Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

laporan aktiviti di Kg. Gadong dan Smk Gadong

♠ Posted by amsran at 10:55 PM

saya(tengah) bersama dangan 2 peserta Program Ums ini


rombongan pelajar UMS yang akan Ke Kg Gadong dan Smk gadong


Penyerahan anak angkat Kepada Penduduk Kg. gadong



antara pelajar smk Gadong yang mengikuti ceramah motivasi


LDK dalam kumpulan bersama pelajar


pelajar ums dan smk gadong berkerjasama dalam LDK


pelajar ting. 6 yang asik mendengar ceramah


cikgu Hawa yang baru sahaja tiba di dewan

cik masnani yang sedang menyampaikan ceramah


cikgu mamut yang menyampaikan ucapan


pelajar wanita ting. 6 smk gadong

bergambar bersama pelajar smk gadong selapas tamat LDK


minum bersama pelajar ting. 6



bersama2 menyanyikan lagu negaraku


ok!!! dah ambil dayang!!


kami boleh!!


yang baju lengan panjang putih tu aku...hee

1.0 PENDAHULUAN
Matlamat pogram ini adalah untuk memberi pendekatan kepada para pelajar untuk lebih kreatif, inovatif dan aktif dalam pelbagai bidang untuk menempuhi cabaran masa hadapan. Disamping itu juga, daripada aktiviti dijalankan ia dapat melahirkan atau mewujudkan semangat intergarasi nasianol di kalangan pelajar dan masyarakt yang pelbagai kaum.
Program ini juga dapat membentuk konsep kendiri mahasiswa dan mahasiswi dalam usaha menjayakan program, semangat kerjasama di antara ahli kumpulan, ketabahan dari segi mental dan fizikal serta pelbagai dugaan yang akan ditempuh bagi mencapai objektif program yang akan dijalankan ini.
Melalui program ini juga boleh melahirkan para pelajar yang berpotensi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa kini dan akan datang. Tambahan lagi, program ini dapat melatih pelajar meningkatkan jati diri bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malahan, dapat mengamalkan cara hidup yang kreatif dalam semua hal yang boleh digunakan pada masa hadapan pelajar.
Program “Jalinan Kasih 2008” ini adalah suatu usaha untuk mewujudkan jalinan erat antara mahasiswa Universiti Malaysia Sabah dengan penduduk luar bandar dengan pendedahan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dalam hidup berkeluarga melalui kesepekatan dan kerjasama erat. Secara tidak langsung, mahasiswa boleh saling kena mengenali dan merapatkan hubungan silaturrahim di antara mahasiswa dan masyarakat luar melalui program yang dijalankan ini.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
Beberapa objektif program ini, kebanyakannya telah dicapai dengan memuaskan, antara objektif program ini ialah :
2.1 Untuk mendedahkan para siswa dan siswi kepada program berbentuk kemasyarakatan agar dapat melahirkan generasi intelek yang peka kepada masyarakat sekitarnya.
2.2 Untuk berkongsi pengetahuan bersama masyarakat dan memberi motivasi kepada muda mudi untuk menjejakkan kaki ke menara gading.
2.3 Untuk mendalami cara hidup dan nilai kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk kampung.
2.4 Dapat menanamkan semangat saling menghormati dan mengamalkan nilai- nilai murni seperti peramah, saling membantu dan mengambil berat .
2.5 Dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara para pelajar UMS dengan penduduk kampung.
3.0 MAKLUMAT PROGRAM
3.1 Nama Projek
Program Jalinan Kasih 2008
3.2 Tarikh Perlaksanaan
4 hingga 6 April 2008 (Jumaat hingga Ahad)
3.2 Masa
2.00 Petang (4 April) hingga 12.00 Tengahari (6 April)
3.3 Penganjur
Pelajar-pelajar kursus Interim (EK1013) semester 2 (2007/2008)
3.3 Tema
“ Seuntai kasih pengikat sayang ’’
3.4 Tempat
Kampung Gadong, Beaufort, Sabah
3.5 Kerjasama
Pusat Ko-kurikulum Universiti Malaysia Sabah
3.6 Jawatankuasa Pelaksanaan/Penganjur
Penasihat : Encik. Samsuidin Nurdin
Jurulatih Interim Kumpulan 3
Pengarah Program : Arrhadewi bte Kachong Ma’arof
Timbalan Pengarah : Mohd Izwan
Setiausaha : Norsryjumiati Achmad
Naib Setiausaha : Nur Zahrawani Nawa
Bendahari : Nurliyana Juhan
Penolong Bendahari : Mohd. Faizal
AHLI-AHLI JAWATANKUASA :
1. Pengangkutan : Katriah
i. Haslina Hassan
ii. Siti Sarah Said
iii. Amsran Sanuin
2. Keselamatan : Rudy Chan
i. Venessa Calamba
ii. Mohd Redzuan Ramlan
iii. Nor Hasni Abdul Razak
iv. Norainy Dewi Massarapi
3. Tajaan : Jackson Chang Hian Wui
i. Elsa Muhammad Nur
ii. Jenifer Eng Ye Tien
iii. Lee Onn Ting
iv. Chok Pey Tying
4. Protokol : Mohd. Nor bin Madiah
i. Nurul Sarimiza Lamsun
ii. Hirda Mohd Khairul
iii. Tee Suon Ngo
iv. Ruzianti Amat
v. Shila Ag. Jainal
5. Motivasi dan LDK : Mohd Sallehin bin Hj. Mustafa
i. Tee Syon Ngo
ii. Lau Ai Ling
iii. Amirah Farhan Amir Alam
iv. Hamzah Raihuddin
v. Rupiah Mosugim
6. Makanan : Azuana bte Musa
i. Farahwati Dullah
ii. Nur Idliyana Safinaz Idris
iii. Mohd Reduan Ramlan
iv. Ermawati Bte Arju
v. Nurhafiza Mustafa
7. Teknikal : Maxmuel Inik
i. Adrian Florincius Majaham
ii. Mohd Rajib Abd Malik
iii. Amsran Sanuin
4.0 PERASMIAN
Program perasmian dan penutupan :
Tempat : Dewan Masyarakat Kampung Gadong
Tarikh : 5 April 2008
Masa : 8.00 malam hingga 12.00 malam
Oleh : Yang Berhormat Kamarlin Haji Ombi ADUN N.27 Lumadan
5.0 PENYERTAAN
i. Seramai 35 orang pelajar- pelajar yang mengambil kursus interim kumpulan 3 semester 2 sesi 2007/2008
ii. 18 buah keluarga di Kampung Gabong yang telah mengambil pelajar krusus ini sebagai anak angkat
iii. Seluruh penduduk Kampung Gabong dan muda mudi di kawasan sekitar kampung Gabong yang masih menuntut.
iv. 60 orang pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong sebagai fukos motivasi yang dijalankan di SMK Gadong.
6.0 LAPORAN PERBELANJAAN PROGRAM JALINAN KASIH 2008
A. PENDAPATAN
1. Peruntukan PKPP RM1750.00
2. Yuran Peserta (RM X 37 org) RM370.00
3. Tajaan RM275.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 2395.00


B. PERBELANJAAN
1. PROTOKOL DAN URUSETIA
BIL
PERKARA
NO. RESIT
JUMLAH (RM)
1
Pencetakan
285
RM 9.30
288
RM 13.10
290
RM 6.10
Lampiran 1
RM 8.65
2
Bahan & Alat tulis
220339
RM 9.50
110145
RM 5.50
56742
RM 6.50
714653
RM 6.00
603131
RM 10.00
Lampiran 2
RM 3.40
JUMLAH
RM 78.05
2. JAMUAN
BIL.
PERKARA
NO. RESIT
JUMLAH (RM)
1
Motivasi
(RM4 x 80 org pelajar)
224
RM 320.00
(RM8 x 7 org VIP)
224
RM 56.00
2
Makanan tengah hari
281076
RM 130.00
3
Bahan basah
5829
RM 224.90
4
Bahan kering
135566
RM 11.34
430
RM 5.50
29111
RM 133.90
4136
RM 21.28
30928
RM 25.80
Lampiran 3
RM 23.00
Lampiran 4
RM 35.00
5
Beras (25kg)
Lampiran 5
RM 47.60
6
Minyak makan & gas
29111
RM 29.70
Lampiran 6
RM 28.00
7
Kuih muih (Majlis Pembahagian Keluarga
Lampiran 7
RM 200.00
Angkat,Sukaneka,Malam Kebudayaan)
8
Minuman
179869
RM 17.50
29111
RM 28.50
Lampiran 5
RM 2.50
JUMLAH
RM 1340.52

3. CENDERAHATI DAN SIJIL
BIL
PERKARA
NO. RESIT
JUMLAH (RM)
1
Hadiah Pengarah
2550
RM 31.40
2
Honororium Penceramah
Lampiran 8
RM 50.00
3
Saguhati Persembahan
366408
RM 56.00
Lampiran 9
RM 40.00
Lampiran 10
RM 20.00
4
Hamper
60002267
RM 15.00
60001166
RM 5.00
60001163
RM 29.70
135566
RM 144.26
5
Beras bagi keluarga angkat(5kg x 20 x RM 9.60)
29111
RM 192.00
6
Sijil
81298
RM 48.00
JUMLAH
RM 631.36

4. KOMINIKASI DAN PENGANGKUTAN
BILBIL
PERKARA
NO. RESIT
JUMLAH (RM)
1
Reload Kupon
Lampiran 11
RM 20.00
RM 60.00
RM 10.00
2
Minyak Kenderaan
3694
RM 50.00
702657
RM 20.00
305715
RM 10.00
Lampiran 12
RM 60.00
RM 25.00
JUMLAH
RM 255.00
5. LAIN-LAIN
BIL.
PERKARA
NO. RESIT
JUMLAH (RM)
1
Sewa Kenderaan (2hari tinjauan awal)
Lampiran 13
RM 140.00
(3hari sepanjang program)
2
Elektrik Dewan Kg.Gadong
Lampiran 14
RM 20.00
3
Ubat
Lampiran 15
RM 5.00
JUMLAH
RM 165.00
JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN
RM 2469.93
Pendapatan – Perbelanjaan RM2395.00 - RM2469.93
Defisit : RM74.93
P/S Defisit sebanyak RM74.93 telah ditanggung bersama jawatankuasa dengan mengeluarkan wang sendiri.
7.0 LAPORAN PEJALANAN PROGRAM
7.1 sebelum program berlangsung
Sebelum program berjalan, telah diadakan beberapa perjumpaan bagi memastikan peserta tahu tugas masing-masing melalui pembahagian peserta kepada mengikut Exco atau bidang tugas yang ditetapkan bagi memudahkan peserta bertindak berdasarkan tugasan yang diberikan.
Taklimat berkenaan program telah di sampaikan oleh Encik. Samsuidin Nurdin dan kemudiannya sekali lagi taklimat telah disampaikan oleh Encik Azmi ketika penyerahan baju di Dewan Canselor pada 2 April 2008 kira-kira jam 4.00 petang.
7.2 semasa perjalanan program
Program bermula pada 4 April 2008, selepas sahaja solat jumaat para peserta telah berkumpul di lokasi Dataran Dewan Canselor. Kesemua peralatan untuk kegunaan sepanjang program dibawa sekali. Pada jam 2.00 petang acara pelepasan peserta Pusat Ko-kurikulum Universiti Malaysia Sabah oleh Prof. Datok Dr. Mohd Noh Dalimin dan kira-kira jam 3.30 petang semua peserta ko-kurikulum dilepaskan ke lokasi masing-masing. Bagi kumpulan Interim, kumpulan ke-3 peserta menaiki bus ke lokasi kira-kira jam 4.00 petang kerana singgah sekejap di Likas untuk membeli barang-barang makanan seperti beras, mi, dan sebagainya. Pada jam 6.00 petang kami pun sampai di Kampung Gadong dan setibanya di sana segala aktiviti berlangsung berdasarkan tentatif program yang telah dirancang seperti berikut :
Hari Pertama 4 April 2008-04-10
Aktiviti : majlis penyerahan anak angkat
Masa : 6.00 petang – 6.30 petang
Tempat : Dewan Masyarakat Kampung Gadong
Setibanya peserta di Kampung Gadong majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat bermula dengan ucapan pengarah program dan ketua kampung Gadong iaitu Encik Janudin Rambang dijalankan terus di dewan Masyarakat Kampung Gadong. Setelah selesai majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat, para peserta program dan penduduk kampung yang terlibat di sajikan dengan jamuan makan dan sedikit taklimat program bagi aktiviti malamnya sebelum anak-anak angkat dibawa pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing
Aktiviti : latihan bagi persembahan perasmian dan penutupan Program
Masa : 8.30 malam -12.00 malam
Tempat : Dewan Masyarakat Kampung Gadong
Aktiviti latihan bagi majlis perasmian dan penutupan program ini dijalankan bagi membuat persediaan sebelum upahcara dilaksanakan. Selepas latihan ini selesai sedikit taklimat ringkas bagi semua peserta program bagi aktiviti keesokan harinya dan selepas beberapa minit kemudian semua peserta pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.
Hari Kedua 5 April 2008
Aktiviti : Program Motivasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Makan Sekolah Menangah Kebangsaan Gadong
Seawal pagi lagi peserta bangun awal untuk bersiap ke Sekolah Menangah Kebangsaan Gadong. Pserta awal tiba di sekolah tersebut bagi membuat persediaan program Motivasi dan kesemua pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM serta pelajar tingkatan 6 yang juga akan menduduki peperiksaan STPM berkumpul di dewan Makan Sekolah. Kira-kira jam 9.00 pagi majlis ucapan daripada pihak sekolah dan pihak program ini berlangsung.
Kira-kira jam 10.00 pagi ceramah motivasi bermula oleh penceramah undangan dari UMS sendiri iaitu (nama penceramah) Yang bertajuk „Pengurusan Masa dan Teknik belajar yang betul: Selangkah ke Menara Gading“ dalam ceramah motivasi ini, kesemua pelajar yang hadir memberi respon yang baik kepada penceramah undangan daripada UMS ini. Dalam ceramah ini juga pelajar disuruh supaya membuat pesedian dan perlu perubah kearah positif supaya mencapai keputusan yang cemerlang dan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Ketika ini juga, rombongan daripada program ko-kurikulum BaktiSiswa tiba di SMK Gadong bagi tujuan berkerjasama dengan program Interim membuat LDK kepada pelajar sekolah ini.
Setelah selesai ceramah motivasi, semua tetamu, peserta dan murid-murid sekolah SMK Gadong berehat seketika dengan menjamu hidangan tengahari. Kemudian semua pelajar sekolah berkumpul semula di dewan bagi menjalankan aktiviti LDK kumpulan Interim dan BaktiSiswa dibahagikan 10 kumpulan bagi membimbing pelajar sekolah untuk LDK. Setelah aktiviti LDK bejalan dengan lancar semua pelajar dan peserta boleh pulang dan berehat sebelum memulakan aktiviti seterusnya.
Aktiviti : Potong royong membersihkan Dewan Masyarakat Kampung Gadong
Masa : 2.00 pagi hingga 4.00 tengahari
Tempat : Dewan Masyarakat Kampung Gadong
Kerja-kerja potong-royong dijalankan di dewan Masyarakat Kampung Gadong dijalankan dengan lancar dan aktiviti ini mendapat kerjasama daripada penduduk kampung Gadong sendiri dan peserta program BaktiSiswa. Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti menyapu dewan membersihkan dewan dengan memungut sampah sarap di sekitar.
Aktiviti : Sukaneka bersama penduduk Kampung Gadong
Masa : 4.00 pagi hingga 6.00 tengahari
Tempat : Dewan Masyarakat Kampung Gadong
Setelah berehat seketika selepas penat berpotong royong dengan penduduk kampung membersihkan dewan acara seterusnya ialah aktiviti sukaneka akan dijalankan. Tetapi acara ini terpaksa dijalankan di dalam dewan Masyarakat Kampung Gadong kerana ketika itu hujan lebat turun. Aktiviti sukaneka yang sepatutnya dijalankan di padang Gadong terpaksa dipindahkan di dalam dewan dan acara ini hanya dijalankan sebanyak dua sukaneka sahaja iaitu boling buah kelapa dan acara lari mengunakan kasut tempurung kelapa. Semasa acara ini salah seorang peserta iaitu baba angkat kepada salah seorang peserta program ini telah mengelami kecederaan ringan akibat tempurung kelapa pecah dan menyebabkan ibu jari kaki mangsa terluka. Rawatan ringan diberikan kepada bapa angkat ini oleh AJK keselamatan. Hadiah bagi acara sukaneka yang dibatalkan akan dipindahkan sebagai hadian cabutan bertuah.
Aktiviti : majlis perasmian dan penutupan Program Jalinan Kasih 2008
Masa : 8.00 malam hingga 12.00 malam
Tempat : Dewan Masyarakat Kampung Gadong
Perasmi : YB. Kamarlin Haji Ombi ADUN N.27 Lumadan
Persiapan untuk majlis perasmian dan penutupan telah bermula seawal jam 6.00 petang lagi oleh AJK yang terlibat. Majlis perasmian bermula pada pukul 8.00 yang di hadiri oleh tetamu jamputan, keluarga-keluarga angkat dan penduduk kampung Gadong sendiri. Majlis perasmian ini bermula sejurus ketibaan perasmi iaitu YB. Kamarlin Haji Ombi ADUN N.27 Lumadan. Setelah kata-kata aluan oleh pengarah program iaitu saudari Arrhadewi bte Kachong Ma’arof dan ketua kampung Gadong Encik Janudin Bin Rambang, ucapan dari YB. Kamarlin Haji Ombi dan seterusnya merasmikan program ini serta melancarkan simbolik perasmian pembukaan program. Selepas itu, acara menyampaikan cenderahati dan penyerahan anak kepada keluarga-keluarga yang terlibat. Seterusnya, beberapa acara tarian dan persembahan daripada penduduk kampung dan peserta program ini. Acara yang menarik sekali ialah acara pukulan gendang iaitu kulim tangan daripada pensembahan penduduk kampung Kepawa. Setelah itu, majlis berehat seketika dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh AJK makanan yang di masak di rumah ketua kampung Gadong yang turut dibantu oleh kaum-kaum ibu. Selesai sahaja jamuan makan acara seterusnya ialah cabutan batuan. Kira-kira jam 12.00 malam semua tetamu mula berangkat pulang kerumah masing-masing. AJK yang terlibat lewat pulang pada malam itu, untuk mengemas dewan dan pealatan yang digunakan bertujuan memastikan peralatan tersebut tidak tertinggal. Setelah itu, Beberapa peserta datang ke rumah ketua kampung Gadong bagi menolong membasuh pingan mangkut yang digunakan pada malam itu.
Hari Ketiga Program 6 April 2008
Semua peserta awal bangun untuk serapan pagi kemudian datang ke dewan masyarakat Kampung Gadong untuk bersedia pulang ke UMS. Sebelum pulang ke UMS semua peserta sempat mengambil gambar bersama keluarga angkat masing-masing. Kemudian, semua peserta memohon maaf jika telah melakukan kesilapan semasa porgram ini berjalan dengan bersalam-salaman dan beberapa hadian diberikan kepada keluarga angkat dan keluarga angkat turut juga memberikan hadiah kepada anak angkat. Kira-kira jam 10.00 pagi semua peserta mula berangkat kembali ke UMS. Semasa sampai di Kota Kinabalu para peserta sempat singgah di King Fisher untuk membeli makanan tengahari seterusnya singgah di Sekolah Pengajian Seni untuk menyimpan peralatan PA sistem yang telah digunakan. Kemudiannya, semua peserta dihantar ke kolej kediaman masing-masing.
7.3 Setelah program belangsung
Lebih kurang seminggu program ini berlalu, perasaan rindu setiap peserta kepada keluarga angkat. Namun begitu, di UMS peserta sebuk dengan tugasan masing-masing kerana peperiksaan akhir sudah hampir. Oleh itu, bagi melepaskan kerinduan peserta akan menghubungi keluarga angkat melalui telefon.
8.0PENILAIAN PROGRAM
Penilaian program ini amat memuaskan sebelum, semasa dan selepas projek ini berjalan. Ini kerana semua peserta dan penduduk kampung Gadong telah memberikan kerjasama yang memusakan kepada program ini. Walaupun, dengan jangka waktu yang singkat iaitu selama 3 hari 2 malam. Selain itu, sembutan daripada penduduk kampung Gadong sendiri yang ingin mengambil anak angkat, terbukti apabila terdapat keluarga angkat yang tidak dapt mengambil kerana anaknya mengelami kemalangan terterpaksa ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Maka, terdapat lebihan peserta yang tidak mendapat keluarga tetapi keluarga yang sedia ada berebut-rebut untuk mengambil anak angkat walaupun mendapat empat orang mereka sanggup daripada sini kita boleh merumuskan bahawa sembutan program ini amat mengalakkan. Disamping itu, selepas beberapa hari kembali ke UMS keluarga angkat masing-masing sebuk menghubungi anak-anak angkat bertanyakan khabar.
Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam semua struktur bagi Setiap Ahli Jawatan Kuasa, seperti :
Pengangkutan
Kelemahan bagi bahagian ini, adalah terdapat peserta yang tinggal jauh dari tepat peserta berkumpul iaitu di Dewan Masyarakat Kampung Gadong, maslah disini timbul apabila keluarga angkat tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar anak angkat mereka. Namun, maslah ini dapat diselesaikan kerana salah seorang AJK bahagian ini berasal daripada kampung Yang berdekat. Dengan mengunakan kederaan keluarganya masalah pengengkutan dapat diselesaikan.
Keselamatan
Kelemahan bahagian ini ialah peralatan perubatan yang dibawa tidak lengkap iaitu kandungan peti kecemasan yang dibawa tidak lengkap. Penyelesaian kepada masalah ini pada akan datang AJK bahagian ini perlu memastikan bahawa setiap peti kecemasan lengkap kandungannya.
Tajaan
Masalah timbul apabila Shell memberikan sumbangan atau sponser kepada program ini tetapi dengan syarat menunjukkan resit daripada pihak UMS. Penyelesian kepada masalah ini ialah menyediakan resit atau menyediakan persediaan awal sebelum mencari sponser daripada pihak-pihak tertentu.
Potokol
Masalah yang timbul dalam bahagian ini apabila terdapat perubahan sebelum upacara perasmian dijalankan tetapi tidak dimaklumkan kepada AJK yang bertanggungjawab menyebabkan berlaku sedikit maslah timbul. Penyelesaian kepada hal ini ialah membuat masyuarat atau perjumpaan kecil-kecil bagi setiap Exco atau AJK dari masa ke semasa supaya tidak berlaku kesilapan dan maklumat terkini dapat disampaikan serta mengtahui perubahan yang berlaku.
Motivasi dan LDK
Masalah timbul apabila LDK yang dijalankan tidak mencukupi masa iaitu Permainan yang dirancang semasa LDK tidak habis dilaksanakan kerana masa yang tidak mencukupi. Penyelesiannya, memperuntukan masa yang lebih panjang bagi setiap LDK supaya semua aktiviti dapat disiapkan.
Makanan
Perubahan jadual bagi majlis perasmian dan penutupan telah di awalkan kerana berlaku beberapa perubah jadual pejalanan program menyebabkan kerja-kerja memasak menjadi kelam-kabut dan terdapat menu yang dirancang terpaksa dibatalkan contohnya masakan mi goreng untuk malam kebudayaan tetapi malam kebudayaan dibatalkan diganti dengan malam perasmian dan penutupan program. Penyelasian kepada permasalahan ini ialah memastikan jadual perjalanan program tersebut diatur dengan lebih baik supaya perubahan sedikit tidak mempengaruhi AJK yang tertentu.
Teknikal
Masalah timbul apabila peralatan sistem visual dan PA sistem bermasalah serta terdapat AJK yang masih tidak pasti tanggungjawabnya sebagai AJK ini. Penyelesaian kepada hal ini ialah memastikan peralatan yang digunakan memuaskan tahap kualitinya dan sentiasa membuat pertemuan dengan setap AJK supaya AJK tahu peranan dan tanggungjawabnya dalam hal-hal tertentu.
10.0 PENUTUP
Program ini diharap memberi manafaat di samping dapat mengeratkan tali silaturrahim dan merapatkan ikatan persahabatan dikalangan mahasiswa dan mahasiswi UMS serta kepada masyarakat. Program ini merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang amat penting untuk merelisasikan matlamat universiti di peringkat antarabangsa dan kejayaan program ini diharap dapat menjadi mercu jalinan kemesraan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah dan masyarakat Malaysia.
Objektif program seperti ini akan tercapai sekiranya ia mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Sokongan idea, tenaga dan kewangan yang mencukupi amat diperlukan untuk melaksanakan program ini. Semoga segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan telus dan lancar. Oleh itu, segalah bentuk sokongan daripada masyarakat dalam menjayakan apa-apa sahaja projek atau program amatlah penting.
Disediakan oleh,
..................................................................
Amsran Bin Sanuin
Program “ Jalinan Kasih 2008”
Kursus INTERIM (KUM.3)
Disemak oleh,
...................................................................
Arrhadewi Bte K.Ma’arof
Pengarah Program “Jalinan Kasih 2008”,
Kursus INTERIM (kum. 3)
Disahkan oleh,
...................................................................
Encik Samsuidin Nurdin
Jurulatih kum.3
Pusat Ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar
Kursus INTERIM(EK1013)
Semester 2 sesi 2007/2008

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS