Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

(MESTI BACA) TIP BERGUNA JIKA ANDA GAGAL BAYAR ANSURAN PINJAMAN KERETA

GAGAL BAYAR ANSURAN PINJAMAN KENDERAAN
Share info berkaitan perkara ini. Kebiasaannya kebanyakkan golongan yang tidak dapat membayar ansuran kereta ini bertindak boleh menyebabkan kerugian dan masalah baru timbul kepada mereka.Contohnya jika sekiranya tak dapat membayar ansuran pinjaman kereta, langkah terbaik bukannya dengan menyembunyikan kereta tersebut atau pun mendiamkan diri tanpa memaklumkan kepada pihak bank. Ada kawan-kawan  yang sarankan untuk sorok kereta kerana takut kereta kena tarik dan lelong. Sebenarnya langkah tersebut kurang tepat. Langkah paling baik sekiranya anda mengalami masalah sedemikian adalah dengan memaklumkan kepada pihak bank. Beritahu masalah sebenar dan bawa berbincang untuk dapatkan sedikit kelonggaran. Dalam keadaan tertentu mungkin pihak bank akan pertimbangkan permohonan kita jika tidak boleh juga boleh lihat tip dibawa sebagai panduan anda.
 
Tip terbaik daripada Persatuan Keselamatan Pengguna (PKP) Sekiranya anda tidak mampu meneruskan membayar finance kenderaan anda Jangan sesekali anda:-
 
1. Serahkan kepada pihak ke-3 iaitu menjual kenderaan tersebut kepada pihak ketiga dengan membuat sambuangan ansuran bayaran (sambung bayar) @ skim sewa. perkara ini pernah terjadi kepada seorang sahabat yang memjual kereta dengan membuat sambung bayar kerna ingin membeli kereta yang lebih baru dan terkini. tetapi pihak ke tiga langsung tidak membuat bayar ansuran kereta tersebut. kesannya sahabat saya tadi dituntut oleh pihak bank untuk membuat bayaran ansuran yang tertunggak kerana loan kederaan tersebut atas namanya. sekarang masalahnya telah selesai kerana dia telah mengambil balik kereta tersebut. 
 
2. Sembunyikan dari pihak bank.elak ditarik.
 
3. Jual spare part kenderaan atau sebagainya.
 
Ini kerana anda akan di blacklisted, CCRIS dan dikenakan pelbagai denda & amp; caj upah tarik kereta, upah simpan stor dan sebagainya. Oleh itu, anda disaran pergi ke bank terbabit dan serahkan kunci kereta anda. Kerana Bank akan simpan kenderaan anda dan memberi tempoh 21 hari daripada tarikh anda serah kepada pihak bank untuk urusan dituntut semula. Sekiranya anda tidak menebus balik dalam masa 21 hari daripada tarikh serah, bank berhak melelong. kenderaan anda, hasil lelong tadi akan ditolak baki hutang dengan bank dan bakinya adalah milik anda.
 
Bank tidak boleh menarik kenderaan anda sekiranya
 
1-Finance dah melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah
 
2-Kenderaan anda berada dikawasan kediaman yang berpagar
 
3-Pada hari cuti umum Malaysia
 
4-Selepas jam 9.00 malam
 
AWAS !! Untuk ingatan juga bagi langkah berjaga-jaga
 
Ajen penarik kereta mestilah mempunyai kad autoriti (EPS) Ejen perolehan semula daripada KPDNKK. Sekiranya si penarik kereta datang lebih daripada seorang, semua daripada mereka mestilah mempunyai kad EPS. sekiranya salah seorang daripada mereka gagal menunjukan kad tersebut. Anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi Akta Pengguna membawa gengster dan sebaginya.
 
Jadilah pengguna bijak.
 
P/S : kali ni jadi pakar perunding pinjaman kenderaan 

2 ulasan:

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS