Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

( AWAS ) PENIPUAN SMS 'LUCKY DRAW ' DARIPADA SHELL (MESTI BACA)

♠ Posted by amsran in ,, at 10:07 PG
PENIPUAN SMS

Sekadar kongsian untuk semua PENGETAHUAN, silakan share jika anda tidak mahu Keluarga dan kawan kawan anda terkena macam yang dinyatakan terima kasih.....


 Saya pada 10 Febuari 2015..

Baru-baru ni ada terima SMS daripada nombor  +013XXXXXXXX daripada SHELL kononnya...hadiah wang ringgit RM 200, 000 telah dimenagi melalui cabutan nombor telefon katanya dalam kandungan teks SMS tersebut.
TETAPI. ingat.. ini..

menurut pihak Shell sendiri



Selamat Sejahtera. 
Terima kasih kerana menghubungi Shell berkaitan isu khidmat pesanan ringkas yang melibatkan nama Shell.
Untuk pengetahuan anda, Shell tidak akan menghantar sebarang pesanan melalui khidmat pesanan ringkas kepada pemenang.Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon dan kami tidak memerlukan pelanggan/pemenang untuk memberitahu nombor akaun anda.
Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh anda adalah satu penipuan dan untuk pengesahan anda boleh layari laman web Shell di www.shell.com.my
Sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Shell di talian 1-300-88-1808 untuk keterangan lebih lanjut.
Thanks&RgdsNazrina 
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (6087-M) or Shell Timur  Sdn Bhd (113304-H) whose registered office is at Bangunan Shell Malaysia, Changkat Semantan Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Malaysia.Shell Malaysia Trading Customer Service CentreShell Business Service Centre Sdn Bhd3450, Jalan Teknokrat 3Cyberjaya63000


Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police)

PENIPUAN SMS

PENIPUAN SMS 'LUCKY DRAW'

SCAM ALERT : ‘Lucky Draw’ adalah satu lagi taktik penipuan yang disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan mudah daripada orang ramai.

Anda dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dan berhati-hati apabila menerima sebarang sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dari mana-mana pihak yang menyatakan anda adalah orang yang bertuah dan telah memenangi sejumlah wang, barangan dan percutian dalam peraduan ‘Lucky Draw’.

Modus operandi mereka adalah :
1.Mangsa menerima SMS yang menyatakan bahawa beliau telah memenangi peraduan ‘Lucky Draw’ dari luar negara.
2.Mangsa dikehendaki berhubung dengan suspek untuk keterangan lanjut.
3.Mangsa kemudian diarahkan memasukkan wang tunai ke akaun suspek sebagai wang cagaran.
4.Suspek memberi jaminan palsu bahawa hadiah wang tunai yang dimenangi akan dimasukkan ke dalam akaun mangsa dan terus menghilangkan diri.


so, moral of the story

JANGAN SESEKALI PERCAYA DENGAN MUSLIHAT SESETENGAH PIHAK YANG MENGAKU KONONNYA DARI SHELL YANG MENGATAKAN ANDA MEMENANGI CABUTAN BERTUAH!!...

SEBARANG MAKLUMAT LANJUT BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN PIHAK SHELL DAN PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA 

sumber yang boleh dipercayahi : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police)  dan http://www.azri.my/2012/11/penjelasan-dari-pihak-shell-malaysia.html 

0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS