♠ Posted by amsran in CERPEN BAPAKU KAHWIN LAGI at 6:03 PG
TAJUK CERPEN : BAPAKU KAHWIN LAGI(POLIGAMI)
bapaku kahwin lagi.
Ayah saya tiba-tiba mahu kahwin. Semua orang kampung mengenali ayah. Oleh kerana berita ayah mahu kahwin lagi seluruh kampung menjadi kecoh. Di rumah ayah tenang duduk di sofa sambil membaca surat khabar bertajuk the new sabah time.
Semua berita tersebut aku dengar daripada mulut ibu.
“bapa kamu itu mahu kahwin lagi,” kata ibu, kami adik beradik bingung apa maksud ibu itu. Saya seperti tidak percaya apa yang ibu katakan kepada kami 4 beradik, tidak mungkin ayah mahu kahwin lagi. Namun begitu, kata-kata ibu membuatkan saya bertambah risau dan ia umpama menerima kejutan arus elektrik yang menusuk kedalam saraf. Kami terdiri daripada 4 bersaudara dan keepat-empatnya lelaki.
Sebelum ini keluarga kami sangat harmoni. Tidak pernah sama sekali mendengar berita yang kurang enak di dengar dalam keluarga kami dan hubungan keluarga kami sangat rapat. Namun begitu, setelah mendengar berita ayah hendak kahwin lagi, ia merupakan berita yang tidak harus kami dengar. Tambahan lagi, berita itu kami dengar daripada mulut ibu sendiri.
Aku terus datang ketempat ayah yang sedang duduk di ruang tamu rumah. Selalunya dalam keadaan begini ayah tidak boleh diganggu. Tetapi aku memberanikan diri untuk berbincang dengannya.
“ pa, saya dengar bapa mahu kahwin lagi? Betul ke?” aku bertanya sabil mengaru kepala menunjukan sedikit keraguan, mungkin ibu saja membuat cerita.
Ayah terdiam dan tidak menjawab pertanyaanku. Aku menunggu jawapan daripada ayah cukup lama. Walaupun beberapa minit. Ayah masih kusyuk membelik-belik surat khabar dari tadi.
“pa…” aku memberanikan diri untuk menegur ayah.
“ya, aku dengar apa yang kamu cakap” jawab ayah.
Dalam kepala aku ketika itu, berfikir bahawa ayah sedang mengarang jawapan dalam otaknya supaya aku tidak banyak bertanya kerana ayah langsung tidak menjawab pertanyaan saya tadi.
Tidak lama kemudian ayah mengeluarkan sebatang rokok daripada kotak rokok premium yang berada di atas meja, lalu membakar rokok tersebut. Cahaya matahari semakin terang memasuk ke dalam rumah melalui jendela, menandakan waktu petang sudah masuk. Diluar rumah kelihatan beberapa penduduk kampung sebuk lalu-lalang mengejar masa.
Tiba-tiba ayah menghembuskan asap rokok daripada mulut dengan kuat.
“ya, bapa mahu kahwin lagi,” kata ayah. Kata-kata ayah sangat pantas dan perasaan aku tidak dapat menerima, dengan alasan dan sebab apa? Ayah hendak berkahwin lagi bagi yang kali ke dua.
Aku ingin bertanya lagi pada ayah tapi aku berasa segan. Seperti saya yang beria-ia sangat mengorek maklumat tentang masalah peribadi ayah.
Disamping itu, ayah merupakan orang tua yang sangat kami hormati. Ayah sangat bertanggungjawab terhadap seluruh keluarga kami. Ayah juga sangat memahami kami dan selalu terbuka dalam apa-apa hal. Tetapi tentang hal perkahwinan ayah yang kali kedua ini, tidak sepatutnya ayah sebunyikan daripada kami. Perasaan hormatku terhadap ayah menyebabkan saya tidak berani banyak bertanya.
Umur bapa sudah mencecah 44 tahun dan boleh dikatakan masih muda. Tapi itu bukanlah sebagai alasan untuk berkahwin lagi.aku belum lagi mendapatkan jawapan tepat.
“sudahlah jangan kamu banyak memikirkan hal ini, tahulah bapa urus. Baik kamu tumpukan pelajaran kamu itu, nanti habis belajar jadi orang yang berguna” tiba-tiba ayah membuka mulut.
Aku pening mendengar kata-kata ayah, cuba memahami apa yang dimaksudkan oleh ayah. Pelahan-lahan aku berundur meninggalkan ayah sedirian di ruang tamu.
Aku terus ke luar rumah bertemu dengan adik-beradikku. Belum sempat aku menyebut sepatah perkataan mereka terus menghujani banyak soalan. Terus sahaja aku menjawab berdasarkan apa yang ayah katakan sebentar tadi. Dari situ, aku melihat wajah mereka menjadi muram apa bila habis sahaja aku menjawab pertanyaan mereka.
“mari kita jumpa mama” adikku megajak.
“marilah” abangku bersetuju dengan kata-kata adikku.
Di dapur ibu sebuk memasak gulai kari ayam. Aromanya sangat kuat sehinggakan sesiapa terhidunya pasti menelan air liur.
Kehadiran kami berempat bersama untuk berjumpa ibu di dapur tidak membuatkan ibu hairan. Kami semua duduk di kerusi yang meghadap sebuah meja. Sembil duduk di kerusi kami sepat mencubit sedikit sembal yang ibu masak sekadar untuk merasainya.
Akhirnya kami berempat terpaksa menghilangkan rasa ingin tahu kami.
“ma… mama cakap tadi bapa mahu kahwin lagi. Betul ke , ma..?” aku bertanya kepada ibu sambil menundukkan sedikit kepala.
“janganlah kamu fikirkan lagi. Itu semua kita serahkan kepada bapa kamu tu, bapa kamu tu tahu apa yang dilakukannya” jawab ibu yang membuatkan jantung kami empat beradik semakin kuat berdegup kencang. Tidak semudah itu, aku berkata di dalam hati.
Namun kami berempat tetap cuba mencari jawapan yang sebenar dengan beberapa pertanyaan.
“siapa perempuan yang bapa mahu kahwin? Ibu setuju ke?” dua soalan sekaligus yang membuatkan ibu menjawab dengan linangan air mata.
Tiba-tiba adikku berkata “sebelum ini keluarga kita tidak pernah macam ini. Kita selalu hidup dalam keadaan gembira. Pasal bapa mahu kahwin lagi keadaan menjadi kelam kabut.”
“ mama pun tidak tahu kenapa bapa kamu tu mahu kahwin. Bapa kamu tu cakap dia mahu kahwin lagi dan dia sudah buat keputusan dengan berfikir masak-masak. Mama pun tidak tahu dengan siapa dia mahu kahwin” kata ibu dengan nada yang perlahan sambil menahan tangisan.
“Kenapa mama tidak membentah.” saya berkata sambil memandang ibu.
“nanti makin banyak pula masalah. Biar saja bapa kamu kahwin lagi. Mungkin lepas ni keluarga kita bertambah aman.” Jawab ibu.
“jadi mama sanggup di madukan?”
Ibu terdiam dengan pertanyaan ini. Dari lubuk hati ibu yang dalam, aku yakin bahawa ibu tidak mungkin rela.
Perlahan-lahan ibu menghambuskan nafas panjang. “ mama ni siapalah. Kalau mama kurang mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, mama rela bapa kamu kahwin lagi. Agama kita pun tidak melarang. Apa yang pasti dalam peraturan agama adalah perempuan memiliki suami lebih daripada satu.”
Kata-kata ibu membuatkan kami terdiam seketika.
Khabar angin tentang bapa mahu kahwin lagi sudah tersebar di seluruh kampung sehingga menjadi bahan bualan di kalangan penduduk kampung. Semua bertanyakan, bahawa siapa yang menjadi calon isterinya. Bukan itu saja, mereka juga mengatakan tentang sikap ayah sebagai seorang yang di hormati oleh penduduk kampung.
“Haji Ambran mahu kahwin lagi!” kata seorang penduduk kampung.
“sepatutnya Haji Ambran menjadi tauladan yang baik kepada keluarganya.” Kata seorang penduduk kampung yang lain pula sambil mengelang-gelangkan kepala, menujukan tidak setuju dengan perbuatan tersebut.
“He.. kahwin lagi itu bukan urusan kita. Haji Ambran sendiri yang mahu memiliki isteri dua, lagi pun tidak salah dia berkemampuan dan agama pun tidak melarang. Mengapa pula kita mahu masuk campur masalahnya?”
“yalah! Selalunya orang yang berkahwin lagi tu menunjukan bahawa ada masalah hubungan dalam keluarganya.”
“Hisss! Kamu ni jangan bercakap sebarangan. Kita belum tahu kenapa dia berkahwin lagi, nanti Haji Ambran dengar apa yang kamu cakap tu habis kita.”
“Haji Ambran seorang yang pemaaf dia tidak akan lakukan apa-apa pada kita.
Sebagai salah seorang penduduk kampung yang di hormati di mata masyarakat kerana ayah telah banyak memberi sumbangan dalam membela nasib penduduk kampung yang menghadapi masalah, sama ada masalah keluarga atau kewangan. Ayah juga dikatakan sebagai contoh yang baik. Ini membuatkan aku menjadi resah. Apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh ayah, tiada seorang pun yang berani menegurnya. Malahan hal yang tidak berkaitan dengan mereka.
Sejak akhir-akhir ini semakin ramai saudara-mara datang berjumpa dengan ayah. Hampir ke semua mereka bertanyakan hal yang sama iaitu berkaitan dengan perkahwinan ayah.
”Haji bernikah lagi ni, bagaimana dengan isteri Haji?”Tanya seorang saudara kami yang datang seperti akan memberi saranan yang baik untuk perkahwinan ayah nanti.
“isteri saya mengizinkan dan semua semua ahli keluarga juga tiada yang menghalang. Mereka setuju saja.”jawab ayah.
“jadi pernikahan haji ni tiada masalah. Haji perlu membersihkan nama baik sebab penduduk kampung salah sangka bahawa keluarga Haji menghadapi masalah. Sebenarnya siapa yang menjadi calon isteri kedua Haji?”tanyanya lagi.
“saya masih belum tahu dan belum lagi mencari. Tapi saya bertekad untuk bernikah lagi. Itu saja.” Jawab ayah sambil melamparkan senyuman yang khas pada semua tetamu yang datang kerumah ketika itu.
Kami masih lagi tertanya-tanya atas dasar apa ayah ingin bernikah untuk kali yang kedua. Masih belum ada alasan yang jelas. Pada hal kisah ayah ingin berkahwin lagi sudah hamper dua minggu. Dalam masa yang singkat sahaja, berita ini tersebar dan sudah menjadi buah mulut penduduk kampung.
Saya belum faham lagi. Apa sebenarnya alasan ayah untuk berkahwin dan kenapa ayah ingin bernikah tapi masih belum tahu calonnya.
Berita perkahwinan ayah untuk kali kedua ini menyebabkan kami kurang selesa. Apabila berjalan-jalan di kawasan kampung pun, suasana yang tenang dan nyaman sudah tidak wujud lagi. Biasanya pada waktu petang kawan-kawan adik datang ke rumah untuk bermain dan berbual bersama-sama, kedatangan mereka kali ini lain pula mereka berbual tentang ayah. Ayah mungkin mendengar perbualan mereka tetapi, ayah buat-buat macam orang pekak. Sebegitu kuat sekali pendirian ayah. Akhirnya dengan rasa ingin tahu yang sudah terbuku di dalam hati, aku beranikan diri untuk bertanya lagi kepada ayah.
Perlahan-lahan aku melangkah menuju kearah ayah yang sedang duduk di hadapan rumah sambil menghisap rokok menikmati suasana petang.
“kenapa nak?”Ayah sudah mengetahui kedatanganku. “duduklah dulu.” Tambah ayah.
Aku tidak berani memandang wajahnya. Perlahan-lahan aku mengangkat kepala dan memberanikan diri untuk memandang wajahnya. Aku mesti berani.
Sebelum aku sempat berkata-kata, ayah telah dahulu bercakap.
“ramai saudara-mara kamu datang. Mereka datang memberi pendapat dan nasihat kepada bapa. Bapa terima semuanya dengan baik. Biarpun kadangkala nasihat mereka menyakitkan, bapa terimanya dengan hati terbuka. Hasrat bapa untuk berkahwin lagi sudah tidak boleh di halang lagi. Bapa sudah bertekad untuk meneruskanya.”
Ayah perlahan-lahan menarik sebatang rokok daripada kotaknya lalu meletakkan di mulut. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut ayah setelah menghidupkan rokok tersebut.
“apa yang bapa lakukan tidak salah, agama juga tidak melarang.”
Itu sahaja kata-kata terakhir ayah. Aku beranikan diri untuk bertanya kepada ayah.
“siapa calonnya, pa?”
“belum ada” jawab ayah.
“jadi kalau belum ada, kenapa bapa mahu kahwin lagi?” pertanyaan tersebut membuatkan ayah memandang tepat pada wajahku, pandangan ayah terus masuk menusuk kedalam mataku hingga tembus ke lubuk hatiku.
“Perempuan sekarang bertambah ramai berbanding lelaki. Kamu tengok jiran-jiran dan saudara-mara kamu kebanyakannya memiliki anak perempuan, hanya kamu empat beradik sahaja lelaki.” Ayah berkata.
“Bapa mahu kahwin dengan saudara kita sendiri ke?”
“Tidak! Maksud bapa di dunia ini sudah ramai kaum wanita. Kalau semua lelaki kahwin seorang satu, peremuan ramai yang lain nanti akan melacurkan diri dan menjadi mangsa lelaki hidung belang. Bapa sebenarnya perihatin dengan kaum wanita. Sebab itu, ayah mengambil seorang isteri lagi”
Kata-kata ayah membuatkan aku terasa seperti bumi di mana aku berpijak terbelah.
* * * *
Sekian Terima Kasih.
HASIL TANGAN
amsran85@yahoo.com
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA