Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

ADUAN BR1M 3.0 2014

♠ Posted by amsran in at 3:48 PTG
Aduan Duit BR1M 3.0 2014. Cara Agihan BRIM : Walaupun Br1M 3.0 2014 telah mula diagihkan bermula seawal malam Khamis minggu lepas tetapi sehingga sekarang pelbagai aduan dan kecaman terhadap pelaksanaan BR1M yang diberikan oleh rakyat Malaysia umumnya dan penerima BR1M amnya.

Rata-rata dilihat kurang berpuas hati atas sebab dan alasan tertentu. Walaubagaimanapun, ramai juga yang berlapang dada dengan pelaksanaan BR1M yang dilihat sedikit sebanyak membantu perbelanjaan untuk seketika waktunya dan juga cara terima pembayaran BR1M terus ke akaun mereka, mendapat respon positif daripada penerima BRIM 2014.  Menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, jumlah RM650 itu sudah mencukupi mengikut kemampuan kewangan negara.
“RM650 campur RM300 okay lah tu. Kalau ekonomi bertambah baik jadilah RM1,000 hingga RM2,000.
“Kira bersyukurlah, janji ada. Kalau bagi banyak-banyak tapi negara tak mampu nanti jadi isu pula,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Perkasa di sini hari ini.
BN semasa manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 April lalu berjanji untuk menaikkan kadar BR1M daripada RM500 sehingga RM1200.
Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2014 mengumumkan pemberian BR1M meningkat hanya RM150 sahaja menjadi RM650 bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.
Manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan naik RM50, daripada RM250 kepada RM300.

Aduan Duit BR1M 3.0 2014

  1. Ada penerima yang hanya mendapat RM450 sahaja, sedangkan pendapatan isi rumah mereka tidak lebih RM3,000 sebulan. Ada yang mengalami situasi seperti ini?
  2. Ada yang melihat sendiri, kalangan yang tidak layak berdasakan pendapatan bulanannya (diluar kumpulan penerima) tetapi tanpa segan silu menikmati ganjaran BR1M. Erm….
  3. Ada penerima yang amat yakin memperolehi BR1M berdasarkan pendapatan bulanan @ pendapatan isi rumah mereka setiap bulan tetapi sehingga ke hari ini tiada khabar berita yang menggembirakan untuk mereka walaupun setiap hari membuat semakan di ATM ataupun melalui pembankan Internet
  4. Tiada disediakan kemudahan semakan keputusan BR1M online yang menyebabkan kalangan pemohon terus tertunggu-tunggu keputusan BR1M 3.0 2014 samada mereka layak atau tidak
  5. Malahan kemudahan hotline yang disediakan kurang efektif, maklum balas melalui email. Masakan boleh kemudahan seperti ini mampu menampung persoalan daripada lebih 6 juta pemohon BR1M 3.0 2014?
  6. Ramai yang menemplak kerajaan Malaysia telah menipu rakyat Malaysia dengan berjanji untuk memberikan sehingga RM1200 bagi BR1M 3.0 2014 seperti yang mereka lihat dalam manifesto BN sebelum ini, sebaliknya hanya RM650 diterima mereka.
  7. Dan Berita Semasa perhatikan ada tidak mahu BR1M ini diteruskan & nilai BR1M dinaikkan dengan cara mengurangkan subsidi rakyat Malaysia dikurangkan, dan rata-rata mahukan subsidi rakyat Malaysia melibatkan dikembalikan & kawalan harga barang di Malaysia di kawal. 
  8. Apa pula aduan dengan pelaksanaan BR1M 3.0 2014 kali ini?
  9. Dan, apa pula respon balas kalangan anda yang telah menerima BR1M 2014 ini? Syukur, Terima Kasih @ Tidak Puas Hati? Ada cadangan?

 


0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS