♠ Posted by amsran in Kerjaya lepasan spm,sambung belajar lepasan spm,senarai insitusi pengajian at 10:56 PG
Khas Untuk Lepasan SPM 2015
Keputusan result SPM 2015 telah keluar. Pasti ada yang masih pening-pening hendak membuat keputusan sama ada ingin menyambung pelajaran dan dalam bidang apa? yang diminati.? dengan keputusan yang tidak seberapa.?. apa yang saya layak pohon?banyak persoalan yang timbul.
"ANDA BERHAK MEMILIH UNTUK MENENTUKAN MASA DEPAN ANDA"
Lepasan SPM
Ramai pelajar lepasan SPM yang masih tercari-cari hala tuju kerjaya masing-masing selepas mendapat sijil SPM.Sukar untuk membuat keputusan terbaik yang bakal menentukan masa depan. Disini beberapa cadangan daripada saya kepada pelajar lepasan SPM untuk pilihan kerjaya selepas SPM.Disini ada beberapa cadangan dan panduan sedikit sebanyak boleh membantu adik-adik lepasan SPM bagi menentukan hala tuju selepas ini.
Universiti - Pelajar-pelajar yang mendapat berjaya mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Anda harus memohon melalui UPU lepasan SPM/setaraf secara online sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.
Kolej Matrikulasi - Selain program Asasi, anda boleh memohon matrikulasi samada dalam aliran sains (sains hayat & sains fizik), perakaunan dan kejuruteraan.. Seperti juga Asasi, selepas Matrik, boleh memohon melalui online UPU lagi di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Anda boleh mengikuti program setahun yang mana dapat menjimatkan masa untuk mengikuti program ijazah. boleh kata dapat menjimatkan masa setahun.
DIPLOMA
(IPTA)-Bagi
adik-adik pelajar yang sudah tidak sabar-sabar untuk memulakan
pengajian di peringkat yang lebih tinggi, ini adalah pilihan yang paling
sesuai. Banyak kursus yang ditawarkan oleh IPTA seperti UiTM dan UTM
yang menawarkan kursus diploma kepada pelajar lepasan SPM.
(POLITEKNIK) juga merupakan pilihan yang tepat bagi pelajar lepasan SPM yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta berkecenderungan kepada kursus-kursus bidang teknikal. Namun, kursus yang ditawarkan oleh POLITEKNIK sebenarnya lebih banyak lagi pilihan. Tambahan pula, kini pelajar lepasan Diploma dari POLITEKNIK juga mempunyai peluang lebih cerah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama di mana-mana POLITEKNIK yang menawarkan kursus sedemikian. (IPTS)Bagi pelajar yang mempunyai sumber kewangan yang lebih, atau mempunyai minat dalam bidang yang tidak ditawarkan di mana-mana IPTA, pelajar boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS. Pemilihan IPTS perlulah dilakukan dengan hati-hati bagi mengelakkan pembelajaran hanya pada separuh jalan. Walau bagaimana pun, kini kita ada banyak pilihan IPTS yang berkualiti serta terbukti dalam melahirkan graduan yang hebat dan setaraf dengan lepasan IPTA. Bijak memilih!
(POLITEKNIK) juga merupakan pilihan yang tepat bagi pelajar lepasan SPM yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta berkecenderungan kepada kursus-kursus bidang teknikal. Namun, kursus yang ditawarkan oleh POLITEKNIK sebenarnya lebih banyak lagi pilihan. Tambahan pula, kini pelajar lepasan Diploma dari POLITEKNIK juga mempunyai peluang lebih cerah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama di mana-mana POLITEKNIK yang menawarkan kursus sedemikian. (IPTS)Bagi pelajar yang mempunyai sumber kewangan yang lebih, atau mempunyai minat dalam bidang yang tidak ditawarkan di mana-mana IPTA, pelajar boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS. Pemilihan IPTS perlulah dilakukan dengan hati-hati bagi mengelakkan pembelajaran hanya pada separuh jalan. Walau bagaimana pun, kini kita ada banyak pilihan IPTS yang berkualiti serta terbukti dalam melahirkan graduan yang hebat dan setaraf dengan lepasan IPTA. Bijak memilih!
Tingkatan 6 - Ramai juga pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Lagipun biasanya pelajar memilih tingkatan 6 setelah gagal memasuki IPT. Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran. Dengan keputusan yang baik, lepasan STPM boleh terus buat Ijazah pertama.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) - Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti separa perubatan dan polis anda perlu berkursus sekurang-kurangnya 2 tahun setengah. contohnya jururawat, juru x-ray, MA dan sebagainya elaun semasa berkursus akan dibayar. dan yang ingin terus berkerja bolehlah memohon jawatan seperti Pembantu Tadbir, juruaudit, dan sebagainya.Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah anda akan ditawarkan kerja.
Akademi Laut Malaysia (ALAM) - Sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).
Kursus Ketenteraan - Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi, bolehlah membuat permohonan ini. Anda boleh memohon untuk memasuki Universiti Pertahanan Nasional Malaysia… Pelajar yang diterima masuk akan mendapat elaun sepanjang pengajian tersebut. Lepasan SPM juga boleh mohon pengajian peringkat Ijazah di Akademi Tentera Malaysia (ATMA).
Kursus Penerbangan - Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini.Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti juruterbang, pramugari dan pramugara ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.
Kementerian Pendidikan Guru - Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kini peluang pekerjaan masih luas di bidang perguruan dan mudah sedikit naik pangkat berbanding kebanyakan jabatan lain. Malah kerjaya ini akan memberi kepuasan sekiranya anda ingin berbakti kepada anak bangsa kelak. Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.
Lain-lain - bukan semua orang bernasib baik seperti anda kerana,ada juga yang tidak mampu dan terpaksa terusk berkerja di kampung kerana fakor kemiskinan. jadi hargailah masa dan peluang yang ada pada anda.
Senarai IPTA dan IPTS di Malaysia
Universiti Awam (20) |
- Universiti Malaya (UM), KL
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Selangor
- Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
- Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor
- Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL
- Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak
- Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan
- Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL
Universiti Swasta (27) |
- Universiti AIMST (AIMST), Kedah
- Universiti Perdana (Perdana University), Selangor
- Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kuala Lumpur
- Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Selangor
- Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Selangor
- Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Selangor
- Universiti Multimedia (MMU), Selangor
- Universiti Taylor's, Selangor
- Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuala Lumpur
- Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor
- Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Kuala Lumpur
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Selangor
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur
- Universiti Selangor (UNISEL), Selangor
- Universiti Sunway, Selangor
- Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Pulau Pinang
- Universiti UCSI (UCSI University), Kuala Lumpur
- Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Selangor
- Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), Kedah
- Universiti Antarabangsa INTI (INTI IU), Negeri Sembilan
- Universiti luar negara kampus Malaysia[sunting]
- Universiti Teknologi Curtin, Sarawak
- Universiti Monash Malaysia, Selangor
- Universiti Teknologi Swinburne Malaysia, Sarawak
- Universiti Nottingham Malaysia, Selangor
- Universiti Perubatan Newcastle Malaysia, Iskandar Malaysia, Johor
Kolej Universiti (27) |
- Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, KL
- Kolej Universiti Selatan, Skudai, Johor
- Kolej Universiti SEGi, Kuala Lumpur
- Kolej Universiti Teknologi & Inovasi Asia Tenggara (UCTI), KL
- Kolej Universiti Binary, Selangor
- Kolej Universiti Antarabangsa Cosmopoint (CiUC)
- Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Selangor
- Kolej Universiti HELP, KL
- Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT), KL
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor
- Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah
- Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Selangor
- Kolej Universiti Linton (KUL), Negeri Sembilan
- Kolej Universiti Nilai, Negeri Sembilan
- Kolej Universiti TATI (TATiUC), Terengganu (dulu TATI)
- Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Melaka
- Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), Terengganu
- Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU), KL
- Kolej Universiti Shahputra (SHAHPUTRA), Pahang
- Kolej Universiti KDU, Selangor
- Kolej Universiti Hospitaliti Berjaya, KL
- Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze (AUCMS), Pulau Pinang
- Kolej Universiti Sains dan Teknologi City (CUCST), Selangor
- Kolej Universiti Mahsa (MAHSA), KL
- Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill, Selangor
- Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan, Selangor
- Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), Perak
Kolej Swasta / IPTS (324) |
Kolej-kolej swasta yang beroperasi di Malaysia dan
disahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan
pengajian dalam peringkat sijil, pra-diploma, diploma, ijazah sarjana
muda, ijazah sarjana, ijazah kedoktoran, kursus professional atau
diploma lanjutan yang telah ataupun akan mendapat akreditasi samada
provisional atau penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia.
- Akademi Digital Animasi Dan Media
- Akademi HELP
- Akademi IMH
- Akademi Kejururawatan Gleneagles
- Akademi Kejururawatan Tung Shin
- Akademi Kewartawanan & Komunikasi Hanxing
- Akademi Kreatif
- Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific
- Akademi Laut Malaysia (ALAM)
- Akademi Perbankan Malaysia
- Akademi Seni & Muzik Yamaha
- Akademi Seni Equator
- Akademi Seni Komunikasi The One
- Akademi Seni Lukis Dasein
- Akademi The One Penang
- Akademi YES
- G. Institute of Real Estate
- Institusi Pengajian Tinggi PRIME
- Institut Akauntan KTC
- Institut Antarabangsa IQRA
- Institut Assyifa' & Sains Kesihatan Bersekutu
- Institut Bahasa Teikyo
- Institut Bakeri Malaysia
- Institut CECE
- Institut Citipro
- Institut De La Salle
- Institut Eksekutif
- Institut EU
- Institut FMM
- Institut Goon
- Institut Hospitaliti YPJ
- Institut I-Systems
- Institut Insuran Malaysia
- Institut J & L
- Institut Jati
- Institut Kejuruteraan Audio SAE
- Institut Kesihatan Sains dan Kejururawatan Pantai Melaka
- Institut Kojadi
- Institut KOMPAS
- Institut Latihan & Pembangunan
- Institut Latihan dan Pendidikan RANACO (RETI)
- Institut Makanan Malaysia
- Institut Malaysia-German
- Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
- Institut Megatech
- Institut Mentari
- Institut Methodist Pilley
- Institut Moden Montessori
- Institut Nasional Sains Oftalmik
- Institut Nirwana
- Institut Omega
- Institut Optopreneur
- Institut Pelaburan PNB
- Institut Pengajian Global (GIS)
- Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis
- Institut Pengurusan & Teknologi Utara (IPTURA)
- Institut Pengurusan dan Teknologi Antarabangsa
- Institut Pengurusan Dinamik
- Institut Pengurusan Global
- Institut Pengurusan Maxcel
- Institut Pengurusan MIM-INTI
- Institut Pengurusan Yelex
- Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak (i-PAK)
- Institut Perniagaan PAAC
- Institut Prima Bestari
- Institut Profesional Axismatics
- Institut Profesional Baitulmal
- Institut Quantum
- Institut Sains & Teknologi Darul Takzim (INSTEDT)
- Institut Sains dan Pengurusan
- Institut Sains Kesihatan Bersekutu Bukit Merah Laketown (BMLIAHS)
- Institut Sains Kesihatan DSH
- Institut Sains Perubatan Mantin
- Institut Seni Lukis Malaysia
- Institut Seni Neo-Art
- Institut Seni PIA
- Institut Seni Sabah
- Institut Sinaran
- Institut Teknologi & Pengurusan Leboh Victoria
- Institut Teknologi Audio Ocean
- Institut Teknologi Bandaraya Antarabangsa
- Institut Teknologi Butterworth
- Institut Teknologi Cybertek
- Institut Teknologi Ibnu Sina
- Institut Teknologi Imperia
- Institut Teknologi Info-Sains Mahir
- Institut Teknologi Kreatif LimKokWing
- Institut Teknologi Maklumat Asia
- Institut Teknologi Maklumat Nusantara
- Institut Teknologi Maritim Netherlands (NMIT)
- Institut Teknologi MIDAS
- Institut Teknologi Pasifik
- Institut Teknologi Perak
- Institut Teknologi Perindustrian YPJ
- Institut Teknologi Pertama
- Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP)
- Institut Teknologi RIAM
- Institut Teknologi Sarawel
- Institut Teknologi Silicon
- Institut Teknologi Suria
- Institut Teknologi TMC
- Institutut Perdagangan Kapar
- Kolej ACE
- Kolej Aesthetik Antarabangsa Clara
- Kolej Al Sinnar
- Kolej ALC
- Kolej Alfa
- Kolej Aman Batu Pahat
- Kolej Antarabangsa Almacrest
- Kolej Antarabangsa Automotif
- Kolej Antarabangsa Bandaraya
- Kolej Antarabangsa Crescendo
- Kolej Antarabangsa Cyberjaya
- Kolej Antarabangsa Cyberlynx
- Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
- Kolej Antarabangsa Etica
- Kolej Antarabangsa Excelpolitan
- Kolej Antarabangsa FAZLEY
- Kolej Antarabangsa Flamingo
- Kolej Antarabangsa FTMS
- Kolej Antarabangsa Genting Inti
- Kolej Antarabangsa Geomatika
- Kolej Antarabangsa Granada
- Kolej Antarabangsa Greencity (dahulu dikenali: Kolej Antarabangsa Oren)
- Kolej Antarabangsa Hospitaliti dan Pelancongan LEGEND
- Kolej Antarabangsa IKIP
- Kolej Antarabangsa Impiana
- Kolej Antarabangsa Inovatif
- Kolej Antarabangsa KBU
- Kolej Antarabangsa Kejururawatan Dan Sains Kesihatan KPJ
- Kolej Antarabangsa Kemajuan Pelancongan
- Kolej Antarabangsa KFCH
- Kolej Antarabangsa Langkawi
- Kolej Antarabangsa Malvern
- Kolej Antarabangsa Metro Prima
- Kolej Antarabangsa Nightingale
- Kolej Antarabangsa Oakland
- Kolej Antarabangsa Pengurusan Hotel YTL
- Kolej Antarabangsa Plaza
- Kolej Antarabangsa Putra
- Kolej Antarabangsa Putra Intelek
- Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MICOST)
- Kolej Antarabangsa Sains Kesihatan (ICHS)
- Kolej Antarabangsa Seafield
- Kolej Antarabangsa Sedaya Sarawak
- Kolej Antarabangsa TAJ
- Kolej Antarabangsa Teknologi dan Profesional
- Kolej Antarabangsa Teknologi Inovasi Mutiara
- Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak
- Kolej Antarabangsa Travex
- Kolej Antarabangsa Victoria
- Kolej Antarabangsa Victoria Bandar Tasik Puteri
- Kolej Antarabangsa Westminster
- Kolej Antarabangsa Windfield
- Kolej Antarabangsa Windfield
- Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
- Kolej ASA
- Kolej ATC
- Kolej ATI (Institut Pelancongan ASIA)
- Kolej Automotif TEKAT
- Kolej Bandar
- Kolej Bayu
- Kolej Bersepadu Sains Kesihatan Nasional
- Kolej Binary
- Kolej Bostonweb
- Kolej Brickfields Asia
- Kolej Consist
- Kolej Cyber Putra
- Kolej Dar Al-Hikmah
- Kolej DiKA
- Kolej Disted
- Kolej Eastern
- Kolej Edu Train
- Kolej Elitejaya
- Kolej Excel (Pusat Pengurusan TL)
- Kolej Fajar
- Kolej FTMS
- Kolej Gemilang
- Kolej Han Chiang
- Kolej Hillciti
- Kolej I-Systems
- Kolej IACT (International Advertising, Communication and Technology)
- Kolej IBS MIRI
- Kolej IJN
- Kolej Informatics Kuala Lumpur
- Kolej Integrasi Kejururawatan dan Kesihatan Bersekutu
- Kolej Internexia
- Kolej INTI
- Kolej Islam Antarabangsa (International Islamic College)
- Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
- Kolej Islam Darul Ridzuan (sekarang, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah)
- Kolej Islam Johor
- Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas)
- Kolej Islam Sains Dan Teknologi
- Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB)
- Kolej ITA
- Kolej ITJ
- Kolej Jamiah Islamiah Putra (Kolej JAIPUTRA)
- Kolej Jaya Bakti
- Kolej KDU
- Kolej Kejururawatan Adventist
- Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Nilam
- Kolej Kejururawatan Dan Sains Kesihatan Berjaya
- Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung
- Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Sime Darby
- Kolej Kejururawatan Hospital Fatimah
- Kolej Kejururawatan Lam Wah Ee
- Kolej Kejururawatan Murni
- Kolej Kejururawatan PUSRAWI
- Kolej Kejururawatan Tun Tan Cheng Lock
- Kolej Kemahiran Minda Isbauk
- Kolej Kepimpinan Eksekutif Limkokwing
- Kolej Keris
- Kolej Kesihatan Sains Dan Kejururawatan Pantai
- Kolej Ketengah
- Kolej KIST
- Kolej Komersial Kinabalu
- Kolej Laila Taib
- Kolej Legenda
- Kolej Life
- Kolej Lincoln
- Kolej Majujaya
- Kolej Mantissa
- Kolej Masa
- Kolej Maxwell Ipoh
- Kolej Methodist Kuala Lumpur
- Kolej Metropoint
- Kolej Metropolitan
- Kolej Multimedia
- Kolej Multimedia Antarabangsa
- Kolej Multimedia InHouse
- Kolej Mutiara
- Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM)
- Kolej Negeri
- Kolej New Era
- Kolej Oasis
- Kolej Olympia
- Kolej Optima
- Kolej Otomotif TOC
- Kolej Pacific Kuantan
- Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA)
- Kolej Penerbangan Admal
- Kolej Penerbangan Antarabangsa GGIFA
- Kolej Pengajian Siswazah Segi
- Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH)
- Kolej Pengajian Tinggi Raffles
- Kolej Pengurusan Astin
- Kolej Pengurusan Penerbangan
- Kolej Pengurusan Perniagaan Kotaraya
- Kolej Perdana
- Kolej Pergigian Antarabangsa Pulau Pinang
- Kolej Perubatan Komplementari Melaka
- Kolej Perubatan Melaka-Manipal
- Kolej Perubatan Pulau Pinang
- Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
- Kolej Portman
- Kolej Pratique Asia
- Kolej Presiden (Kolej Lincoln Asia Pasifik)
- Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA
- Kolej Profesional Mara (KPM)
- Kolej PSDC
- Kolej PTPL (Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan)
- Kolej Putra
- Kolej Ranger Melaka
- Kolej Reach (Institut Teknologi Informasi)
- Kolej Reliance
- Kolej Reliance Pulau Pinang
- Kolej Renaissance
- Kolej Restu
- Kolej Rima
- Kolej Risda Melaka
- Kolej Sacred Heart Sibu
- Kolej Sains Kesihatan Aseana
- Kolej Saito
- Kolej SAL
- Kolej SATT
- Kolej Sedamai
- Kolej SEGI
- Kolej Seni dan Reka PJ
- Kolej Seni dan Teknologi HELP
- Kolej Seni Kreatif Snips
- Kolej Sentral
- Kolej SIDMA (Institut Pengurusan Dinamik, Sabah)
- Kolej Sinar
- Kolej Sri
- Kolej Sri Ayu
- Kolej Stamford
- Kolej Strategy
- Kolej Sunway
- Kolej Suria
- Kolej Surya
- Kolej Syuen
- Kolej TAFE
- Kolej Taylor's Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan
- Kolej Taylor's Sri Hartamas
- Kolej Teknologi Alpha
- Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint
- Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics
- Kolej Teknologi Bestari
- Kolej Teknologi Dan Senireka RENG
- Kolej Teknologi Darulnaim
- Kolej Teknologi MEA
- Kolej Teknologi Park Malaysia
- Kolej Teknologi Pulau
- Kolej Teknologi SEGI
- Kolej Teknologi Sentral Pulau Pinang
- Kolej Teknologi Timur
- Kolej Teknologi Unified
- Kolej Teknologi YPC-ITWEB
- Kolej Tertiari Lanjutan Kemayan
- Kolej TESDEC (Kolej Sri Iman)
- Kolej Timur Barat
- Kolej Unikop
- Kolej UNITI
- Kolej Vision
- Kolej WIM
- Kolej WIT
- Kolej Yayasan Sabah (KYS)
- Kolej Yayasan UEM
- Kolej / Maahad Hafiz Klang
- Pusat Bahasa Antarabangsa ELS
- Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC)
- Rima Secretarial Finishing College
- Sekolah Perniagaan AMC
p/s: Post ni sebab anak buah admin.. dalam dilema membuat keputusan memilih hala tuju selepas SPM..
Rasanya geomatika dah menjadi geomatika university college
BalasPadamAssalaimualaikum... nak tanya sikit... awak tahu universiti/kolej yang paling murah di sekitar selangor dan kuala lumpur yang menawarkan diploma dalam pengurus pelancongan?
BalasPadamMatrik bole mohon lg ke selepas result spm keluar?
BalasPadamTarikh tutup matrik 24 dec aritu