Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Senarai Nama Pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2016)



Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2016)
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2016)



 MAKLUMAN


  1. Permohonan Baru / Kemas Kini BR1M 2016 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang bermula 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015.
  2. Sila klik Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2016 di Semua Cawangan LHDNM.
  3. Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.


MAKLUMAT PEMBAYARAN FASA 3   

        Kementerian Kewangan Malaysia bersetuju untuk melanjutkan tempoh penunaian BR1M 2015 sehingga 30 Disember 2015,
        Perlanjutan ini hanya terpakai penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Sila klik link di bawah untuk keterangan lanjut.


SKIM KHAIRAT KEMATIAN
  1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.
  2. Waris perlu membawa dokumen asal berikut:

    • Sijil Kematian
    • Kad Pengenalan Waris           
SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.
Kemukakan Salinan:
  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.
 
 
NOTIS AMARAN 
AMARAN LHDNM BERKENAAN eMEL DAN SMS PALSU BR1M
LHDNM WARN OF FAKE eMAIL AND SHORT MESSAGE SEVICE (SMS) ON BR1M



HUBUNGI KAMI


  Hotline BR1M MOF :
03-8882 4565 /
03-8882 4566
     











 Hotline BR1M LHDNM :
1-800-88-2716 
eMel :
br1m@treasury.gov.my

   Faksimili BR1M MOF :
03-8882 3933  
Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
Di sini beberapa soalan lazim yang sering ditanya kepada pihak LHDN berkaitan BR1M sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan dan teka teki dalam minta para pemohon BR1M tahun 2016.

SOALAN LAZIM (FAQ)
BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2016
PERMOHONAN BARU DAN KEMAS KINI BR1M 2016

1. S: Siapakah yang layak membuat Permohonan BR1M 2016?
J: Pemohon yang layak membuat permohonan BR1M 2016 perlulah
memenuhi syarat seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
ii. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang
tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi
rumah RM4,000 dan ke bawah
iii. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke
bawah
iv. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah
pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
v. Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia

2. S: Bilakah saya boleh mula memohon BR1M 2016?
J: Anda boleh memohon BR1M 2016 mulai 5 Disember 2015 hingga 31
Disember 2015 (tertakluk kepada pindaan).

3. S: Bagaimana cara untuk saya membuat Permohonan BR1M 2016?
J: Anda boleh membuat Permohonan BR1M 2016 dengan mengisi
Borang BR1M 2016 sama ada secara dalam talian atau melalui
borang.
i. Permohonan Dalam Talian
Permohonan BR1M 2016 boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M
LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.
Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan
komputer sahaja dan simpan salinan permohonan bagi tujuan
rekod pendaftaran. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk
capaian peranti mudah alih.

ii. Permohonan Melalui Borang
Borang BR1M 2016 boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BR1M LHDNM
b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
c. Pejabat Daerah / Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) /
Pejabat Jabatan Pembangunan persekutuan (JPP) / Pejabat
Residen

4. S: Di mana saya boleh menghantar Borang BR1M 2016 yang telah
lengkap diisi?
J: Anda boleh menghantar Borang BR1M 2016 di kaunter-kaunter
berikut:
i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat
Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

5. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang BR1M
2016?
J: Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Salinan pengenalan pasangan / tanggungan yang menggunakan
jenis pengenalan Pasport atau Sijil Lahir
ii. Salinan sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada)
sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda /
Duda

6. S: Semasa BR1M 2015, saya telah kemukakan salinan pengenalan
pasangan / tanggungan. Adakah saya perlu kemukakan semula
bagi Permohonan Kemas Kini BR1M 2016?
J: Tidak perlu sekiranya maklumat pasangan / tanggungan adalah sama
dan tiada perubahan.

7. S: Bagaimanakah saya hendak kemukakan dokumen sokongan
sekiranya Borang BR1M 2016 telah dihantar sebelum ini?
J: Anda boleh mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan ke
Cawangan LHDNM yang berhampiran dengan mengisi Borang
Serahan Dokumen Sokongan BR1M 2016 (BK-17) yang boleh
diperolehi di Cawangan LHDNM / muat turun di Portal Rasmi BR1M
LHDNM. Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan
Permohonan BR1M 2016 apabila menghantar borang tersebut sebagai
rekod penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak
diterima.

8. S: Saya telah menghantar Permohonan BR1M 2016 secara dalam
talian. Perlukah saya kemukakan dokumen sokongan?
J: Ya. Anda perlu kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan
sekiranya terdapat mesej peringatan yang dipaparkan semasa
permohonan dalam talian dibuat. Kaedah penghantaran dokumen
sokongan adalah seperti jawapan bagi soalan No. 7.

9. S: Adakah penerima BR1M 2015 perlu memohon semula?
J: Penerima BR1M 2015 perlu mengemas kini maklumat terkini BR1M
2016 pemohon seperti Status Perkahwinan, No. Telefon, Maklumat
Akaun Bank (Persendirian), Alamat Surat-Menyurat Terkini, Maklumat
Isi Rumah dan Maklumat Waris secara dalam talian di Portal Rasmi
BR1M LHDNM atau mengisi Borang BR1M 2016.

10. S: Jika penerima BR1M 2015 telah meninggal dunia, adakah ahli isi
rumah / waris layak menerima BR1M 2016?
J: Isi rumah / waris tidak layak menerima BR1M 2016 kerana penerima
BR1M 2015 telah meninggal dunia. Isi rumah / waris perlu membuat
Permohonan Baru BR1M 2016 jika melepasi syarat kelayakan.

11. S: Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2015. Nama saya
telah dimasukkan sebagai pasangan kepada bekas suami saya
semasa permohonan BR1M 2015. Adakah saya boleh membuat
Permohonan BR1M 2016?
J: Boleh. Anda perlu membuat permohonan baru BR1M 2016 dengan
status Ibu / bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda dengan memasukkan
tarikh perceraian. Salinan sijil perceraian perlu dikemukakan ke
Cawangan LHDNM bagi membolehkan kemas kini maklumat bekas
suami dibuat.

12. S: Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2015 dan telah
berkahwin semula baru-baru ini. Nama saya telah dimasukkan
sebagai pasangan kepada bekas suami saya semasa Permohonan
BR1M 2015. Adakah suami saya sekarang boleh memasukkan
nama saya sebagai pasangan di dalam Borang BR1M 2016?
J: Boleh. Anda perlu kemukakan Sijil Perkahwinan dan memaklumkan
kepada Cawangan LHDNM bagi membolehkan kemas kini dibuat bagi
maklumat bekas suami.

13. S: Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2015 tetapi telah
menghilangkan diri. Adakah saya boleh memohon BR1M 2016?
J Anda perlu mengemukakan laporan polis bagi membatalkan
permohonan pasangan di Cawangan LHDNM dengan mengisi Borang
Pembatalan Permohonan BR1M 2016. Anda boleh membuat
Permohonan Baru BR1M 2016 dengan berstatus kahwin (sekiranya
belum bercerai).

14. S: Pendapatan terkini saya termasuk gaji bulanan, bonus dan lainlain
elaun. Apakah jumlah pendapatan yang perlu saya laporkan
pada Borang BR1M 2016?
J: Anda perlu melaporkan gaji kasar bulanan dan lain-lain elaun kecuali
bonus bagi semua isi rumah.

15. S: Bagaimana sekiranya saya tidak mengisi nombor akaun bank
semasa Permohonan BR1M 2016?
J: Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank bagi memudahkan
dan mempercepatkan urusan pembayaran. Jika tidak, anda perlu
menghadiri majlis penyerahan baucar dan penunaian perlu dibuat di
bank.

16. S: Saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak
memperbaharuinya lagi. Adakah saya boleh membuat
Permohonan BR1M 2016?
J: Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan
MyKad kerana Permohonan BR1M 2016 mewajibkan penggunaan
MyKad.

17. S: Saya Warganegara Asing. Adakah saya layak memohon BR1M
2016?
J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia sahaja.

18. S: Saya merupakan Warganegara Malaysia tetapi menetap di
Singapura. Adakah saya layak memohon BR1M 2016?
J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap
di Malaysia sahaja.

LAIN-LAIN
19. S: Bagaimana cara untuk saya menyemak status permohonan,
membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BR1M 2016?
J: Anda boleh menyemak status permohonan, membuat pertanyaan atau
aduan melalui saluran berikut:
i. Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my;
ii. LHDNM: 1-800-88-2716;
iii. MoF: 03-8882 4565 / 4566; atau
iv. hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC
LHDNM.

20. S: Jika seseorang memberi maklumat palsu, apakah tindakan yang
akan dikenakan?
J: Seseorang boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun
Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sampai
tiga tahun dan denda.

21. S: Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan
BR1M 2016?
J: Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan
pengenalan (isi rumah), sijil perkahwinan dan Sijil Kematian / Sijil
Perceraian (jika berkaitan) ke Cawangan LHDNM untuk tindakan
selanjutnya.

22. S: Saya telah disenarai hitam oleh MoF, apa yang perlu saya
lakukan?
J: Anda perlu merujuk kepada Sekretariat BR1M, MoF seperti berikut:
Sekretariat BR1M
Pejabat Belanjawan Negara
Aras 6 Blok Utara
Kementerian Kewangan Malaysia
No.5 Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya.
Hotline BR1M MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
e-mel: br1m@treasury.gov.my















https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/Permohonan%20Baru%20dan%20Kemas%20Kini%20BR1M%202016.pdf

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS