Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Konsep Kitaran Hidrologi

♠ Posted by amsran in ,, at 4:37 PG
Kitaran Hidrologi

Rajah 2.1 : Proses Kitaran Hidrologi
(Sumber: Manual Saliran Mesra Alam Malaysia, Volume 1)




Konsep kitaran hidrologi

Kitaran hidrologi adalah sangat penting bagi membekalakn air pada unsure yang terdapat pada bumi. Konsep hadrologi boleh dijelaskan berdasarkan rajah yang terdapat di bawah bersama beberapa konsep yang diberikan berdasarkan sumber buku dan runukan web.



Kitaran hidrologi adalah seluruhnya kitaran air menghuraikan kewujudan dan pergerakan air di permukaan bumi, di dalam bumi dan di atmosfera atas bumi. Air bumi sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, dari cecair ke wap ke ais dan kembali semula. Kitaran air telah bertindak berbilion-bilion tahun dan semua hidupan di bumi bergantung kepadanya; Bumi akan menjadi sebuah tempat tanpa hidupan jika tiadanya.
(http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html)

Kitaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang agak baik ialah lautan. Matahari, yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara. Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan. Sebahagian kerpasan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan glasier. Salji di iklim lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi. Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai 'luahan'air tanah. Terdapat juga air yang akan dipancut keluar sebagai 'matair'daripada celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang cetek pula diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa yang lama. Tetapi melalui tindakkan masa,air ini akan sentiasa bergerak untuk kembali semula ke dalam lautan,dan di sinilah kitaran air akan tamat dan juga bermula.

Kitaran hidrologi mengambil alih ' hydrophere' yang mana ia adalah kawasan yang mengandungi semua air diudara dan di permukaan bumi. Kitaran itu adalah gerakan air melalui 'hydrophere'. Oleh itu keseluruhan proses ini adalah mudah. Ia dibahagikan dalam lima bahagian Pemeluwapan, Penyusupan, Air Larian, Penyejatan dan Mendakan
Kitaran bermula dengan proses pemeluwapan apabila wap air terpeluwap ke udara untuk membentuk awan. Pemeluwapan berlaku apabila terdapat perubahan suhu di udara dan bumi. Air berubah keadaan apabila suhu turun naik (tidak stabil). Jadi apabila udara cukup sejuk, wap air terpeluwap ke atas zarah di dalam udara untuk membentuk awan. Proses ini boleh dilihat pada tumbuhan sewaktu titik embun pada waktu pagi.

Apabila awan terbentuk, angin menggerakkan ia merentasi glob dan menyelerakkan wap air tersebut. Apabila pada suatu masa awan tidak dapat menampung lembapan, maka terjadilah hujan, salji, hujan batu dan lain-lain.
Tiga proses seterusnya:-Penyusupan, air larian dan penyejatan berlaku serentak. Penyusupan berlaku apabila lembapan meresap ke dalam tanah. Ia bergantung kepada kebolehtelapan permukaan tanah.
Kebolehtelapan adalah ukuran bagaimana mudahnya sesuatu mengalir melalui sesuatu bahan. Lebih banyak kebolehtelapan, maka lebih banyak lembapan menyerap kedalam tanah. Jika pemendakan berlaku lebuh pantas daripada kebolehtelapan menyusup ke dalam tanah, ia menjadi air larian. Sisa air larian di permukaan akan mengalir ke alur, sungai dan biasanya ke tasik atau laut. Penyusupan air bawah tanah bergerak serentak dan ia mengalir ke sungai seterusnya ke kawasan air yang lebih luas.

Apabila kedua-dua proses ini berlaku, dengan tenaga daripada matahari maka kitaran tersebut menyebabkan berlakunya penyejatan. Penyejatan ialah proses pertukaran cecair air kepada bentuk wap. Cahaya matahari akan meningkatkan suhu cecair air di lautan dan tasik. Apabila cecair tersebut panas, molekul-molekul akan dilepaskan ke udara. Udara panas naik ke atmosfera dan bertukar kepada wap mengakibatkan berlakunya pemeluwapan.
Memandangkan air yang diminum oleh manusia adalah dalam jumlah yang kecil, maka bekalan air dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang. Kitaran hidrologi ini terus berlaku untuk menggerakkan dan mengekalkan persekitaran sentiasa bersih. Di jangka 100 million billion galen setahun dikitar melalui proses ini. Tanpa proses ini, adalah mustahil untuk hidup di muka bumi ini. Kita memerlukan proses ini supaya kehidupan dapat berfungsi. Tanpa air, kehidupan adalah mustahil di bumi. (http://www.did.sarawak.gov.my/bm/bm-hydroen/resource/cycle.htm)
Hidrologi boleh didefinasikan sebagai satu sains tanah. Hidrologi merangkumi kejadian, penyebaran, pergerakan dan ciri-ciri pada dunia ini dan perhubungannya dengan alam sekeliling. Bidang yang berkait rapat dengan hidrologi adalah geologi, kajian iklim, kajian cuaca dan kajian sains laut. (Viessman et al, 1977).

Komponen-komponen asas dalam kitaran hidrologi adalah curahan, sejatan, sejatpeluhan, penyusupan, aliran permukaan, aliran sungai dan aliran dalam tanah. Pergerakan air melalui pelbagai fasa dalam kitaran hidrologi adalah tidak menentu dari segi masa dan luangan (Bedient, 1988).

Pergerakan berkitar air dari laut ke atmosfera dan kemudiannya sebagai curahan ke atas bumi, di mana air berkumpul di dalam sungai atau tasik dan mengalir semula ke laut, ini dikenali sebagai kitaran hidrologi. Apa yang dapat ditunjukkan dalam kitaran hidrologi adalah air wujud dalam tiga keadaan yang berlainan iaitu pepejal, cecair dan gas.

Konsep kitaran hidrologi ini adalah merupakan satu konsep yang ringkas tetapi terdapat beberapa proses perlu difahami. Hubungan hujan air larian boleh ditunjukkan dengan jelas menggunakan kitaran hidrologi seperti dalam Rajah 2.1.

Air laut akan tersejat di bawah pancaran matahari dan awan yang mengandungi wap air bergerak melintasi aras bumi. Salji, hujan batu dan hujan terpelowap adalah merupakan curahan dalam bentuk embun di atas aras bumi. Salji adalah air simpanan sementara. Hujan yang turun ke permukaan bumi mungkin dipintas oleh tunbuh-tumbuhan dan menyejat kembali ke atmosfera. Selebihnya akan menyusup ke dalam tanah dan mengalir sebagai air bumi. Sebahagian daripada baki air yang tinggal di permukaan bumi akan menyejat kembali dalam bentuk wap dan ada yang mengalir ke dalam sungai dan sebahagiannya pula akan mengalir sebagai air larian permukaan

Kitaran air berlaku apabila air digunakan secara berulang-ulang di dalam kitaran yang tidak ada kesudahannya. Jumlah air di dalam kitaran sentias berada pada kadar yang sama. Ada air yang disimpan di laut, udara dan tanah. Kemudian, terdapat juga yang akan dipindahkan mengikut kitaran.
(Key Geography, Foundations, 1991)


Sumber ;
http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html
http://www.did.sarawak.gov.my/bm/bm-hydroen/resource/cycle.htm
David Waugh And Tony Rushell. 1991. Key Geography, Foundations. Starley Thomes Ltd.

4 ulasan:

  1. blog tentang alam sekitar...
    teruskan..
    http://reghiop.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. bagus2..thank u blog
    banyak maklumat sy dpt dlm blogs mu nie...
    psal alam sekitar nie la...

    BalasPadam
  3. tq untuk maklumat ni.teruskan.sya akan sntiasa follow u.

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS