Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

CONTOH CADANGAN PENYELIDIKAN

♠ Posted by amsran in , at 11:28 PG
CONTOH CADANGAN PENYELIDIKANRajah : banjir di Beaufort

CADANGAN PENYELIDIKAN

TAJUK PENYELIDIKAN :

Persepsi Masyarakat Terhadap Banjir: Kajian Kes Pekan Beaufort.



 
Isu : Banjir di Beaufort.

Tajuk Penyelidikan :
Persepsi Masyarakat Terhadap banjir: Kajian kes pekan Beaufort.

1. Pengenalan :

Banjir merupakan keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ketiga terbesar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan merosakkan harta benda. Masalah banjir di negara ini adalah berkait rapat dengan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat.
Pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air menyebabkan kejadian banjir sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem aliran di kawasan rendah tidak mampu mengalirkan aliran hujan yang lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan. 

2. Latar Belakang Kajian :

Pekan Beaufort terletak di kawasan pedalaman dan telah diterokai pada tahun 1898, Daerah ini mengambil sempena nama seorang Pegawai tertinggi kerajaan British North Borneo yang menjadi salah seorang Gabenor dalam jajahan dan takluk Syarikat Borneo Utara pada masa itu yang bernama L.P.Beaufort. Daerah Beaufort mempunyai keluasan 173,898 hektar .
Bilangan Penduduk daerah Beaufort sepertimana mengikut banci yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 1980 ialah seramai 36,404 orang. Dalam Bancian tahun 1991 bilangan penduduk daerah ini telah meningkat kepada 49,245 orang berdasarkan purata pertumbuhan penduduk sebanyak 3.5% setahun. Kini penduduk daerah Beaufort adalah dianggarkan berjumlah 64,756 orang pada tahun 2000. Penduduk daerah Beaufort adalah terdiri daripada berbilang suku kaum. Suku kaum yang terbesar ialah suku kaum Bisaya (Melayu) 60% diikuti dengan suku kaum Kadazan/Dusun 14% Brunei/Kedayan (Melayu) 12%, suku kaum Murut 9%, suku kaum cina 3% dan lain-lain seperti suku kaum Jawa, India berketurunan Melayu 2%. Keseluruhan peratus kaum bumiputera ialah 97% manakala 3% pula bukan bumiputera. Sektor ekonomi utama ialah pertanian 70%,perniagan dan perindustrian 20% dan selebihnya ialah perikanan dan penternakan. Daerah ini sering di landa banjir yang di sebabkan limpahan air sungai Padas. jumlah air yang banyak menyebabkan sungai Padas tidak mampu menampung air lalu melimpah kekawasan petempatan penduduk yang berhampiran sungai Padas dan Sungai Padas merupakan salah satu sungai utama yang mengalirkan air terus ke laut.

3. Matlamat :

3.1 mengenalpasti Persepsi masyarakat terhadap banjir
3.2 mengenalpasti tidakbalas masyarakat terhadap banjir
3.1 Mengenalpasti kesan banjir terhadap manusia serta persekitaran fizikal.
3.2 Mengenalpasti permasalahan banjir di beaufort dan seterusnya menganalisa
Pandangan masyarakat terhadap banjir.

4. Objektif Kajian :

4.1- Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesan banjir terhadap manusia dan persekitaran fizikal yang sering mengelami atau dilanda banjir.
4.2- Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi masyarakat terhadap banjir
4.3- Mengenalpasti tindak balas masyarakat terhadap banjir yang berlaku.
4.4- Memberikan cadangan lankah-langkah mengurangkan kesan banjir.

5. Permasalahan Kajian :

5.1- Kajian ini melihat pandangan atau pendapat masyarakat terhadap banjir.
5.2- Kajian ini melihat sejauhmana kesan banjir terhadap manusia dan alam sekitar.
5.3- Kajian ini melihat kepada masalah dihadapi oleh penduduk apabila mengelami banjir.

6. Rasional Kajian :

6.1- Memberikan latihan dan pendedahan awal kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan pada masa yang akan datang.
6.2- Dapat mendekatkan lagi pelajar dengan masyarakat luar supaya pelajar akan lebih bersedia untuk bergaul dengan masyarakat kelak.
6.3- Menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman.

7. Metodologi Kajian

Terdapat beberapa kaedah utama yang digunakan dalam menjalankan kajian ini iaitu daripada bahan perpustakaan, pengambilan foto kawasan kajian, mendapatkan maklumat dari agensi kerajaan dan menemubual penduduk. Metodologi-metodologi ini menjadi asas parameter utama dalam mendapatkan data primer dan data sekunder yang merangkumi data kuantitatif dan data kualitatif untuk memperolehi bukti-bukti yang sahih berhubung dengan dapatan kajian.

7.1- Sumber Data Primer 


7.1.1- Kajian Lapangan / Pemerhatian :

Gambar foto kawasan kajian di ambil dengan turun ke kawasan yang sering dilanda banjir terutama di kawasan yang berhampiran dengan sungai Padas bertujuan meninjau keadaan persekitaran. Gambar-gambar ini lebih kepada keadaan fizikal atau bentuk muka bumi yang mengalami banjir.

7.1.2-Borang Soal Selidik :

Sebanyak 30 borang soal selidik akan dibuat.
Borang soal selidik yang di buat akan digunakan untuk mendapatkan perbandingan responden dengan responden yang lain. Isi kandungan borang soal selidik menyoal soalan berkaitan dengan kajian yang di jalankan.

7.1.3- Kaedah Temubual :

Kaedah ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan banjir. Responden yang bakal ditemubual adalah terdiri kakitangan yang bertanggungjawab dengan masalah banjir ini, pekerja-pekerja yang berkerja di Pekan Beaufort serta penduduk-penduduk yang sering dilanda banjir. Perkara yang akan disoal kepada mereka adalah berkaitan dengan kesan banjir dan langkah yang lakukan sebagai persediaan menghadapi banjir. 

7.2- Sumber Data Sekunder


7.2.1- Bahan Perpustakaan

Mendapatkan rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan kajian. Antara perpustakaan yang menjadi sumber dirujuk untuk mendapatkan maklumat adalah seperti perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah dan sebagainya. Antara bahan-bahan yang menjadi rujukan adalah seperti jurnal-jurnal, majalah, surat khabar dan buku-buku rujukan yang ada kaitan kajian ini.

7.2.2- Kaedah Kajian Pustaka :

Maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian cuba diperolehi daripada bahagian-bahagian pentadbiran yang tertentu di Beaufort untuk memperolehi data-data yang diperlukan dalam menjalankan kajian. Data-data seperti kampung yang mengalami banjir, paras kedalam yang bahaya, jumlah mangsa, tindakan yang dilakukan jika berlaku banjir dan punca air banjir serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan kajian. Maklumat-maklumat yang diperolehi ini penting untuk tujuan penganalisisan kuantitatif tentang permasalahan kajian.

8. kesimpulan :

Banjir, hanya menjadi satu masalah jikalau ia berlaku di kawasan penempatan manusia dan mengganggu kehidupan biasa manusia. Malangnya, masalah banjir ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya, iaitu tiada satu penyelesaian untuk mengatasi banjir di dunia ini sehingga kini.


2 ulasan:

  1. Salam kenal Bro. Maaf ganggu.

    Ada tak panduan lengkap untuk menulis cadangan penyelidikan? :-)

    BalasPadam
  2. boleh dapatkan daripada penyelia thesis awak!!
    asas kepada sesuatu penyelidikan tu perlu ada tajuk!! apa yang sebenarnya yang hendak dikaji!! dan melalui penyelidikan itu jawapan terjawab..!!

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS