Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI SABAH

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI SABAH


Sisa Pejal telah ditakrifkan :

sebagai bahan yang tidak dikehendaki oleh penciptanya dalam bentuk bukan gas dan bukan cecair yang terhasil dari aktiviti harian oleh komuniti kediaman, komersil dan sektor perindustrian.

Matlamat

Menwujudkan persekitaran yg mesra alam dgn memberikan perhatian dalam perkara seperti pelupusan sampah dan sisa pepejal.
Objektif kitar semula di sabah :
  1. Utk memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan
  2. Utk kitar semula 15% dripd jumlah sisa pepejal di kayu madang pd thn 2015
  3. Utk menukarkan hieraki pengurusan sisa pepejal
  4. Mengurangkan pengunaan sumber.
Untuk mencapai objektif kitar semula beberapa pengukuran telah dirancang:
  1. Taburan dan letakan tong sampah kitar semula.
  2. Melantik syarikat untuk mengumpul bahan kitar semula dari tong sampah.
  3. Kempen kesedaran& penyebaran maklumat.
  4. Kerjasama antara agensi.

Tapak pelupusan sampah

Kini terdapat 23 tapak pelupusan sisa pepejal di Sabah di bawah pihak berkuasa tempatan setiap daerah. Tanggungjawab bagi pengutipan sisa, pengalihan, dan pelupusan terletak pada setiap Majlis Daerah di kawasan masing-masing. Penduduk di kawasan tanpa kadar dan penempatan yang tidak rasmi yang tidak diliputi oleh perkhidmatan pengutipan sisa rasmi, mengambil jalan keluar dengan membakar dan membuang sisa di kawasan tanah terbuka berdekatan serta melupuskan sisa ke dalam sungai dan laut.14 daripada 22 tapak pelupusan sampah di sabah dikenalpasti tidak sesuai untuk dijadikan tempat pelupusan sisa pepejal 64%. Disebabkan tapak pelupusan ini terletak di kawasan paya (5 kawasan), lembah dan curaman (8 kawasan) atau teres(2 kawasan) atau disebabkan terdapat pembangunan di kawasan sekitarnya. Tujuh kawasan di kenal pasti agak sesuai lokasinya iaitu, di beluran, kinabatangan, kota belud, kunak, nabawan, sandakan dan sipitang. Sementara hanya satu kawasan sahaja yang sesuai iaitu di kayu madang. Kota kinabalu (Environment Protection Deparment. 2002). Pada masa ini purata 238 tan sampah dihantar ke kayu madang setiap hari. Pada tahun 1995, apabila kawasan tersebut dinilai semula, diramalkan kawasan tersebut boleh menampung sehingga tahun 2010. namun, peningkatan sisa pepejal pada masa kini dianggarkan akan tepu 3 tahun lebih awal. (Kong. 2003)

Kitar semula

Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula Dengan mengamalkan kitar semula. 50% daripada sampah yang dibuang oleh rakyat malaysia dapat dikurangkan. Dangan ini, usia tapak pembuangan sampah boleh dipanjangkan sehingga 10 tahun lamanya. Apa yang boleh di kitar semula?

Peranan sektor swasta & scavenger

Sektor swasta seperti GNC telah dilantik o DBKK utk mengumpul bahan kitar semula dri tong sampah kitar semula, tapak pelupusan sampah, pusat beli belah dan pejabat di kawsn kk. Scavenger merupakan individu yg memunggut sampah untuk menambah pendapatan.
Isu-isu dan masalah sisa pepejal di sabah :
  1. Tapak pelupusan sampah Memerlukan kwsn yg luas.
  2. Masalah wujud apabila kawasan tapak pelupusan sampah tidak diurus dgn betul.
  3. Tempoh hayat tapak pelupusan yg semakin singkat.
Masalah Kitar semula di Sabah :
  1. Kurang kesedaran dari masyarakat.
  2. Di sabah tiada kilang utk proses bahan kitar semula.
  3. Bahan yg dikitar semula lebih mahal berbanting bhn dripd sumber asal.
  4. Kekurangan tong sampah kitar semula.

Cabaran

Reka bentuk tapak pelupusan sisa yang tidak kemas diikuti pula dengan kekurangan
prosedur pengendalian dan penyelenggaraan akan menyebabkan kualiti hidup yang kurang memuaskan disebabkan oleh kesan persekitaran yang kurang baik. Pencemaran laluan air semula jadi, air dalam tanah, persekitaran marin dan udara merupakan sebahagian daripada kesan sampingan yang terhasil. Tambahan pula, kawasan pelupusan yang tidak dipulihkan secara teratur menyakitkan pandangan dan menjadi isu kesihatan bagi rakyat tempatan dan pelancong. Cabaran utama termasuk kurang kesedaran mengenai perlunya pengurusan sisa pepejal yang lebih baik (3R – Reuse, Recycle, Reduce atau Guna Semula, Kitar Semula, Kurangkan) serta kekurangan kepakaran dalam rawatan sisa pepejal yang berkesan.

Projek yang Dirancang atau Dicadangkan

Program semasa yang sudah siap diatur termasuk Kemudahan Pemulihan Bahan (MRF) pertama bagi sistem pembuangan tambah tanah (landfills) di Malaysia. Sebelum ini, 100% daripada sisa domestik yang dipungut oleh DBKK akan dibuang di lokasi pembuangan tambahan tanah. Dengan sistem baru ini, syarikat mula memulihkan sesetengah sisa yang boleh dikitar semula. Sisa organik dipulihkan dan ditukar menjadi kompos. Mereka telah mendapati bahawa hampir 70-75% daripada sisa buangan boleh dipulihkan. Manfaat yang diperoleh, termasuk pengurangan dalam bahan larut lesap, kenaikan dalam jangka hayat tapak pembuangan tambah tanah dan manfaat yang paling besar yang diperoleh ialah sistem ini mesra alam. Sistem MRF berharga RM14 juta.

Pengurusan sampah oleh DBKK

Pengurusan kebersihan dan pengangkutan sampah di seluruh bandaraya kota kinabalu dikendalikan oleh jabatan kesihatan dan perkhidmatan bandar, salah satu jabatan di bawah struktur organisasi DBKK. Jabatan ini mempunyai unit sisa pepejal di bawah pentdbirannya untuk memastikan pentdbiran dan pengurusan sampah dikendalikan dengan teratur dan sistemetik. Unit sisa pepejal mempunyai seramai 225 anggota yang bertanggungjawab untuk mengangkut sampah dari semua kawasan yang telah dikadarkan di dalam bandaraya kota kinabalu. Unit ini dilengkapi dengan 20 buah lori pemampat yang mempunyai muatan 16 m3 setiap satu. Sebuah unit showel. 2 buah water tanker. 14 buah open truck bermuatan 8 tan dan 12 buah open truck bermuatan 4 tan untuk tujuan kelancaran pembersihan. Lori pemampat yang ada ketika ini merupakan lori yang telah dibeli sejal awal tahun 2004. keadaan lori masi baik dan tidak banyak kerosakan. Walau bagaimanapun, dikhuatiri sistem perletakan tong sampah di taman-taman perumahan yang ada ketika ini boleh menyebabkan kerosakan yang kerap seperti brek dan clutch kepada lori-lori tersebut seperti yang dilakukan oleh lori sampah akan menyebakan kerosakan kepada clutch dan brek serta bahagian yang berkhaitan. Bagi mengurangkan masalah ini, pemandu lori telah di minta untuk memberhantikan lori dalam jarak angaran 100 kaki untuk setiap perhantian pungutan di kawasan perumahan. Walau bagaimanapun, ini juga mempunyai masalah di mana pekerja pemunggut perlu mengangkut dan menghantar semula tong sampah pada jarak yang jauh dan yang menyukarkan keadaan lagi adalah kerana sebahagian tong sampah suda tidak beroda.

Perkhidmatan Pengutipan Sisa Sabah

1. Kerja-kerja pengutipan sisa industri hendaklah diuruskan sendiri oleh pengusaha industri berkenaan.
2. Perkhidmatan dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu boleh diperolehi dengan dikenakan caj (RM120/trip)
3. Pengusaha-pengusaha industri boleh melantik mana-mana kontraktor sampah sendiri. Kontraktor-kontraktor berkenaan hendaklah mempunyai pengalaman dan peralatan serta kenderaan yang sesuai bagi pengangkutan dan pembuangan sisa industri.
4. Semua sisa industri kecuali Sisa Terjadual (Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974) hendaklah dilupus di Tapak Pelupusan Sampah di Kayu Madang, Telipok

Syarat pelupusan sisa di tapak pelupusan di Sabah

  1. Kebenaran atau permit bagi pembuangan sisa industri boleh diperolehi dengan membuat permohonan melalui surat rasmi di pejabat Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandaraya, Tingkat 7, Bangunan Center Point, Kota Kinabalu.
  2. Permohonan mestilah dibuat 2 minggu sebelum sisa dilupus.
  3. Pelupusan hendaklah dibuat antara pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
  4. Sebarang pembakaran sisa secara terbuka adalah dilarang.
  5. Mematuhi semua arahan pegawai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang berugas di Tapak Pelupusan.
  6. Pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berhak memeriksa sebarang kenderaan yang masuk ke Tapak Pelupusan Sampah.

2 ulasan:

  1. Quality posts is the crucial to attract the people to pay a visit the web site, that's what this web site is providing.

    Here is my page; Acai Ultra Lean Review

    BalasPadam
  2. Spot on with this write-up, I really believe this web site needs a great deal more attention.
    I'll probably be returning to read more, thanks for the advice!

    Stop by my blog post :: Author's external home page.

    ..

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS