Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Bayaran BR1M dikreditkan pada 28 Mei 2015

Pembayaran BR1M Peringkat Kedua Bermula Esok iaitu pada 28 Mei 2015.

Pembayaran BR1M Peringkat Kedua
BR1M

 
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua akan bermula 28 Mei 2015 dikatakan melibatkan 4.65 juta penerima. Pembayaran peringkat kedua itu turut melibatkan tuntutan rayuan yang diluluskan kepada 141,670 penerima. Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan telah memutuskan agar pemberian BR1M pada tahun 2015 diagihkan kepada tiga peringkat. Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan dan cek BR1M akan diposkan terus ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran. sumber BR1M : Utusan.Com/BR1M 
bagi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga boleh membuah semakan status penerimaan di E-BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Apapun diharap dan dingatkan gunakan sebaiknya duit BR1M tersebut.

2 ulasan:

  1. nice info..tapi IbuNoey tak dapat BR1M.dapat GST jer.ahahaha.

    BalasPadam
  2. haa.. info untuk penerima br1m aje.. saya pun x dpt ni..hee

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS