Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

ANALISIS PUNCA BERLAKUNYA BANJIR DI KG. GADONG, BEAUFORT SABAH

♠ Posted by amsran in , at 11:51 PTG
ANALISIS PUNCA BANJIR
graf bar 1 punca berlakunya banjir di Kg. Gadong, Beaufort



Analisis punca belaku banjir ini dijalankan bertujuan untuk meninjau pendapat masyarakat Kg. Gadong, Beaufort berkaitan dari mana bermulanya banjir.


Graf bar(rajah di atas graf 1) menunjukkan punca utama berlakunya banjir di Kg. Gadong, hasil daripada analisis borang soal selidik yang diedarkan kepada responden adalah faktor hujan kerana jumlah responden seramai 10 orang dan mengikut peratusan sebanyak 33 % daripada jumlah keseluruhan. Seterusnya, diikuti oleh, punca sistem perparitan dan empangan seramai 8 orang responden dan sebanyak 27 %. Punca banjir yang sedikit bilangan respondennya ialah kejadian luar dugaan seramai 1 orang responden dan sebanyak 3 % sahaja. Punca banjir bentuk muka bumi seramai 4 orang responden dan sebanyak 13 % daripada jumlah keseluruhan. Seterusnya, punca banjir yang disebabkan oleh morfologi sungai seramai 3 orang responden dan mengikut peratusan sebanyak 10 %. Punca yang disebabkan oleh aktiviti pertanian dan aktiviti pembangunan mempunyai bilangan responden yang sama banyak iaitu seramai 2 orang dan sebanyak 7 % dariada jumlah keseluruhan.


ANALISIS PUNCA BANJIRgraf garis 2 menunjukkan purata hujan tahunan dari tahun 1990 hingga 2006

kesimpulannya, punca banjir menurut pandangan masyarakat kampung ini ialah daripada hujan yang berlaku hal ini boleh dijelaskan daripada purata hujan tahunan di beaufort (lihat graf garis 2). umumnya kita tahu bahawa purata hujan tahunan Malaysia melebihi 2200mm setahun dan daripada graf ini jelas bahawa hujan memang mempunyai pengaruh dan hubungan yang kuat dengan kejadian atau punca kepada berlakunya banjir.


0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS