isu penggunaan air melalui proses penuaian hujan semakin dibangkitkan terutama untuk menghasilkan air bersih secara semulajadi. Di Selangor, kementerian akan memperkenalkan konsep penuaian hujan supaya kos rawatan air dapat dikurangkan. Kebanyakkan air yang dituai hanya dikhaskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti membasuh kereta, mandi dan mencuci kenderaan.
.
4.0 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian adalah terletak tidak jauh dari tempat penginapan pengkaji iaitu Kuhara Court, Tawau. Lokasi kajian yang dipilih ialah di Kampung Tinagat dan juga Kampung Batu Payung Baru. Kampung Batu Payung Baru yang dahulunya dikenali sebagai kampung Belacan. Jarak lokasi kajian adalah lebih kurang 28 kilometer dan mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke lokasi tersebut. Lokasi kajian adalah merupakan kawasan perkampungan yang didiami oleh pelbagai suku kaum. Antara suku kaum yang mendiami perkampungan tersebut adalah suku kaum Suluk, Bajau, Melayu, Jawa dan Bulungan atau Tidong. Di samping itu, lokasi kajian juga adalah di kawasan pinggir pantai dan berdekatan dengan sempadan perairan Indonesia. Lokasi kajian juga merupakan sebuah perkampungan yang cantik dan bersih serta merupakan tempat tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji jenis sumber air yang diperolehi oleh penduduk di Kampung Tinagat dan Kampung Batu Payung Baru.

Objektif seterusnya ialah mengkaji kuantiti air yang dituai sama ada mencukupi atau tidak mencukupi bagi menampung keperluan harian penghuni setiap rumah. Pengkaji juga ingin mengkaji tentang apakah inisiatif yang diambil bagi penduduk di lokasi kajian sekiranya air air yang dituai tidak mencukupi.

6.0 METODOLOGI

Metodologi kajian yang digunakan dalam kerja lapangan ini adalah melaui dua sumber utama iaitu data primer dan data sekunder:

6.1 Data Primer

Melalui borang soal selidik yang disediakan oleh En. Nordin yang mana N= 9. Borang soal selidik yang mengandungi soalan yang mengandungi kekerapan penggunaan air seharian penduduk kampung tersebut untuk mandi, memasak, dan segala aktiviti harian yang mengunakan secara terus air hujan yang dituai.

Melalui pemerhatian. Kaedah ini dilakukan dengan pemerhatian kawasan tadahan air hujan dan teknik visual digunakan dengan menangkap gambar dengan kamera digital untuk memudahkan pendigitan. Segala yang diperhatikan dicatit dan data di masukkan ke dalam soal selidik bersama dengan jawapan responden.

6.2 Data Sekunder

Mengumpul data di perpustakaan. Kemudian maklumat ini akan dikumpul melalui proses pengumpulan data untuk memetakan kawasan kajian. Kaedah ini dapat menyumbangkan maklumat yang diperlukan sama ada maklumat berbentuk am ataupun empirikal. Data-data yang berkaitan boleh didapati dari pelbagai pihak yang berkenaan, selain daripada dapatan maklumat daripada bahan-bahan bacaan seperti surat khabar, majalah dan buku yang berkaitan. Dalam hal ini, pengkaji menggunakan perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai tempat rujukan data sekunder. Selain itu, perkhidmatan internet digunakan untuk mencari bahan semakan.


7.0 PEMERHATIAN DAN HASIL


8.0 PERBINCANGAN






9.0 RUJUKAN
http://www.sbh.icu.gov.my/homepage/tawau.htm
http://aceh.mercycorps.org.




PENUAIAN AIR HUJAN

Rajah: proses temubual dijalankan oleh kumpulan 3.




PENUAIAN AIR HUJAN

Rajah:Proses penuaian air dilakukan sama ada menggunakan tangki, drum dan tong.

2 ulasan:

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS