♠ Posted by amsran in EIA,Environmental Impact Assessment,MASALAH EIA,PENGENALAN KEPADA EIA,proses penilaian kesan ke atas alam sekitar at 12:18 PG
projek penambakan adakah ia telah mendapat kelulusan dan sudahkah ia melalui proses penilaian kesan ke atas alam sekitar(EIA)
PENGENALAN
Penilaian kesan ke atas alam sekitar (EIA) merupakan satu kaedah yang dibentuk untuk meramalkan, mengenalpasti atau meramalkan kesan negatif atau positif kepada persekitaran, kesihatan manusia dan terhadap sosial dan ekonomi akibat daripada projek pembangunan yang akan dilaksanakan.
- Dalam' tahun 1979 satu draf buku panduan EIA telah diterbitkan dan pada April 1985, Akta tersebut telah Dipinda dengan memasukkan keperluan EIA di bawah Seksyen 34A dan seterusnya prosedur EIA dikuatkuasakan bagi 19 aktiviti yang dikenalpasti.
MASALAH DARI SUDUT JABATAN ALAM SEKITAR
1. Pemaju mengemukakan laporan EIA terlalu lewat
- Jangka masa terhad
Pemeriksaan dan penelitian laporan EIA yg tidak menyeluruh dan tidak lengkap.
2. Laporan EIA tidak lengkap
Laporan yang dipersembahkan oleh pemaju tidak lengkap iaitu hanya meliputi impak-impak asas saja.
3. Kurang kakitangan jabatan alam sekitar
Projek yang memerlukan pemerikasaan rapi tidak dapat dijalankan.
Menimbulkan rungutan oleh pihak pemaju kerana laporan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.
4. Penglibatan agensi-agensi kerajaan lain yang agak lembab dalam memberi nasihat tentang laporan EIA Lambat memberi keputusan
5. Pemaju tidak mematuhi syarat kelulusan
Pihak pemaju tidak mengendahkan segala syarat yang dikenakan kerana pada anggapan mereka JAS tidak akan melakukan pemeriksaan
6. Penglibatan orang awam
Penglibatan orang awam yang berkepentingan kurang. Akan wujud rungutan
MAKLUMBALAS MASALAH PEMAJU DALAM PELAKSANAAN EIA
Melambatkan pembinaan sesuatu projek
Tempoh masa yang diambil oleh JAS untuk menyemak EIA mengambil masa yang panjang sedangkan kerja2 pembinaan harus dilakukan dengan kadar yang segera.
Memerlukan kos yang tinggi
Bayaran untuk pihak jurutera adalah mahal
Tidak menjanjikan kelulusan dari pihak jabatan.
Terlebih bajet
MAKLUMBALAS MASALAH PEMAJU DALAM PELAKSANAAN EIA
Melambatkan pembinaan sesuatu projek
Tempoh masa yang diambil oleh JAS untuk menyemak EIA mengambil masa yang panjang sedangkan kerja2 pembinaan harus dilakukan dengan kadar yang segera.
Memerlukan kos yang tinggi
Bayaran untuk pihak jurutera adalah mahal
Tidak menjanjikan kelulusan dari pihak jabatan.
Terlebih bajet
Terlalu banyak yang ditekankan dalam menyediakan laporan EIA
Terlalu banyak perkara-perkara yang ditekankan misalnya :
Senarai matrik penilaian alam sekitar
Senarai penialaian alam sekitar
Jadual penilaian kesan lanjutan
Laporan diminta dengan kadar segera oleh JAS
Pihak pemaju melantik jurutera yang benar2 layak
Jurutera yang dilantik perlu menngambil masa dalam memastikan laporan EIA benar2 terperinci dan sistematik mengikut piawaian JAS.
Kekurangan jurutera perunding yang dapat menyediakan dengan baik dan diiktiraf oleh JAS
mengikut nisbah perangkaan sekarang hanya terdapat seramai 126 perunding individu dan 43 syarikat sahaja yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar.
Jumlah perunding yang berdaftar ini tidak mencukupi untuk menampung keperluan penyediaan Laporan EIA bagi projek-projek pembangunan yang bakal dijalankan.
Syarat-syarat yang dikenakan adalah agak rumit
meliputi perkara berkaitan Konsep Perlaksanaan, Kawalan Kerja Tanah, Kawalan Hakisan, Kawalan Kualiti Udara, Perlupusan Buangan, Kawalan Bunyi Bising hingga Pentadbiran dan pengurusan.
Syarat-syarat yang ketat ini menyukarkan pihak pemaju menjalankan kerja-kerja pembangunan.
CONTOH KES EIA YANG BEMASALAH
Kes 1
Isu Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Di Jeram, Kuala Selangor Perbangkitan isu antara Jabatan Alam Sekitar dan pihak kerajaan negeri selangor yang menyatakan bahawa tapak pelupusan sisa pepejal tersebut dibangunkan tanpa mendapat kelulusan EIA Alasan diluluskan-Tapak pelupusan berada dalam zon sensitif alam sekitar dan telah mendapat persetujuan dari semua pihak
Kes 2
Isu Cadangan Melombong Emas Di Lombong Emas Bukit Koman, Raub Pahang
Penduduk Kampung Bukit Koman memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap keputusan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) yang meluluskan laporan EIA bagi cadangan melombong emas di Bukit Koman.
Mereka juga memohon deklarasi bahawa sebelum responden memulakan atau meneruskan sebarang aktiviti yang dicadangkan di lombong tersebut,ia perlu terlebih dahulu mengemukakan laporan EIA yang baru dan terperinci untuk pertimbangan dan keputusan responden.Kes 3
Isu Pembalakan di Tanah Tinggi Lojing,Gua Musang,Kelantan Antara yang dibangkitkan-kelulusan lessen bagi 22 buah syarikat untuk tujuan pembalakan secara haram di kawasan tersebut. Faktor kekangan politik adalah antara isu yang dibangkitkan dalam kes tersebut.
Kes 4
Isu Pembinaan Projek Empangan Bakun Di Sarawak Kontrovesi-sejak mula-mula dicadangkan kerana semasa krisis ekonomi dunia,beberapa kali projek tersebut terpaksa ditangguhkan.
KESIMPULAN
Dalam perlaksanaan penilaian kesan alam sekitar (Environmental Impact Assessment) atau ringkasnya disebut EIA sememangnya wujud berbagai kesulitan dan kesukaran samada bagi pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) atau pemaju itu sendiri.
Adakalanya wujud juga kerenah birokrasi serta perkara remeh temeh yang boleh melambatkan proses kelulusan sesuatu laporan EIA yang dikemukakan kepada pihakJAS.
Biarpun pihak JAS mempunyai kuasa dan bertanggungjawab keatas penguatkuasaan alam sekitar tetapi tanpa kerjasama dari pihak lain terutamanya pihak awam tidak mungkin menghasilkan satu keputusan yang baik dalam melindungi alam sekitar yakni dapat memberi keselesaan kepada manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan penghuni alam yang lain.
Pihak pemaju harus bersabar utk memastikan Pihak JAS membuat keputusan yang adil buat alam sekitar dan manusia..
BalasPadamkadang-kadang kepentingan org2 politik mendahului segala-galanya.
kalau jelas sesuatu projek itu bertentangan dengan undang-undang kenapa harus dijalankan projek tersebut.