Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

struktur bumbung pintu utama bangunan Kk Times Square runtuh

♠ Posted by amsran in at 8:48 PTG
KOTA KINABALU 2 Feb. - Lima pekerja cedera, seorang daripadanya parah apabila bumbung pada pintu masuk utama sebuah bangunan di kawasan KK Times Square di sini yang sedang dipasang runtuh pagi tadi.

Mereka yang berumur antara 17 dan 26 tahun itu dikenali sebagai Abdul Yusof Sadisin Jan; Taslim Lilin; Fitri Munir; Abdul Basir Haruddin; dan Hervin Mursalin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M Chandra berkata, dalam kejdian kira-kira 11.10 pagi itu, Abdul Yusof dilaporkan cedera di tulang belakang dan pinggul sementara Taslim, Fitri dan Abd Basir masing-masing pada kepala, kaki dan tangan manakala Hervin selain cedera di kepala, dia juga patah tangan dan kaki.

Abdul Yusof, Taslim, Fitri dan Abd Basir dihantar ke Hospital Queen Elizaberth 1 manakala Hervin ke Hospital Queen Elizabeth 2.

Menurut Chandra, bumbung berkenaan runtuh ketika pekerja berkenaan sedang memasangnya

Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/lima-cedera-bumbung-dipasang-runtuh-di-kk-times-square-1.55283






  


0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS