♠ Posted by amsran at 10:50 PG
kali ini saya akan share cara dan bagaimana proses membeli kenderaan dengan cara yang betul. Perkongsian daripada https://keretaproton4u.wordpress.com.
Setiap tahun jumlah jualan kenderaan kereta di Malaysia sentiasa meningkat. Berdasarkan satistik sebanya 666,465 jumlah kenderaan telah dijual pada tahun 2014 manakala, sehingga June 2015, sebanyak 322,184 telah dijual berdasarkan rekod yang dicatatkan PERSATUAN AUTOMOTIF MALAYSIA. Kereta perodua mendahului sebagai share terbesar didalam penjualan kenderaan diMalaysia diikuti oleh kereta proton. Walaupun banyak kereta yang telah dijual, majoriti daripada pelanggan/pembeli kenderaan masih tidak memahami secara jelas tentang prosedur pembelian kereta. Maka akan berlaku penipuan yang dihadapi pelanggan kerana tidak jelas tentang prosedur pembelian kereta. Kerana terlalu bergantung kepada jurujual.
Apakah yang perkara penting yang perlu seseorang pelanggan tahu tentang proses pembelian kereta? Kebanyakan pelanggan akan terpengaruh dengan pelbagai tawaran yang hebat-hebat dan diskaun yang tinggi-tinggi. Buka sahaja internet, pelbagai tawaran boleh dilihat. Akhirnya, hanya kerana mengejar keuntungan 2-3ratus, tetapi rugi 2-3 ribu. Sebenarnya, didalam jual beli kereta, perkara yang paling penting sebenarnya adalah untuk mendapatkan jurujual yang JUJUR dan AMANAH. Jika jurujual tersebut jujur, sudah tentu tidak akan berlaku penipuan dan pelanggan tidak akan mengalami kerugian.
Oleh itu berikut merupakan langkah secara ringkas proses atau prosedur pembelian kereta yang perlu setiap pelanggan tahu sebelum membeli kereta.
- Buat pilihan kereta yang ingin dibeli.
- Semak diskaun/hadiah yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar kenderaan melalui talian hotline syarikat ataupun melalui laman web yang original/official mereka sebagai contoh perodua.com.my untuk kereta perodua atau www1.proton-edar.com.my untuk kereta proton.
- Hubungi jurujual untuk menyemak sekali lagi diskaun/hadiah serta maklumat penting berkenaan pembelia. Maklumat yang penting yang perlu diketahui adalah:
- Harga On The Road kenderaan (Harga sebenar)
- Diskaun (jika berbeza daripada laman web rasmi, maka berhati-hatilah)
- Deposti yang perlu dibayar
- Dokumen yang diperlukan
- Tempoh untuk mendapat kereta
- Jika telah berpuas hati dengan maklumat, serah dokumen yang diperlukan seperti yang telah dijelaskan oleh jurujual untuk jurujual membuat tempahan kereta dan membuat pinjaman bank.
- Tunggu panggilan daripada bank untuk diinterview. Selalunya 2 hari selepas jurujual hantar kepada bank. Jawab dengan yakin dan ikut apa yang telah diajar oleh jurujual
- Update dengan jurujual selepas 3 hari diinterview untuk mengetahui status permohonan.
- Setelah mengetahui permohonan anda telah lulus, semak jumlah pinjaman yang telah lulus, interest dan syarat-syarat yang diberikan oleh bank jika ada.
- Tandatangani perjanjian dengan pihak bank
- Tunggu kereta anda di allocate (di kunci) untuk anda. Maksudnya, tunggu pihak syarikat memberikan chasis kenderaan tersebut untuk didaftarkan keatas nama anda.
- Jangan buat sebarang bayaran selagi anda tidak memenerima no casis.
- Setelah jurujual memberi tahu bahawa no casis anda telah di allocate untuk anda, minta no casis tersebut untuk rujukan anda.
- Buat pembayaran deposit
- Setelah deposit dibayar, baharu lah jurujual dapat mendaftarkan kenderaan anda di JPJ. Tempoh pendaftaran mengambil masa 2-5 hari.
- Setelah kereta didaftarkan, dan geran serta roadtax anda telah keluar dari JPJ, buat temujanji dengan jurujual untuk proses penyerahan kereta.
- Semasa proses menerima kereta, cek keadaan kereta anda, serta tuntut perkara-perkara yang telah dijanjikan oleh jurujual (jika ada).
- Jika anda telah berpuas hati, tandatangan pada VDO (vehicle delivery order) dan kenderaan tersebut telah menjadi milik anda.
NOTA:
- Pastikan setiap pembayaran mempunyai resit rasmi syarikat
- Jangan buat pembayaran atau transaksi kepada jurujual atau akaun persendirian jurujual. Buat pembayaran di pejabat jurujual atau ke akaun syarikat jurujual.
- Artikel ini tidak dapat membantu anda mengelakkan 100% penipuan, tetapi ia akan dapat membantu anda sebagai rujukan dalam membuat urusniaga.
- Cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan jurujual yang AMANAH dan JUJUR. Bagaimana untuk mendapatkan jurujual yang jujur? Itu bergantung kepada rezeki anda.
sumber : https://keretaproton4u.wordpress.com
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA