Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

AWAS (Wajib Baca) Buat Pemegang Kad DEBIT / Kad KREDIT

♠ Posted by amsran in ,, at 1:14 PM

Sekadar kongsian untuk semua PENGETAHUAN, silakan share jika anda tidak mahu kawan kawan anda terkena macam yang dinyatakan terima kasih.....

 

http://amsran85.blogspot.com/2015/02/awas-wajib-baca-buat-pemegang-kad-debit.html

 

Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
Untuk kawan-kawan fb dan pembaca blog , just nak share apa yang berlaku pada masa ini.Perbualan
lebih kurang jam 11.30 pagi, Norman dapat call daripada private number dan antara perbualan yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en.Norman?
Norman: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Norman: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Norman: Oh ok…( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?

Norman: alamat sya….
Wi: boleh dapatkan no ic…
Norman:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Norman: ye sy…
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Norman: hampir 2 tahun…
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Norman: ye btol…
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Norman:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan…skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Norman: ye ad…
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli…boleh bacakan sya no ahli kad en?
Norman: xxx…
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharga RM 399.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.

Norman: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tiba2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Norman: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan…en kerja mana?
Norman: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk…npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan…
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Norman: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment…ok en, ada apa-apa lagi, kalau xde apa-apa terima kasih kerna berikan kerjasama…( terus letak phone)
Darah dah tak tenteram , buka terus maybank2u
Nasib baik, duit masih ada…apa lagi, cepat-cepat kol maybank buat pengesahan…
pegawai bank maklum, ia adalah sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yang penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau…dia xberjaya mengambil duit dari akaun en…sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatan dari pihak kami. Kan dah jadi masalah besar..!

Kalau boleh jgn sesakali dedahkan nombor atau akaun bank pada org yang tak di kenali.

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS