Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

BUAH DURIAN

buah durian
Rajah : buah durian

Pengenalan

Durian merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Durian banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis durian yang mempunyai pelbagai ciri-ciri yang berbeza di antara durian. Nama saintifik durian perdagangan adalah Durio zibethinus. Buah durian lain yang boleh dimakan kadangkala terdapat di pasaran tempatan di Asia Tenggara. Nama saintifik spesies lain adalah Durio kutejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, dan Durio dulcis. Durio graneolens atau juga dikenali sebagai dalit, tabelak, durian burung, durian kuning dan durian merah oleh kaum Melayu. Buah durian ini tergolong dalam keluarga Bombacaceae oleh ahli sains. Antara ciri-ciri utama buah dalit adalah berbentuk bulat dan kadang kala sedikit panjang, mempunyai kulit yang keras dan berduri tajam sepanjang 1 cm dan berwarna kuning kemerahan. Biasanya saiz normal bagi buah ini adalah berukuran 10-15 cm dan berat setiap buah adalah dalam lingkungan 400g-2000g buah dalit mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding dengan spesis durian yang lain. Selain itu, bagi isi buah durian ini berwarna cerah, iaitu jingga cerah hingga merah, kuning kemerahan. Bagi sesetengah buah dalit mempunyai isi yang tebal manakala ada juga yang mempunyai isi yang nipis. Buah dalit mempunyai bau yang kurang jika di banding dengan jenis durian yang lain dan ini menjadikan buah durian dalit menjadi salah satu buah yang di gemari oleh masyarakat tempatan disebabkan oleh bau yang tidak kuat dan mempunyai rasa isi yang unik.

2.0 Pembangunan Buah Durian

Kini, Malaysia lebih ke arah kepada pembangunan sumber tani yang dapat memangkin pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, dasar pertanian negara mensasarkan sumber pertanian negara dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun bukan saja dari segi kuantiti pertanian tersebut malah lebih kepada penghasilan produk-produk baru yang dapat dibangunkan berasaskan daripada sumber pertanian negara. Penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan terutamanya MARDI dapat membantu bagi meningkatkan dan mengenal pasti jenis pertanian yang berpontensi dibangunkan. Sebagai contoh, penghasilan Hibrid MDUR 78, MDUR 79,MDUR 88 merupakan hibrid klon durian pertama yang dihasilkan melalui pemilihan dan kacukan secara sistematik Antara ciri-ciri buah durian jenis ini ia mempunyai mutu buah yang baik dan menunjukkan ketahanan terhadap penyakit kanker. Ulas yang besar dan tebal berwarna kuning keemasan dan boleh buahnya boleh disimpan selama 3 hari. Jesteru itu, dengan adanya penyelidikan dan pembangunan yang berterusan ia dapat membantu terutamanya usahawan tempatan untuk mengkomersilkan produk-produk ini untuk dipasarkan bukan saja di dalam negara tetapi juga pasaran antarabangsa khasnya.

2.1 Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (MARDI)

Buah durian berpontensi dibangunkan menjadi kepelbagaian produk yang dapat dapat dikenal pasti. Antaranya ialah isi durian ini bukan saja enak untuk di makan secara mentah bah kan juga dengan adanya penyelidikan dan pembangunan yang berterusan terutamanya MARDI kepelbagaian produk lain dapat dicipta seperti dodol durian, lempok durian, serbuk durian, jem durian dan sebagainya. Kepelbagaian makanan yang dihasilkan dari durian ini membantu meningkatkan sumber ekonomi Negara kerana dengan penghasilan kepelbagaian produk yang ini berasaskan dari durian ia memperkayakan nilai eksport Negara. Tidak seperti dahulu lagi durian hanya di eksport secara mentah tapi kini kepelbagaian produk ini meningkatkan lagi jenis eksport terutamanya dari durian. Selain itu, Penghasilan makanan berasaskan durian ini memberi peluang terutamanya kepada Industri Kecil dan Sederhanan (IKS) untuk menceburi perusahaan yang berasakan dari durian. Selain produk yang berasaskan makanan, penyelidikan dan pembangunan buah durian juga menghasilkan produk kecantikan seperti krim, pencuci muka, lipstick perisa durian dan pelbagai minyak wangi hasil dari durian. MARDI bertanggungjawab untuk menghasilkan produk terutamanya yang berasakan dari durian untuk diperkenalkan dan dikomersilkan kepada para usahawan yang berminat. Jesteru sebagai langkah ke arah itu, MARDI telah mengadakan forum perniagaan, program lawatan, hari terbuka serta aktiviti berkaitan bagi membolehkan usahawan mendapat peluang memasar serta mengkomersilkan produk yang dihasilkan.

2.2 Membuka pusat pengumpulan dan pemprosesan

Salah satu langkah yang dapat menjamin pembangunan durian adalah dengan membuka pusat pengumpulan dan pemprosesan durian yang sistematik. Oleh kerana terdapat lambakan buah pada musim durian maka ia mendatangkan kerugian kepada pekebun seterusnya kepada nilai eksport buah-buahan Negara. Dengan adanya pusat ini ia membantu mencari peluang pasaran yang sedia ada bukan saja dalam Negara tetapi juga pasaran antrabangsa bagi durian dipasarkan. Pusat ini bertujuan bagi mengumpul pelbagai jenis durian yang dapat dikomersilkan dalam jangka masa panjang. Selain itu, dengan adanya pusat pengumpulan ini para usahawan-usahawan ataupun pengusaha IKS mendapatkan sumber utama dalam penghasilan produk mereka yang berasaskan durian. Selain itu,durian yang dikumpulkan ini dapat diproses menjadi bahan makanan atau pun pelbagai produk-produk baru yang berasaskan buah durian. Pemprosesan buah durian dapat dilakukan secara kecil-kecillan terutamnya para pengusaha IKS yang mana menjadikan durian sebagai bahan utama dalam penyediaan produk-produk baru yang dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka. Selain itu, pekilang-pekilang juga dapat menggunakan manfaat ini dengan mengusahakan sumber buah durian berskala besar yang mungkin dapat menembusi pasaran antarabangsa.

2.3 mempromosikan buah durian

Salah satu langkah yang dapat membangunkan potensi buah durian adalah dengan cara mempromosikan buah durian di peringkat antarabangsa. Dengan adanya promosi ini pelancong asing tertarik untuk melihat sendiri atau merasa keenakan buah durian ini seterusnya ia dapat dikomersilkan kepada semua lapisan masyarakat dan pelancong asing. Antara langkah yang dapat di ambil bagi mempromosikan buah duria ini adalah dengan menyediakan pekej pelancongan seperti pekej musim durian. Pekej ini antara lain memperkenalkan buah durian kepada pelancong asing terutamanya dan memberi peluang kepada pelancong menikmati suasana musim durian menerusi konsep pelancongan homestay untuk tempoh tertentu. Pakej ini secara lansung mempromosikan buah-buahan tempatan khususnya durian secara meluas di kalangan pelancong tempatan dan asing. Selain itu, mengadakan festival buah-buahan peringkat antarabangsa yang mengkhusus kepada buah durian dapat membantu memperkenalkan buah durian kepada warga asing yang jarang mengenali buah ini. Melalui festival ini, maklumat dan penerangan yang terperinci mengenai buah durian akan dipamerkan kepada umum seperti khasiat yang terdapat pada buah durian, produk-produk makanan yang dihasilkan daripada durian dan produk kecantikan dan kesihatan yang dihasilkan daripada durian dan pelbagai lagi informasi yang berkaitan dengan durian. Jesteru itu, dengan adanya festival ini ia bukan saja membantu memperkenalkan buah durian tetapi menjadikan ia salah satu agenda untuk mencari peluang perniagaan di peringkat antarabangsa dan memperkenalkan kepada syarikat-syarikat makanan antarabangsa untuk melihat sendiri keunikan buah durian agar ia dijadikan salah satu produk syarikat mereka

2.4 Menyediakan bilik sejuk beku.

Buah durian mempunyai faedah yang dapat dijanakan menjadi salah satu produk yang berpotensi untuk dibangunkan. Namun, menjadi masalah utama apabila tiba musim durian terdapat buah durian yang tidak dapat bertahan lama bagi tujuan pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Oleh itu salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mewujudkan bilik beku durian. Bilik beku durian ini merupakan bilik yang akan digunakan untuk menyimpan durian dalam kuantiti yang banyak. Tujuan bilik ini dibuat adalah untuk mengekalkan kesegaran buah durian, agar buah tersebut dapat disimpan dalam tempoh masa yang lama. Dianggarkan buah-buah durian yang disimpan dalam bilik sejuk beku ini dapat bertahan sehingga 6 bulan. Ini akan dapat menghasilkan buah durian yang lebih bermutu dan dapat disimpan lebih lama sebelum dapat dipasarkan dengan menggunakan bilik sejuk beku, buah durian dapat bertahan untuk tempoh enam bulan manakala isi durian pula boleh bertahan sehingga dua tahun jika disimpan pada suhu bawah 18 darjah celsius. Pembinaan lebih banyak bilik sejuk ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah lambakan durian ataupun masalah lebihan durian. Ini kerana durian yang lebih akan dapat disimpan dan akan dapat dipasarkan semula pada masa akan datang. Selain itu, dengan adanya bilik sejuk beku ini ia dapat membantu para pengusaha tempatan terutamnya pengusaha IKS untuk mendapatkan sumber utama iaitu buah durian dalam produk mereka. Hal ini, jelas kerana durian mempunyai musim-musim tertentu untuk ia berbuah dan menyukarkan kepada para pengusaha IKS bagi mendapatkan buah durian di luar musim ia berbuah. Jesteru itu dengan adanya bilik sejuk beku ini ia membuka peluang kepada pengusaha untuk mendapatkan buah durian dari masa ke semasa.

2.1 Alternatif bagi lambakan buah durian.

Masalah kejatuhan harga borong buah durian ke paras paling rendah dalam sejarah di Johor khususnya di daerah Muar iaitu hanya 20 sen sekilogram apabila raja buah itu mula gugur dua minggu lalu memang telah diduga sejak awal-awal lagi. Ini kerana selain daerah Muar menjadi pengeluar terbesar buah durian, iaitu seluas hampir 5,000 hektar, faktor musim luar biasa juga memainkan peranan menjadikan buah berlebihan dalam pasaran. Jika pada tahun 2002 lalu, keluaran buah durian di daerah itu dianggarkan berjumlah lebih 60,000 tan metrik, pada tahun ini keluarannya dijangka melebihi daripada angka tersebut. Kejatuhan harga buah durian bermula pada tahun 2001 apabila harga bagi durian kampung cuma 30 sen sekilogram kecuali klon-klon terbaik seperti D24, D13 dan 101, yang mendapat harga antara RM1.50 hingga RM2 sekilogram. Pada kali ini, harga durian kampung sudah jatuh ke paras 20 sen sekilogram manakala harga durian dari jenis klon-klon pilihan di antara RM1 hingga RM1.50 sekilogram. Kesan yang paling ketara terhadap kejatuhan harga buah tropika itu ialah semangat pekebun-pekebun kecil yang merupakan majoriti penanam buah tersebut semakin tertekan. Misalnya, sebahagian daripada mereka sudah tidak mahu mengutip buah yang gugur, sebaliknya menyedekahkan kepada jiran-jiran atau sanak saudara. Pada mereka, kalau dipungut pun, upah memungut dengan hasil jualan, tidak sepadan dengan tenaga dan modal yang dicurahkan. Yang menjadi masalah dan persoalan ialah peranan agensi pertanian seperti Lembaga Pemasaran Hasil Pertanian Malaysia (FAMA) dan lain-lain jabatan nampaknya tidak begitu bersungguh-sungguh mahu membantu penanam durian terbabit. Dalam satu tinjauan Utusan Malaysia misalnya, petani yang ditemui mendakwa, mereka tidak pernah dikunjungi oleh sama ada pegawai FAMA atau Jabatan Pertanian bertanyakan masalah mereka. Malah pegawai berkenaan kerap menyatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk membantu meringankan masalah yang ditanggung oleh pekebun kecil yang bergantung kepada hasil buah berkenaan. Seperti yang pernah dibangkitkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama dulu, sepatutnya, lebih banyak hasil yang dikeluarkan, maka pendapatan petani akan bertambah. Yang menghairankan kata beliau, ini tidak berlaku kepada penanam durian, sebaliknya lebih banyak pengeluaran buah itu maka akan bertambah merosot pendapatan mereka. Beliau pernah menyarankan agar sesuatu dilakukan untuk membantu penanam durian ini seperti menjadikan buah itu sebagai satu industri hiliran dan sebagainya.
Muhyiddin juga pernah menyarankan agar petani diajar mencontohi kaedah penanam durian di Thailand yang memetik buah apabila sudah matang tanpa menunggu ia gugur secara semula jadi untuk membolehkan ia dieksport ke luar negara. Malangnya, sehingga ini saranan beliau nampaknya tidak diambil berat. Pegawai-pegawai berkenaan membiarkan petani dalam keadaan terdesak.Pada hal buah durian boleh dijadikan produk makanan atau bahan perasa yang mampu diketengahkan di pasaran antarabangsa selain dijual secara segar sebagai mana lazimnya. Misalnya, ia boleh dijadikan lempuk dan dibungkus atau dikilangkan secara komersial untuk dieksport keluar negara.Jangan perlekehkan idea seperti ini kerana ramai tidak menyedari bahawa lempuk durian yang tahan lama mendapat pasaran baik di luar negara.
Contohnya, seorang rakan yang baru kembali dari Korea Selatan terkejut apabila terserempak bahawa lempuk durian yang tidak seasli mana berukuran 20 sentimeter bulat dan panjang lebih kurang 15 sentimeter dijual dengan harga RM25. Malah lebih mengagumkan, barangan itu cuma dijual di pasar raya-pasar raya ternama sahaja dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Justeru jelaslah kepada kita bahawa, ruang bagi memasarkan barangan produk daripada durian di luar negara boleh diteroka untuk membantu meningkatkan pendapatan penanam durian. Lagipun perusahaan seperti mengeluarkan lempuk durian dan serbuk perasa dari durian bagi campuran ais krim dan lain-lain makanan boleh dilakukan tanpa memerlukan

Penutup.

Kini buah durian mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan dan.mungkin satu hari nanti ia menjadi salah satu buah tempatan yang menjadi sumber utama eksport buah-buahan tempatan. Oleh itu, kerjasama semua pihak sama ada kerajaan, pihak swasta dan masyarakat haruslah ada untuk memajukan buah durian bukan saja diperingkat tempatan bahkan juga ke peringkat antarabangsa. Banyak faedah yang diperolehi sekiranya terdapat usaha yang berterusan bagi memajukan buah durian ini. Selain meningkatkan sumber ekonomi Negara, ia juga memberi pendedahan terutamnya pelancong asing untuk melihat sendiri keunikan buah durian ini dengan lebih dekat dan terperinci. Selain itu, dengan adanya festival buah durian yang diadakan setiap tahun oleh kerajaan ia sedikit sebanyak membantu masyarakat terutamanya para pengusaha, pekebun dan pengkilang untuk mempromosikan hasil buah durian kepada umum.

Rujukan
Bernadius T, dan Wahyu W.,1999, Penanaman Durian, Syerngy Media Books, Kuala Lumpur, Malaysia
Rukay A.A, 1999, Buah-Buahan Malaysia, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia
Willians C.N. dan Joseph K.T, 1970, Iklim, Tanah, dan Pengeluran Tanaman di Kawasan Tropika Lembab, Fajar Bakti, Petaling Jaya, Selangor
http://www.google.com.my
http://www.utusan.com.my/utusan
Pasar tamu Daerah Tuaran

1 ulasan:

  1. saya berminat tentang pembuatan produk kecantikan berasaskan buah durian ini, boleh saya tahu di mana tempat pembuatan dan siapa yang membuat produk tersebut?

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS