Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Oil Plam Mushroom (resepi cendawan kelapa sawit)

10 Mac 2015- Semasa dalam pejalanan pulang daripada tempat kerja sempat singgah di tepi jalan berhampiran dengan kilang dan ladang kelapa sawit  Borneo Samudera Lumadan Beaufort untuk membeli Cendawan Kelapa Sawit sebungkus RM 2.50 belilah 2 bungkus.Memang sedap cendawan kelapa sawit ni kalau di masak rebus lagi-lagi jarang-jarang dapat makan ni.


cendawan kelapa sawit
Oil Plam Mushroom (cendawan kelapa sawit)

Resepi Cendawan Kelapa Sawit : 
  1. Cendawan tadi dibasuh,dibersihkan dan rendam dalam air seketika untuk menghilangkan pasir yang melekat pada batang cendawan tersebut. kemudian letak tepi. 
  2. Potong 2 ulas bawang putih, 1 biji bawang merah, 3 tangkai cili padi. Seperti biasa semua bahan ni dimayang dan dipotong-potong kecil. 
  3. Kemudian panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan yang dipotong kecil tadi tu sehingga naik bau harum.
  4. Kemudian cepat-cepat masukkan cendawan yang sudah dibersihkan itu. Masukkan jugak bahan perasa lain saya letak kiub Peti Ayam Maggi ,  sebatikan rasa sehingga cendawan tu masak.


Siap dihidangkan untuk makan malam. Kuah sup rebusan cendawan ni habis dihirup...




15 ulasan:

  1. ooo... baru tahu pasal cendawan ni? Kenapa tak letak gambar sup cendawan yang sedia untuk dimakan? Teringin nak tengok bagaimanakah rupanya setelah menjadi sup.

    BalasPadam
  2. saya mmg suka cendawan... klu ada cendawan kat tom yam mmg saya yg habiskan :D

    BalasPadam
  3. ooo.. baru tahu kewujudan cendawan jenis ni.. first time tgk and dgr..

    BalasPadam
  4. mrs. A
    tak sabar nak makan.. sampai lupa take picture yg dah siap masak.. haa

    miss xyz .. ya campur dlm tom yam lagi sedap.. kalau saya pulak paling ringkas letak dalam maggi kari dah siap..

    sue sopian.. benarnya banyak jenis cendawan yg kita boleh makan..

    BalasPadam
  5. sdpnya tgk..rasanya tak pernh try cndwn ni..

    BalasPadam
  6. baru tahu pasal nama cendawan ni.buat peminat cendawan macan sy ni mestilah suka..kt sini mana nak carik ye

    BalasPadam
  7. gemuk2 cendawannya..makan sup cendawan panas2 sure x ingat nak berenti hehe

    BalasPadam
  8. sekali pandang ingatkan biji batu rupanya cendawan :-)

    BalasPadam
  9. kali pertama tau pasal cendawan ni wpun rumah kat kg tu dlm kebun kelapa sawit . bila masa ya cendawan ni tumbuh kat pokok kelapa sawit ... klu terjumpa nak juga cuba memasaknya ...

    BalasPadam
  10. wow. x pernah dgr cendawan kelapa sawit.. hehe. ilmu baru

    BalasPadam
  11. puan kutu...tak pasti dekat aera puan ada atau tak ada , sebab biasanya cendawan ini tumbuh daripada tandan buah sawit...

    BalasPadam
  12. Gemuk gemuk macam Cendawan Shitake kan Alya...Tak pernahlah rasa cendawan ni....Kalau namanya cendawan sama jerlah kot rasanya hihi

    BalasPadam
  13. Erm,kejap.rasanya masa kecik-kecik dulu,pernah makan ni.tapi lupa suda macam mana rasanya.

    BalasPadam
  14. Kt srwak hari2 boleh makan cndawan ni goreng sup..msak dgn syur pun sdap

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS

  • Selamat tahun baru 2010 di ucapkan kepada semua
    . Sambutan tahun baru di Sunway PramidSemoga tahun baru ini hidup kita lebih baik dan kegembiraan hadir sepanjang masa…Laungan!! HAPPY!! NEW YeAR…
  • Terbaik buat Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)
    Seperti yang kita maklum sumber tenaga elektrik adalah satu keperluan penting dalam kehidupan.  Setiap hari kita menggunakan peralatan –…
  • Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2015 bagi seluruh Malaysia
    Menu Sahur  hari pertama Selamat berpuasa diucapkan kepada seluruh umat Islam. Marhaban Ya Ramadhan  telah datang dan bertemu semula…
  • MEMANCING DI MUARA SUNGAI MEMBAKUT
    IKAN UNGAH 08/02/2014(SABTU) Di hujung minggu  sempat memancing di muara sungai membakut@ Borneo Golf bersama adik ipar . Beberapa ekor ikan…
  • 26 years old
    Hari ni 24hb Februari 2011 genaplah umur 26 tahun.. bagi meraihkan ulang tahun yang ke 26 ini.. saya sambut bersama Nur Hikmah Binti Othman !!! dekat…
  • ayam goreng kicap haa!!
    Tak bererti kita tak call orang tu kita tak ingat kat dia, tak bermakna kita tak tegur dia kita tak sayang kat dia, tak bermaksud kita tak rapat…