Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

BANJIR BESAR DI BEAUFORT, SIPITANG DAN MEMBAKUT... JANUARI 2015

♠ Posted by amsran in , at 3:42 PTG
banjir di Beaufort, Sabah
BANJIR 
stesen kereta api, Beaufort

KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Beaufort dilaporkan bertambah buruk pagi ini dengan seramai 1,854 mangsa daripada 546 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan setakat jam 10 pagi tadi.
Daripada jumlah itu, seramai 706 mangsa daripada 243 keluarga dipindahkan ke Dewan Baru Beaufort manakala selebihnya di Dewan Baru Membakut (404 mangsa daripada 130 keluarga), Dewan Kampung Suasa (175 mangsa daripada 15 keluarga) dan Dewan Kampung Kukut (165 mangsa daripada 43 keluarga).
Selebihnya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beaufort (159 mangsa daripada 49 keluarga), Serambi Warisan Pekan Membakut (157 mangsa daripada 30 keluarga) dan SK St Patrick Membakut (110 mangsa daripada 36 keluarga).
Sementara itu, di Tenom, Pegawai Daerah Madiyem Layapan berkata kira-kira 300 mangsa banjir yang dipindahkan di empat pusat pemindahan di daerah itu semalam sudah dibenarkan pulang jam 9 pagi tadi

sumber : http://www.bharian.com.my/node/30774
banjir di Sipitang, Sabah

BANJIR
 Jeti yang roboh akibat air laut yang deras berhampiran dengan pejabat Kastam Sipitang


SIPITANG – Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir di daerah itu diminta supaya mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah ke pusat penempatan sementara.
Gesaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, bagi memastikan keselamatan penduduk terlibat banjir memandangkan situasi banjir yang berlaku kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh 10 tahun.
“Kita khuatir akan keselamatan dan nyawa penduduk jika mereka enggan berpindah segera ekoran banjir yang berlaku di Sipitang pada kali ini adalah luar biasa, malah banyak kampung telah ditenggelami air.
“Justeru, saya minta penduduk supaya berhati-hati dan memandang serius situasi banjir yang berlaku ini demi kebaikan mereka,” katanya selepas meninjau beberapa kampung yang dilanda banjir di Dewan Lumadan dan Dewan Masyarakat Sipitang, di sini hari ini.
 Sapawi yang juga Pengarah Yayasan Sabah turut menggesa pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) bekerjasama dengan Jawatankuasa Bencana Alam Daerah bagi melancarkan tugas mereka.
Beliau berkata, ia perlu bagi memastikan maklumat situasi banjir dan informasi berkaitan penduduk yang masih belum dipindahkan mampu disalurkan dengan segera kepada jawatankuasa itu untuk tindakan segera.
Seramai 127 orang daripada 58 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Lumadan manakala 129 orang daripada 34 keluarga pula di Dewan Masyarakat, Sipitang. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah
banjir di Mambakut , Sabah

BANJIR

 LALUAN EMPAT RODA: Hanya kenderaan pacuan empat roda dan jentera berat boleh mengharungi banjir di laluan jalan raya Membakut-Beaufort yang ditenggelami banjir di Membakut,

KUALA LUMPUR: Banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa yang direkodkan petang semalam terus meningkat kepada 3,035 orang berbanding 2,394 orang tengah hari semalam.
Sementara di Sarawak jumlah mangsa menurun kepada 3,071 orang berbanding 3,400 orang tengah hari semalam, manakala di Kelantan dan Perak, jumlah mangsa masing-masing kekal 255 dan 77 orang.
Keadaan ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri terjejas banjir meningkat kepada 6,438 orang berbanding tengah hari tadi 6,126 orang.
Di SABAH, Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shahid Othman berkata jumlah mangsa banjir di empat pusat pemindahan di daerah berkenaan ialah 1,214 orang daripada 396 keluarga.
Di daerah kecil Membakut, Penolong Pegawai Daerah Membakut Sarudin Ismail berkata enam pusat pemindahan di daerah itu kini menempatkan seramai 1,694 orang daripada 604 keluarga.
Penolong Pegawai Daerah Sipitang, Matlin Dullah pula berkata jumlah mangsa banjir di daerah berkenaan kini 131 orang daripada 35 keluarga.
Sementara, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip berkata sebanyak 40 buah sekolah di Beaufort, Sipitang dan Papar masih ditutup sama ada disebabkan sekolah itu dinaiki air atau digunakan sebagai pusat penempatan banjir.
Di SARAWAK, Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata walaupun bilangan mangsa semakin berkurangan namun jumlah pusat pemindahan bertambah dari 14 kepada 17 ketika ini.
Kini hanya tinggal satu pusat pemindahan yang dibuka di Kuching menempatkan 379 orang mangsa. Di Samarahan kini mempunyai tujuh pusat pemindahan yangmenempatkan 1,270 orang manakala dua pusat pemindahan di Mukah menempatkan 83 orang.
Manakala enam pusat pemindahan di Limbang menempatkan 1,216 orang, di Miri pula jumlah mangsa di sebuah pusat pemindahan di Long Panai kini seramai 123 mangsa.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir yang direkodkan petang ini kekal seperti tengah hari semalam iaitu 255 orang melibatkan 62 keluarga di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir juga masih kekal kepada 77 orang daripada 18 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan. — Bernama

1 ulasan:

  1. Ini jln beaufort sipitang dekat kg lumadan,boleh ckp tahun2 banjir.kawasan ni terlalu rendah dari paras parit atau sama tinggi saja.ini masalah air melimpah smpai jln sebab peparitan yg tersumbat,kurang dalam,pantang hujan lebat di beaufort satu hari x berhenti..habis parit ni penuh.bila banjir saja mau 2 ,3km air banjir sepanjang jln.yg deras .kalau kereta rendah tentu hanyut.air kereta masuk smpi dlm enjin jika paksa lalu.masalah ini bkn cerita satu hari .dh 40tahun lbh...dari jln berbatu sampai aspal tar.bomba klu nk minta bantuan x pyh cerita.klu kereta terjem dlm bnjir.ko pandai2 sendiri.telefon bomba sipitang yg jauh 30jam d bg no telefon bomba kuala penyu.jauh 3 jam tu.telefon bomba beaufort atanya pertahan aeam punya kerja.tapi x pula d sambungkn pertahan awan.ini yb bn umno beaufort pun x boleh settle ini masalah.kasi lencong je parit air ke sungai berdekatan.ini x air di lintangkan antara jln brsar.mmg lah air melimpah.klu parit tersumbat dan air yak dapat menampung quantity yg bnyk.turun lah yb tgk jln tu.bnjir disusahkn takyat berhari hari terputus hubungan.

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS