Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Memancing udang galah di sungai padas, Beaufort

♠ Posted by amsran in , at 2:36 PG
Pada pagi 28.02.2015 ada sedikit kelapangan  untuk turun  memancing  udang galah di sungai Padas, Beaufort.  Memandangkan sekarang  musim  udang di sungai Padas  ramai  lah kelihatan  pemancing  di awal  pagi  dan petang  sepanjang  pesisir  tebing  sungai  padas. Rasa seronok melihat susana ramai orang di pinggir sungai padas.  Hasil trip memancing  udang  kali ini tidak menghampakan walaupun  terpaksa berpindah 4 kali  mencari lokasi  yang  terbaik. Pencarian lokasi terbaik bertujuan mencari tempat yang umpannya cepat di sambar serta saiz udang yang besar-besar menjadi keutamaan.

 keadaan sungai padas yang tenang dan air tidak terlalu deras pasti banyak udang menghuni di dalamnya


 

 udang galah yang berjaya dinaikkan

 

lokasi, kg. suasa, beaufort udang galah terbaik banyak disini

 
 setelah memancing daripada awal pagi hingga ke petang hari inilah hasil tangkapan yang akan dibawa pulang

 

hasil memancing udang galah di sungai padas yang berjaya di bawa pulang dan bakal menjadi hidagan makan malam 

0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS