Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Cara basuh Buah Anggur Dengan Cara yang Betul

♠ Posted by amsran in
Sekarang baru kita tahu cara membasuh buah anggur dengan betul dan di yakini bersih.
 share maklumat ini dengan orang lain untuk kebaikan bersama.


bahan-bahan:
1). Buah Anggur
2). Tepung
3).  Bekas untuk merendam buah anggur

Caranya :
 1. Masukkan buah anggur kedalam bekas ,Kalau boleh buang tangkai buah anggur tersebut agar mudah untuk dicuci.
2. Masukkan tepung tambahkan sedikit air sambil di gaul dan digosok sikit tepung pada buah anggur tersebut. biarkan sekejap dalam 5 minit. kemudian  bilas buah sehingga bersih.

Selamat mencuba.

sumber :Perkongisian daripada Laman Facebook
Cara basuh Buah Anggur
cara membersihkan buah anggur.

Cara basuh Buah Anggur
Buah anggur yang masih belum dibersihkan.
Cara basuh Buah Anggur
Buah anggur yang telah dibersihkan nampak berbeza

Apple Valley in Borneo

♠ Posted by amsran in
Perkongsian daripada admin berkaitan Apple Valley in Borneo.

Pernahkah kamu mendengar "Apple Valley" yang terletak di tengah-tengah Borneo..sebenarnya warga di Borneo tidak perlu jauh-jauh untuk melihat  Pokok Apple yang berbuah dengan lebat dan subur. Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Apple Be'kelalan,Lawas Sarawak, ladang ini di usahakan sendiri oleh anak jati suku kaum Lun Bawang iaitu Tagal Paran. 4 jenis apple yang di tanam di sini ia termasuklah apple dari jenis Manalagi,Tropikal,Anna dan Rome Beauty,selain daripada itu kebun apple ini boleh menghasilkan lebih kurang 1.5 tan daripada 3k pokok yang di tanam di situ namun ia hanya mencukupi bagi pasaran sekitar Borneo.Be'kelalan Apple juga boleh menghasilkan dua kali tuaian bagi setiap tahun berbanding dengan negara yang beriklim sejuk hanya boleh menghasilkan sekali dalam setiap tahun.Be'kelalan Apple juga bebas daripada bahan kimia seperti lilin pengilat..

Gambar dari sumber internet.....

Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa, beaufort

♠ Posted by amsran in
Untuk entry kali ini saya akan share berkaitan tempat menarik yang baru dibangunkan di sekitar beaufort. Bagi mereka yang merancang cuti pada pertengahan tahun ini bolehlah cuba-cuba untuk tinggal dan menikmati budaya orang Bisaya, Beaufort, sabah.  Kampung Suasa ada pusat peranginan baru boleh merasai cara hidup Kaum Bisaya di sini ada menyediakan Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya di Kampung Suasa, Beaufort. Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa diusahakan oleh Hj Ruslan Muharam.

Banyak aktiviti yang boleh dijalankan semasa berada di sini ialah:
1.Menikmati Makanan tradisi suku kaum Bisaya
2.Menunggang Kerbau
3.Menaiki Bagung(Perahu)
4.Memancing Ikan Karuk(ikan Puyu),Udang Galah dan pelbagai jenis ikan air tawar.
5.Menaiki Bot menyaksikan Monyet Probocis dan Kelip-Kelip.
6.Sukaneka Tradisional Kaum Bisaya
7.Dan Merasai Kehidupan Budaya Kaum Bisaya

Sebarang pertayaan boleh hubungi di nombor 013-8656022/087-211408

Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Vranda Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
boleh santai-santai sabil minum tea di Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Ruang tamu yang luas di Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Ruang tamu yang lengkap di Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Bilik tidur Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Bilik tidur Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Dapur Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa
Tandas dan bilik air Homestay Rumah Tradisi Kaum Bisaya kg. Suasa

Ice Pan by Candyland aiskrim gulung Sabah


aiskrim gulung Sabah 
Aiskrim Gulung? Anda pernah merasai Aiskrim Gulung Sabah? sebelum ini kita asik dengar Pencuci mulut istimewa ini dijual di Langkawi dan Negara Thailand.  Namun sekarang bagi warga Sabah tidak perlu lagi ke langkawi mahu pun ke Thailand untuk menikmati aiskrim ini. kini sudah boleh diperolehi di Sabah salah satunya di Kiosk Ice pan candyland Servay, Putatan di Kota kinabalu. Menurut daripada sumber  laman Instagram dan facebook  Ice Pan By Candyland - Sabah  diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Affendy Othman dan Puan Ruby Khan.

Ice Pan By Candyland
WAHHH...
Kemarin Saya sendiri telah merasai airkrim gulung buatan orang sabah ini memang memuaskan. Terpukau dengan ke manisan dan kenikmatan aiskrim tersebut. Oleh itu, tidak rugi untuk saya mahu berkongsi aiskrim tersebut kepada semua orang untuk merasainya sendiri.

Aiskrim Gulung sebenarnya adunan cecair susu segar dan pelbagai perisa pilihan pelanggan digoreng untuk dijadikan aiskrim. . Cara pembuatannya, adunan susu segar dan perisa pilihan digoreng kemudian diratakan nipis di atas kuali bersuhu sejuk beku -30 darjah Celsius. Dalam tempoh dua hingga tiga saat adunan tadi akan menjadi aiskrim dan ia kemudian digulung. Pelanggan juga boleh memilih kacang, coklat urai, kismis hitam, coklat cair dan gula-gula marshmallow sebagai penghias tambahan untuk aiskrim tersebut. apa pun baik anda merasainya sendiri ...JOm... try.. baru comment lebih untuk penambahbaikan....


Ice Pan by Candyland aiskrim  gulung Sabah
CARA MEMBUAT AISKRIM GULUNG
 
Ice Pan by Candyland aiskrim  gulung Sabah
ANTARA PERISA PILIHAN AISKRIM GULUNG
KIOSK DI PUTATAN
Ice Pan by Candyland aiskrim  gulung Sabah
MEMBER KAD ICE PAN BY CANDYLAND BELI SEHINGGA 9 KALI AKAN MENDAPAT 1 AISKRIM PERCUMA


Kunjugi laman Instagram dan facebook  Icepanbycandyland - Sabah  
  
atau melalui pengilan telefon 
016-6088067
Servay, Putatan

 

BRIM 2016 ANSURAN PERTAMA TELAH DIKREDITKAN BERMULA 27 JANUARI 2016

BRIM 2016 TELAH DIKREDITKAN BERMULA 27 JANUARI 2016

Pasti pada hari ini ramai akan berbaris dan beratur di bank-bank berdekatan untuk mengeluarkan ansuran pertama bagi penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia bagi tahun 2016. Semoga wang tersebut dibelanjakan sebaik yang mungkin.
 
WANG ANSURAN PERTAMA BR1M 2016
WANG ANSURAN PERTAMA BR1M 2016 TELAH DIKREDITKAN

DIBAWAH INI MAKLUMAT BERKAITAN TARIKH ANSURAN BRIM DAN BEBERAPA MAKLUMAT YANG BERKAITAN YANG BOLEH MEMBANTU ANDA.

Tarikh Pembayaran BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia

1. Kategori Baru e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulah: Jumlah Bantuan RM1050

  • Daftar Borang eKasih
  • Ansuran Pertama : RM250 (28 Januari 2016)
  • Ansuran Kedua : RM250 (28 April 2016)
  • Ansuran Ketiga : RM300 (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat : RM250 (28 September 2016)

 

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,000

  • Ansuran Pertama : RM250 (28 Januari 2016)
  • Ansuran Kedua : RM250 (28 April 2016)
  • Ansuran Ketiga : RM250 (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat : RM250 (28 September 2016)

 

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM800

  • Ansuran Pertama : RM200 (28 Januari 2016)
  • Ansuran Kedua : RM200 (28 April 2016)
  • Ansuran Ketiga : RM200 (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat : RM200 (28 September 2016)

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM400

  • RM400 pada 28 Januari 2016

Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.

 

Kaedah Cara Pembayaran BR1M 2016

1. Akaun Bank

  • Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon. 

2. Baucar BR1M

  • Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Hotline BR1M

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2016, boleh hubungi:
  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my.
  • Permohonan baru, kemaskini BR1M dan semakan status, sila klik http://lynk.my/cXM
Semoga panduan Tarikh Pembayaran BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia ini bermanfaat buat semua penerima BR1M.

Dilwale (2015) VS Bajrangi Bhaijaan (2015)

Review Filem Dilwale (2015)

Dilwale (2015)
Dilwale (2015)

Merupakan filem bollywood terbaru "Dilwale" 2015 mengesahkan tentang seorang lelaki tampan yang benama Raj (Shahrukh Khan) dan seorang wanita cantik bernama Meera (Kajol) yang saling mencintai. akan tetapi latarbelakang masing-masing mereka yang berasal daripada anak kepada mafia india yang saling bermusuh. Kemuncak kepada permusuhan antara kedua-dua mafia berakhir dengan kematian kedua ayah Raj dan Meera yang saling berbunuh. Salah faham Meera kepada Raj memisahkan cinta mereka.


Setelah 15 tahun berlalu adik kepada Raj(bukan adik kandung), Veer (Varun Dhawan) yang telah jatuh cinta kepada Ishita (Kriti Sanon) adik kepada Meera. Cinta mereka dihalang kerana kisah silam 15 tahun yang lalu. Namun akhirnya, cinta adik mendpat restu dan cinta mereka berputik semula setelah salah faham selama 15 tahun dijelaskan semua.


Review Filem Bajrangi Bhaijaan (2015)
Bajrangi Bhaijaan (2015)
Bajrangi Bhaijaan (2015)

Bajrangi Bhaijaan mengisahkan tentang seorang lelaki naif India yang cuba menemukan seorang budak perempuan Pakistan super-cute tapi bisu dengan keluarganya semula. Filem ini dimulakan dengan memaparkan keluarga budak perempuan tersebut, Shahida (Harshaali Malhotra) yang digambarkan sebagai penduduk kampung di satu kawasan pergunungan Pakistan. Shahida tidak mengeluarkan bunyi dan bercakap sejak dilahirkan. Keluarganya mengambil keputusan untuk membawa Shahida ke sebuah tempat suci di India untuk berdoa supaya dia dapat bercakap selepas satu kejadian yang hampir meragut nyawa Shahida – Shahida terjatuh dari sebuah gunung dan tergantung pada sebatang pokok. Disebabkan dia bisu penduduk kampung hampir gagal menemuinya yang tergantung pada pokok.

Dalam perjalanan pulang dari India, keretapi berhenti akibat berlaku kerosakan. Shahida yang ternampak seekor kambing yang tersepit turun daripada keretapi untuk membantu. Ketika cuba membantu kambing tersebut keretapi tiba-tiba bergerak dan menyebabkan dia tertinggal di situ antara kawasan sempadan India dan Pakistan. Ibunya tertidur ketika itu dan walaupun Shahida nampak ibunya di tepi tingkap ketika berlari mengejar keretapi dia tidak dapat menjerit meminta pertolongan.
Tidak lama selepas itu, sebuah keretapi yang mengangkut barang berhenti ditempat yang sama. Dan ini memberi harapan kepada Shahida untuk meneruskan perjalanan mengikut keretapi sebelum ini. Namun, keretapi itu sebenarnya berpatah balik dan membawa dia ke India. Di India, Shahida bertemu dengan Pawan Kumar (Salman Khan) seorang lelaki yang baik hati dan sangat taat kepada agamanya (Hindu). Senang cerita seorang yang alim dan iman kuat. Lelaki yang baik hati kalau sudah jumpa budak perempuan menangis memang tak sampai hati untuk tinggalkan dia bersendirian.
Selepas mengetahui budak perempuan itu tidak boleh bercakap, berasal dari Pakistan dan keseorangan di India, Pawan ambil keputusan untuk menyatukan semula Shahida dengan keluarganya dengan apa saja cara sekalipun. Ketika itu Pawan memberi nama Munni kepada Shahida (dah tak tahu nama kan). Tapi ada beberapa masalah yang Pawan hadapi apabila dia tidak mempunyai passport, tidak tahu kampung, bandar mana Munni tinggal di Pakistan, tidak pernah berbohong, dan dia seorang vegetarian.
Menariknya tentang Bajrangi Bhaijaan, filem ini memaparkan perbezaan antara agama Hindu dan Islam, perbezaan antara India dan Pakistan. Ini dapat dilihat pada babak di mana keluarga Pawan sedang menonton perlawanan kriket antara India dan Pakistan. Ketika semua orang menyokong India, Munni bersorak untuk Pakistan dan meraikan kemenangan Pakistan. Dari situ mereka dapat tahu Munni seorang rakyat Pakistan. Tentang agama Munni pula, Pawan dapat tahu selepas kejadian terserempak Munni memakan ayam (daging) di rumah jiran dan melihat Munni berdoa di Masjid.
Disebabkan tiada passport dan terlalu banyak karenah untuk mendapatkan passport daripada kerajaan India, Pawan ambil keputusan untuk menyeberangi sempadan India-Pakistan secara haram dengan bantuan kaki seludup. Dalam babak ini boleh lihat bertapa jujurnya Pawan apabila masih mahu dapatkan permintaan pihak berkuasa Pakistan di sempadan untuk masuk dalam Pakistan walaupun sudah berjaya menyeberangi sempadan secara haram. Dia tetap tidak mahu meneruskan perjalanan selagi tidak mendapat izin walaupun dituduh sebagai pengintip India. Kejujurannya berjaya melembutkan hati pihak berkuasa tersebut.
Cabarannya tidak berhenti disitu apabila sepanjang di Pakistan, Pawan diburu oleh polis yang menyangka dirinya seorang pengintip. Pawan dibantu oleh seorang wartawan Pakistan Chand Nawab (Nawazuddin) yang agak gagal dalam kariernya yang percaya dengan tujuan Pawan ke Pakistan. Walaupun berjaya menemukan Munni dan keluarganya, Pawan berjaya ditangkap oleh polis. Babak Bajrangi Bhaijaan paling sedih sudah tentu apabila rakyat India dan Pakistan bersatu untuk melepaskan Pawan dari lokap. Di mana penduduk-penduduk berarak dan berkumpul di pintu sempadan untuk membawa pulang Pawan ke India. Munni yang ternampak Pawan berlari untuk mendapatkannya yang ketika itu berjalan kaki menyeberang pintu sempadan. Di sinilah berlakunya keajaiban yang mampu membuatkan air mata sesiapa pun jatuh hatta abang sado sekalipun apabila Munni secara tiba tiba boleh bercakap dan menjerit memanggil nama Pawan. Love can cure anything and everthing.

Rujukan : http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/01/filem-bollywood-bajrangi-bhaijaan.html

Saya rasa cukuplah deman Dilwale melanda di sosial media.... kerana bagi pendapat saya sebagi seorang penonton dan meminat movie antarabangsa... kekuatan dalam cerita ini hanyalah watak hero Shahrukh Khan dan heroin nya Kajol yang menyebabkan movie ini gempak....  Namun... bagi saya movie  Bajrangi Bhaijaan yang dibintangi oleh Salman Khan lebih menarik dan tinggi nilai kemanusiaannya.. apa pun itu hanyalah pendapat saya. Mungkin pendapat anda berbeza. apa pun  boleh menonton filem ini... setelah itu anda tentukan mana yang terbaik...!!!



Nota ***
Selain itu, antara filem terbaik daripada pengamatan saya filem PK 2014 yang dilakonkan oleh Amir Khan.



Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Terima kasih kerana sudi untuk singgah di blog Amsran.com dan Selamat melangkah ke tahun 2016 diucapkan dan mari memulakan entri blog dengan Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016 daripada  blog http://www.hasrulhassan.com.

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Amsran.com merupakan sebuah blog yang membincangkan isu semasa, minat, hobi memancing, aktiviti harian dan tip-tip menarik untuk dikongsi bersama.

Sebelum itu, Izinkan saya memperkenalkan diri, nama saya Amsran Sanuin, berasal dan lahir di Beaufort, Sabah, sekarang menetap di Bongawan, Sabah. Sebelum ini pernah tinggal di Seri Kembangan, Selangor lebih kurang 2 tahun atas dasar kerja kemudian dipindahkan kerja di Sabah hingga kini.

Mula menulis blog pada tahun 2004 mengunakan Blogedrive sebagai diary dan sekadar suka-suka. Kemudian pada awal tahun 2007 bertukar kepada BlogSpot dangan nama blog " Save The World" ketika itu masih lagi menuntut di Universiti Malaysia Sabah. Tujuan blog diwujudkan untuk berkongsi hasil Assignment sebagai rujukan rakan-rakan.  Bermula pada tahun 2013 Title blog berubah kepada Amsran.Com . Menulis di blog sekadar mengisi masa lapang dan jika ada masa terluang pasti ada sahaja entri yang baru akan di post.

Matlamat dan Target bagi tahun 2016

1). Pada tahun 2016 diharap pageviews dan trafik yang datang ke blog Amsran.Com meningkat. 

2). Ingin menambahkan lebih ramai follower dan kalau boleh akan follow semua blog yang ada di Malaysia.

3).Meningkatkan pendapatan melalui Nuffnang.

4). Dapat membaca maklumat dan tip-tip yang sangat menarik daripada perkongsian blogger -blogger lain.

5). Diharap barang siapa yang membaca blog Amsran.com pada tahun ini dan seterusnya akan mendatangkan kegembiraan kepada dirinya dan keluarganya dan seterusnya dimurahkan rezeki sepanjang masa.


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah

Wakil daripada PDRM kontinjen  Sabah bagi menyertai perarakan Maulidur Rasul  Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Daerah Sipitang,  Sabah pada 24 Disember  2015.
Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, anggota Kabinet Negeri dan ketua-ketua jabatan menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri.
Perarakan sejauh tiga kilometer yang disertai 62 kontinjen membabitkan penyertaan 10,000 umat Islam yang mewakili jabatan dan agensi kerajaan serta swasta, bermula dari padang Hospital Sipitang ke GATA Aquare.

Jadual Pembayaran Gaji bulanan kakitangan Kerajaan bagi tahun 2016


Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2016
Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2016

Pautan Sumber: mysumber.com
Berikut adalah jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2016. Semoga jadual dan tarikh gaji bulanan 2016 bagi kakitangan awam ini dapat membantu kakitangan kerajaan dalam merancang percutian atau balik kampung sesuai dengan kalendar cuti sekolah dan umum 2016 Malaysia. Sebelum merancang pastikan juga berapa kelayakan cuti tahunan anda untuk tahun ini dengan merujuk Jadual Cuti Tahunan. 

Jadual tarikh gaji tahun 2016 puratanya dalam sekitar 20 hb hingga 24hb membolehkan penjawat awam menarik nafas lega. ini kerana pada tahun 2015 penjawat awam pernah menarima awal gaji iaitu pada 09 Julai 2015 gaji awal kerana hari raya kemudian pada bulan seterusnya pada 24 Ogos 2015 tempoh masa yang panjang selama 36 hari. jika tidak mengurus kewangan dengan tidak teratus akan menyebabkan kesukaran dan perlu menunggu pada bulan yang seterusnya bagi tempoh masa yang lama. maksudnya kena ikat perut panjang tempoh masa menunggu gaji untuk bulan depan.. Apa pun tahun ini diharap kepada semua penjawat awam dapat berbelanja dalam keadaan gembira.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2016 Baca atau muat turun (download) surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia (PDF)

 Sebarang perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera


Baca atau muat turun (download) surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia (PDF)

Pautan Sumber: mysumber.com

Jadual Hari Kelepasan AM Persekutuan Tahun 2016 dan Jadual Hari Kelepasan Am Seluruh Negari di Malaysia Tahun 2016

Disertakan kalender cuti umum bagi tahun 2016 dan jadual hari kelepasan AM Persekutuan bagi seluruh Negeri tahun 2016.

Semoga kalender cuti umum 2016 dan hari kelepasan AM Persekutuan bagi seluruh Negeri tahun 2016 ini dapat membantu anda dalam merancang awal cuti keluarga dan balik kampung semasa perayaan dari segi tempahan tiket flight, kos bajet,hotel, kenderaan, lokasi percutian dan sebagainya bagi tahun 2016.

Jadual Hari Kelepasan AM Persekutuan Tahun 2016





Jadual Hari Kelepasan AM Persekutuan Tahun 2016


Jadual Hari Kelepasan AM Persekutuan Tahun 2016




 Rancang percutian anda sebaiknya bagi tahun 2016
 selamat bercuti..

 sumber :
http://www.kabinet.gov.my


Tarikh (2016) Hari Cuti Perayaan Sambutan Negeri Terlibat 01 Januari Jumaat Tahun Baru 2016 Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu 14 Januari Khamis Keputeraan YDB N. Sembilan Negeri Sembilan 17 Januari Ahad Keputeraan Sultan Kedah Kedah 24 Januari Ahad Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor 01 Februari Isnin Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya 08 Februari Isnin Tahun Baru Cina Semua Negeri 09 Februari Selasa Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Semua Negeri 04 Mac Jumaat Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu 23 Mac Rabu Keputeraan Sultan Johor Johor 25 Mac Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak 15 April Jumaat Hari Melaka Bandaraya Bersejarah Melaka 26 April Selasa Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu 01 Mei Ahad Hari Pekerja Semua Negeri 05 Mei Khamis Israk dan Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis 07 Mei Sabtu Hari Hol Pahang Pahang 17 Mei Selasa Keputeraan Raja Perlis Perlis 21 Mei Sabtu Hari Wesak Semua Negeri 30 Mei Isnin Hari Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah & Labuan 31 Mei Selasa Hari Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah & Labuan 01 Jun Rabu Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak 02 Jun Khamis Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak 04 Jun Sabtu Keputeraan YDP Agong Semua Negeri 06 Jun Isnin Awal Ramadan Johor, Kedah, Melaka 22 Jun Rabu Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan 06 Julai Rabu Hari Raya Puasa/ Aidilfitri Semua Negeri 07 Julai Khamis Hari Raya Puasa/ Aidilfitri Semua Negeri 07 Julai Khamis Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia Pulau Pinang (Penang) 09 Julai Sabtu Harijadi YDP Pulau Pinang Pulau Pinang (Penang) 31 Ogos Rabu Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan Semua Negeri 10 September Sabtu Harijadi YDP Sarawak Sarawak 12 September Isnin Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha Semua Negeri 13 September Selasa Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha (Hari kedua) Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu 16 September Jumaat Hari Malaysia Semua Negeri 1 Oktober Sabtu Harijadi YDP Sabah Sabah 02 Oktober Ahad Awal Muharram (Maal Hijrah) Semua Negeri 14 Oktober Jumaat Harijadi YDP Melaka Melaka 24 Oktober Isnin Keputeraan Sultan Pahang Pahang 29 Oktober Sabtu Hari Deepavali Semua Negeri kecuali Sarawak 06 November Ahad Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor 11 November Jumaat Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan 12 November Sabtu Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan 27 November Ahad Keputeraan Sultan Perak Perak 11 Disember Ahad Keputeraan Sultan Selangor Selangor 12 Disember Isnin Maulidur Rasul Semua Negeri 25 Disember Ahad Hari Krismas Semua Negeri

Pautan Sumber: mysumber.com
Tarikh (2016) Hari Cuti Perayaan Sambutan Negeri Terlibat 01 Januari Jumaat Tahun Baru 2016 Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu 14 Januari Khamis Keputeraan YDB N. Sembilan Negeri Sembilan 17 Januari Ahad Keputeraan Sultan Kedah Kedah 24 Januari Ahad Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor 01 Februari Isnin Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya 08 Februari Isnin Tahun Baru Cina Semua Negeri 09 Februari Selasa Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Semua Negeri 04 Mac Jumaat Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu 23 Mac Rabu Keputeraan Sultan Johor Johor 25 Mac Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak 15 April Jumaat Hari Melaka Bandaraya Bersejarah Melaka 26 April Selasa Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu 01 Mei Ahad Hari Pekerja Semua Negeri 05 Mei Khamis Israk dan Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis 07 Mei Sabtu Hari Hol Pahang Pahang 17 Mei Selasa Keputeraan Raja Perlis Perlis 21 Mei Sabtu Hari Wesak Semua Negeri 30 Mei Isnin Hari Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah & Labuan 31 Mei Selasa Hari Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah & Labuan 01 Jun Rabu Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak 02 Jun Khamis Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak 04 Jun Sabtu Keputeraan YDP Agong Semua Negeri 06 Jun Isnin Awal Ramadan Johor, Kedah, Melaka 22 Jun Rabu Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan 06 Julai Rabu Hari Raya Puasa/ Aidilfitri Semua Negeri 07 Julai Khamis Hari Raya Puasa/ Aidilfitri Semua Negeri 07 Julai Khamis Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia Pulau Pinang (Penang) 09 Julai Sabtu Harijadi YDP Pulau Pinang Pulau Pinang (Penang) 31 Ogos Rabu Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan Semua Negeri 10 September Sabtu Harijadi YDP Sarawak Sarawak 12 September Isnin Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha Semua Negeri 13 September Selasa Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha (Hari kedua) Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu 16 September Jumaat Hari Malaysia Semua Negeri 1 Oktober Sabtu Harijadi YDP Sabah Sabah 02 Oktober Ahad Awal Muharram (Maal Hijrah) Semua Negeri 14 Oktober Jumaat Harijadi YDP Melaka Melaka 24 Oktober Isnin Keputeraan Sultan Pahang Pahang 29 Oktober Sabtu Hari Deepavali Semua Negeri kecuali Sarawak 06 November Ahad Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor 11 November Jumaat Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan 12 November Sabtu Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan 27 November Ahad Keputeraan Sultan Perak Perak 11 Disember Ahad Keputeraan Sultan Selangor Selangor 12 Disember Isnin Maulidur Rasul Semua Negeri 25 Disember Ahad Hari Krismas Semua Negeri

Pautan Sumber: mysumber.com
SENARAI PERINCIAN CUTI UMUM DAN NEGERI BAGI MALAYSIA TAHUN 2016 Tarikh (2016) Hari Cuti Perayaan Sambutan Negeri Terlibat 01 Januari Jumaat Tahun Baru 2016 Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu 14 Januari Khamis Keputeraan YDB N. Sembilan Negeri Sembilan 17 Januari Ahad Keputeraan Sultan Kedah Kedah 24 Januari Ahad Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor 01 Februari Isnin Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya 08 Februari Isnin Tahun Baru Cina Semua Negeri 09 Februari Selasa Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Semua Negeri 04 Mac Jumaat Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu 23 Mac Rabu Keputeraan Sultan Johor Johor 25 Mac Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak 15 April Jumaat Hari Melaka Bandaraya Bersejarah Melaka 26 April Selasa Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu 01 Mei Ahad Hari Pekerja Semua Negeri 05 Mei Khamis Israk dan Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis 07 Mei Sabtu Hari Hol Pahang Pahang 17 Mei Selasa Keputeraan Raja Perlis Perlis 21 Mei Sabtu Hari Wesak Semua Negeri 30 Mei Isnin Hari Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah & Labuan 31 Mei Selasa Hari Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah & Labuan 01 Jun Rabu Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak 02 Jun Khamis Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak 04 Jun Sabtu Keputeraan YDP Agong Semua Negeri 06 Jun Isnin Awal Ramadan Johor, Kedah, Melaka 22 Jun Rabu Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan 06 Julai Rabu Hari Raya Puasa/ Aidilfitri Semua Negeri 07 Julai Khamis Hari Raya Puasa/ Aidilfitri Semua Negeri 07 Julai Khamis Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia Pulau Pinang (Penang) 09 Julai Sabtu Harijadi YDP Pulau Pinang Pulau Pinang (Penang) 31 Ogos Rabu Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan Semua Negeri 10 September Sabtu Harijadi YDP Sarawak Sarawak 12 September Isnin Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha Semua Negeri 13 September Selasa Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha (Hari kedua) Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu 16 September Jumaat Hari Malaysia Semua Negeri 1 Oktober Sabtu Harijadi YDP Sabah Sabah 02 Oktober Ahad Awal Muharram (Maal Hijrah) Semua Negeri 14 Oktober Jumaat Harijadi YDP Melaka Melaka 24 Oktober Isnin Keputeraan Sultan Pahang Pahang 29 Oktober Sabtu Hari Deepavali Semua Negeri kecuali Sarawak 06 November Ahad Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor 11 November Jumaat Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan 12 November Sabtu Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan 27 November Ahad Keputeraan Sultan Perak Perak 11 Disember Ahad Keputeraan Sultan Selangor Selangor 12 Disember Isnin Maulidur Rasul Semua Negeri 25 Disember Ahad Hari Krismas Semua Negeri

Pautan Sumber: mysumber.com

Kadar Dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun 2015

Bagi mereka yang ada membuat simpan dan pelaburan di Amanah Saham Bumiputera(ASB) dan Amanah Saham Nasional(ASN) saat ini di nanti-nantikan. Kadar pengagihan pendapatan Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 akan diumumkan pada hari ini Selasa, 29 Disember 2015.

Kadar Dividen dan bonus ASB
PENANGGUHAN URUS NIAGA

Pembayaran Pendapatan Dividend Dan Bonus ASB 2015 

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit masing-masing dan boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negeri bermula 4 Januari 2016. Pastinya ramai akan beratur untuk mngemaskini dan membuat pengeluaran dividend hasil daripada pelaburan di pejabat -pejabat atau ejen ASNB.

Tarikh Rasmi Dividen Dan Bonus ASB 2015 Diumumkan Keluar Mengenai tarikh rasmi pengumuman atau pemberitahuan kadar agihan pendapatan Dividen serta Bonus bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan diumumkan pada Selasa, 29 Disember 2015 Untuk rekod, pengumuman rasmi agihan pendapatan Dividen serta Bonus bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun 2014 adalah pada 18 Disember Bagaimanapun, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 ia dilihat lewat diumumkan berbanding tahun sebelumnya .

Info Agihan Pendapatan ASB Amanah Saham Bumiputera Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 Peruntukan pengagihan pendapatan adalah membabitkan pembayaran sebanyak RM10.41 bilion oleh ASNB manakala peruntukan bagi bonus pula adalah sebanyak RM451.73 juta yang dibayar oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) Pembayaran pendapatan Dividen dan Bonus itu akan dimanfaatkan oleh 8.87 juta pemegang unit yang melanggan 142.54 bilion unit ASB.

Carta Agihan Pendapatan Dividen Dan Bonus ASB 
Berikut adalah carta senarai kadar agihan pendapatan Dividen dan Bonus ASB (Amanah Saham Bumiputera) untuk tahun sebelumnya dan yang terkini

Dividen Dan Bonus ASB
Carta Dividen Dan Bonus ASB


 sumber : 
http://www.mysumber.com
http://www.asnb.com.my
Pembayaran Pendapatan Dividend Dan Bonus ASB 2015 Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit dan boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negeri mulai 4 Januari 2016

Pautan Sumber: mysumber.com
Kadar pengagihan pendapatan Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 akan diumumkan pada hari Selasa, 29 Disember 2015

Pautan Sumber: mysumber.com
Kadar pengagihan pendapatan Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 akan diumumkan pada hari Selasa, 29 Disember 2015

Pautan Sumber: mysumber.com
Kadar pengagihan pendapatan Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 akan diumumkan pada hari Selasa, 29 Disember 2015

Pautan Sumber: mysumber.com
Kadar pengagihan pendapatan Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 akan diumumkan pada hari Selasa, 29 Disember 2015

Pautan Sumber: mysumber.com

Senarai Nama Pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2016)



Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2016)
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2016)



 MAKLUMAN


  1. Permohonan Baru / Kemas Kini BR1M 2016 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang bermula 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015.
  2. Sila klik Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2016 di Semua Cawangan LHDNM.
  3. Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.


MAKLUMAT PEMBAYARAN FASA 3   

        Kementerian Kewangan Malaysia bersetuju untuk melanjutkan tempoh penunaian BR1M 2015 sehingga 30 Disember 2015,
        Perlanjutan ini hanya terpakai penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Sila klik link di bawah untuk keterangan lanjut.


SKIM KHAIRAT KEMATIAN
  1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.
  2. Waris perlu membawa dokumen asal berikut:

    • Sijil Kematian
    • Kad Pengenalan Waris           
SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.
Kemukakan Salinan:
  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.
 
 
NOTIS AMARAN 
AMARAN LHDNM BERKENAAN eMEL DAN SMS PALSU BR1M
LHDNM WARN OF FAKE eMAIL AND SHORT MESSAGE SEVICE (SMS) ON BR1M



HUBUNGI KAMI


  Hotline BR1M MOF :
03-8882 4565 /
03-8882 4566
     











 Hotline BR1M LHDNM :
1-800-88-2716 
eMel :
br1m@treasury.gov.my

   Faksimili BR1M MOF :
03-8882 3933  
Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
Di sini beberapa soalan lazim yang sering ditanya kepada pihak LHDN berkaitan BR1M sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan dan teka teki dalam minta para pemohon BR1M tahun 2016.

SOALAN LAZIM (FAQ)
BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2016
PERMOHONAN BARU DAN KEMAS KINI BR1M 2016

1. S: Siapakah yang layak membuat Permohonan BR1M 2016?
J: Pemohon yang layak membuat permohonan BR1M 2016 perlulah
memenuhi syarat seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
ii. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang
tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi
rumah RM4,000 dan ke bawah
iii. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke
bawah
iv. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah
pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
v. Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia

2. S: Bilakah saya boleh mula memohon BR1M 2016?
J: Anda boleh memohon BR1M 2016 mulai 5 Disember 2015 hingga 31
Disember 2015 (tertakluk kepada pindaan).

3. S: Bagaimana cara untuk saya membuat Permohonan BR1M 2016?
J: Anda boleh membuat Permohonan BR1M 2016 dengan mengisi
Borang BR1M 2016 sama ada secara dalam talian atau melalui
borang.
i. Permohonan Dalam Talian
Permohonan BR1M 2016 boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M
LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.
Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan
komputer sahaja dan simpan salinan permohonan bagi tujuan
rekod pendaftaran. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk
capaian peranti mudah alih.

ii. Permohonan Melalui Borang
Borang BR1M 2016 boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BR1M LHDNM
b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
c. Pejabat Daerah / Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) /
Pejabat Jabatan Pembangunan persekutuan (JPP) / Pejabat
Residen

4. S: Di mana saya boleh menghantar Borang BR1M 2016 yang telah
lengkap diisi?
J: Anda boleh menghantar Borang BR1M 2016 di kaunter-kaunter
berikut:
i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat
Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

5. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang BR1M
2016?
J: Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Salinan pengenalan pasangan / tanggungan yang menggunakan
jenis pengenalan Pasport atau Sijil Lahir
ii. Salinan sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada)
sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda /
Duda

6. S: Semasa BR1M 2015, saya telah kemukakan salinan pengenalan
pasangan / tanggungan. Adakah saya perlu kemukakan semula
bagi Permohonan Kemas Kini BR1M 2016?
J: Tidak perlu sekiranya maklumat pasangan / tanggungan adalah sama
dan tiada perubahan.

7. S: Bagaimanakah saya hendak kemukakan dokumen sokongan
sekiranya Borang BR1M 2016 telah dihantar sebelum ini?
J: Anda boleh mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan ke
Cawangan LHDNM yang berhampiran dengan mengisi Borang
Serahan Dokumen Sokongan BR1M 2016 (BK-17) yang boleh
diperolehi di Cawangan LHDNM / muat turun di Portal Rasmi BR1M
LHDNM. Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan
Permohonan BR1M 2016 apabila menghantar borang tersebut sebagai
rekod penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak
diterima.

8. S: Saya telah menghantar Permohonan BR1M 2016 secara dalam
talian. Perlukah saya kemukakan dokumen sokongan?
J: Ya. Anda perlu kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan
sekiranya terdapat mesej peringatan yang dipaparkan semasa
permohonan dalam talian dibuat. Kaedah penghantaran dokumen
sokongan adalah seperti jawapan bagi soalan No. 7.

9. S: Adakah penerima BR1M 2015 perlu memohon semula?
J: Penerima BR1M 2015 perlu mengemas kini maklumat terkini BR1M
2016 pemohon seperti Status Perkahwinan, No. Telefon, Maklumat
Akaun Bank (Persendirian), Alamat Surat-Menyurat Terkini, Maklumat
Isi Rumah dan Maklumat Waris secara dalam talian di Portal Rasmi
BR1M LHDNM atau mengisi Borang BR1M 2016.

10. S: Jika penerima BR1M 2015 telah meninggal dunia, adakah ahli isi
rumah / waris layak menerima BR1M 2016?
J: Isi rumah / waris tidak layak menerima BR1M 2016 kerana penerima
BR1M 2015 telah meninggal dunia. Isi rumah / waris perlu membuat
Permohonan Baru BR1M 2016 jika melepasi syarat kelayakan.

11. S: Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2015. Nama saya
telah dimasukkan sebagai pasangan kepada bekas suami saya
semasa permohonan BR1M 2015. Adakah saya boleh membuat
Permohonan BR1M 2016?
J: Boleh. Anda perlu membuat permohonan baru BR1M 2016 dengan
status Ibu / bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda dengan memasukkan
tarikh perceraian. Salinan sijil perceraian perlu dikemukakan ke
Cawangan LHDNM bagi membolehkan kemas kini maklumat bekas
suami dibuat.

12. S: Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2015 dan telah
berkahwin semula baru-baru ini. Nama saya telah dimasukkan
sebagai pasangan kepada bekas suami saya semasa Permohonan
BR1M 2015. Adakah suami saya sekarang boleh memasukkan
nama saya sebagai pasangan di dalam Borang BR1M 2016?
J: Boleh. Anda perlu kemukakan Sijil Perkahwinan dan memaklumkan
kepada Cawangan LHDNM bagi membolehkan kemas kini dibuat bagi
maklumat bekas suami.

13. S: Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2015 tetapi telah
menghilangkan diri. Adakah saya boleh memohon BR1M 2016?
J Anda perlu mengemukakan laporan polis bagi membatalkan
permohonan pasangan di Cawangan LHDNM dengan mengisi Borang
Pembatalan Permohonan BR1M 2016. Anda boleh membuat
Permohonan Baru BR1M 2016 dengan berstatus kahwin (sekiranya
belum bercerai).

14. S: Pendapatan terkini saya termasuk gaji bulanan, bonus dan lainlain
elaun. Apakah jumlah pendapatan yang perlu saya laporkan
pada Borang BR1M 2016?
J: Anda perlu melaporkan gaji kasar bulanan dan lain-lain elaun kecuali
bonus bagi semua isi rumah.

15. S: Bagaimana sekiranya saya tidak mengisi nombor akaun bank
semasa Permohonan BR1M 2016?
J: Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank bagi memudahkan
dan mempercepatkan urusan pembayaran. Jika tidak, anda perlu
menghadiri majlis penyerahan baucar dan penunaian perlu dibuat di
bank.

16. S: Saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak
memperbaharuinya lagi. Adakah saya boleh membuat
Permohonan BR1M 2016?
J: Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan
MyKad kerana Permohonan BR1M 2016 mewajibkan penggunaan
MyKad.

17. S: Saya Warganegara Asing. Adakah saya layak memohon BR1M
2016?
J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia sahaja.

18. S: Saya merupakan Warganegara Malaysia tetapi menetap di
Singapura. Adakah saya layak memohon BR1M 2016?
J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap
di Malaysia sahaja.

LAIN-LAIN
19. S: Bagaimana cara untuk saya menyemak status permohonan,
membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BR1M 2016?
J: Anda boleh menyemak status permohonan, membuat pertanyaan atau
aduan melalui saluran berikut:
i. Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my;
ii. LHDNM: 1-800-88-2716;
iii. MoF: 03-8882 4565 / 4566; atau
iv. hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC
LHDNM.

20. S: Jika seseorang memberi maklumat palsu, apakah tindakan yang
akan dikenakan?
J: Seseorang boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun
Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sampai
tiga tahun dan denda.

21. S: Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan
BR1M 2016?
J: Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan
pengenalan (isi rumah), sijil perkahwinan dan Sijil Kematian / Sijil
Perceraian (jika berkaitan) ke Cawangan LHDNM untuk tindakan
selanjutnya.

22. S: Saya telah disenarai hitam oleh MoF, apa yang perlu saya
lakukan?
J: Anda perlu merujuk kepada Sekretariat BR1M, MoF seperti berikut:
Sekretariat BR1M
Pejabat Belanjawan Negara
Aras 6 Blok Utara
Kementerian Kewangan Malaysia
No.5 Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya.
Hotline BR1M MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
e-mel: br1m@treasury.gov.my















https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/Permohonan%20Baru%20dan%20Kemas%20Kini%20BR1M%202016.pdf

RANDOM POSTS