♠ Posted by amsran in Elak DITIPU Ejen Hartanah Haram at 9:55 PG
Akhir-akhir ini isu penipuan oleh ejen Hartanah semakin menjadi-jadi dan telah ramai menjadi mangsanya. Oleh itu, beberapa artikel berkaitan akan dikongsi di sini sebagai panduan kepada pembeli.
Ejen Haram |
Saya terpanggil untuk menulis hari ini, untuk mengulas isu berkaitan ejen hartanah yang telah melakukan penipuan terhadap pelanggan-pelanggan beliau di Bandar Saujana Putra. Berita ini saya sempat tonton jam 1230pm tadi di TV9. Saya agak geram sebenarnya apabila kes-kes sebegini berlaku kerana kebiasaannya ia turut akan memberi kesan sedikit sebanyak kepada ejen-ejen hartanah yang lain yang jujur mencari rezeki.Dalam liputan berita tersebut, broker hartanah tersebut yang juga merupakan seorang wanita, telah berurusan dengan 5 ke 8 pembeli, yang berminat untuk membeli sebuah rumah di Bandar Saujana Putra. Setelah pembeli-pembeli tersebut bersetuju, maka broker ini telah memungut 10% daripada harga rumah sebagai deposit. Bagi lebih meyakinkan pembeli tersebut, perjumpaan turut disertai seorang peguam yang dilantik broker tersebut, dan pembayaran dilakukan diatas nama syarikat, yang kononnya syarikat ejen hartanah. Sesudah mendapat wang deposit, broker tersebut lesap bersama wang itu dan peguam dilantik sudah lama tidak bekerja di syarikat guaman yang dinyatakan.Pertama sekali ingin saya nyatakan disini bahawa individu berkenaan bukanlah EJEN HARTANAH tetapi BROKER HARTANAH! Apa bezanya ejen dan broker sedangkan skop kerja adalah sama?? Ya, skop kerja hampir sama tetapi JALAN KERJA adalah jauh berbeza. Baik, untuk pengetahuan semua, EJEN HARTANAH terbahagi kepada 2, ejen hartanah BERDAFTAR dan ejen hartanah TIDAK BERDAFTAR. Ejen hartanah TIDAK BERDAFTAR inilah yang dipanggil BROKER HARTANAH. Ejen hartanah berdaftar tertakluk dibawah undang-undang dan Akta 242: Akta Penilai,Pentaksir & Ejen Hartanah 1981 & Peraturan Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah 1986.PROSEDUR BERURUSAN DENGAN EJEN HARTANAH BERDAFTARBaik kepada pembeli-pembeli rumah diluar sana, sekiranya anda berurusan dengan ejen hartanah, berikut adalah prosedur atau perkara yang anda patut semak;1) MINTA KAD NAMA EJENSebaik berjumpa dengan ejen berkenaan, pastikan anda mendapatkan kad nama beliau terlebih dahulu. Semak butiran dalam kad nama, jika kurang yakin semak info ejen tersebut di website syarikat ejen tersebut. Boleh hubungi syarikat itu jika mahu. Jika anda ragu-ragu dengan kewujudan syarikat ejen itu, boleh semak di website Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Hartanah . Buat carian diruangan company search, cuma masukkan nama syarikat atau nombor pendaftaran syarikat berkenaan.2) MINTA SURAT LANTIKAN (LOA)Seterusnya, cuba minta ejen berkenaan tunjukkan bukti beliau dilantik tuan rumah, untuk uruskan proses jualan rumah terbabit. Biasanya tuan rumah yang melantik ejen, akan menandatangani Letter of Appoinment, atau LOA, sebagai persetujuan perlantikan antara pemilik rumah dan syarikat ejen hartanah. Dalam LOA tersebut, ada butiran berikut; alamat rumah yang dijual, butiran pemilik, dan terma-terma kontrak. BAGAIMANAPUN, sering juga berlaku LOA ini tidak sempat pemilik tanda tangan oleh kerana faktor LOKASI, KEKANGAN MASA, dan faktor lain. Saya juga sering mengalami situasi ini. Jadi jika ejen gagal tunjukkan LOA, pastikan perkara yang pertama tadi diteliti sebaiknya.3) PASTIKAN DUIT MUKA MAKSIMUM 3%Sekiranya anda bersetuju untuk membeli rumah tersebut, duit muka atau booking fee adalah MAKSIMUM 3% atau kurang sahaja dari harga jualan. Boleh rujuk SINI dibawah ruangan C. untuk Estate Agency. Memang betul jumlah deposit adalah 10%, tetapi baki 7% yang perlu dijelaskan adalah ketika Sales and Purchase Agreement (S&P) ditandatangani. Duit muka hanya 3% sahaja maksimum atau kurang.4) PASTIKAN RESIT RASMI DITERIMASebarang pembayaran haruslah disertai dengan resit rasmi syarikat ejen hartanah terbabit. Kebiasaannya resit berkenaan juga adalah pre-agreement, antara pembeli dan penjual. Untuk proses jual beli biasanya ia dipanggil Letter of Offer to Purchase atau LOF manakala untuk proses sewa dipanggil Letter of Offer to Rent. Pastikan anda mendapatkan salinan LOF ini sesudah membuat bayaran.5) JANGAN BAYAR KE AKAUN INDIVIDUPaling penting, pastikan sebarang bayaran yang anda lakukan, dimasukkan kedalam AKAUN SYARIKAT dan bukannya AKAUN EJEN terbabit. Contohnya, syarikat saya adalah RESCOM REALTY, pastikan anda bank-inkedalam akaun RESCOM REALTY, bukan nama ejen terbabit contohnya Ali Bin Abu. Lebih selamat dengan buat Bank Draft, elakkan transaksi secara tunai, apatah lagi, tunai itu diberi kepada ejen terbabit. Sangat berisiko. Jika saya, sekiranya pembeli tetap mahu membayar tunai, saya akan membawanya ke bank berhampiran untuk bank-in. Dan pastikan anda menyimpan bukti bayaran sebagai rekod.Jika kita perhatikan kes pembeli yang ditipu tadi, apa kesilapan pembeli? ;a) Tidak menyelidik latar belakang ejenb) Pastinya pembeli tidak tahu berkenaan LOAc) Membayar deposit / duit muka 10% sekali gusd) Kemungkinan tiada resit rasmi dikeluarkan ejen terbabite) Tidak menyemak status akaun syarikat dimana pembayaran dibuat. Syarikat berkenaan didapati memang bukan syarikat ejen hartanahJadi kepada anda diluar sana, pastikan anda berunding dengan orang yang betul. Semak dan teliti setiap perkara jika anda ragu-ragu. Ketahui hak anda dan jangan sesekali biarkan broker-broker haram menipu wang anda.
sumber : https://arenahartanah.blogspot.my
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA