♠ Posted by amsran in
report,
Sayur,
tamu,
TERKINI at 10:05 PG
Sebelum kepada isu tajuk utama sedikit sebanyak perlu di perkenalkan latarbelakang pekan bongawan sebagai mukadimah.
PEKAN BONGAWAN adalah sebuah pekan di negeri Sabah, Malaysia. Lokasinya terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah dan terletak kira-kira 60 kilometer ke selatan ibu negeri Sabah Kota Kinabalu. Bongawan terletak di bawah Parlimen Kimanis. Ia merupakan salah satu dari stesen laluan utama kereta api antara daerah Beaufort dengan daerah Papar. Nama Bongawan secara tradisionalnya didapati dari dialek masyarakat tempatan untuk 'Burung Bangau' bahasa Inggeris;(egrets), yang sering kali kelihatan di sawah padi.
Pekan ini dikatakan mempunyai 2 blok rumah kedai berstruktur kayu
lama yang diakui wujud sejak tahun 1939. Kesan arsitekstur rumah kedai
ini dilihat mirip seakan seni bina rumah kedai era pra-Perang Dunia ke-II. Walaubagaimanapun, selepas semua kota besar telah dihancurkan oleh tentera Jepun dan Tentera Bersekutu
menerusi aktiviti pengeboman semasa perang dunia ke-2, tidak banyak
lagi rumah kedai berseni reka seperti ini dapat dilihat malah jarang
ditemui di Sabah.
Kebanyakan dari kedai yang ada pada hari ini di Bongawan dan di pekan
lama di Sabah adalah hasil binaan semula oleh para peniaga dari kelompok
minoriti Cina Sabah.
Fokus kita pada kali ini lebih kepada meninjau aktiviti tamu di pekan Bongawan yang biasanya diadakan pada setiap hari sabtu bermula seawal jam 6.30 pagi sehingga 2.00 petang.
Bagi yang suka membeli barangan makanan, peralatan kemudahan harian, hasil pertanian, ikan, daging dan bermacam - macam lagi keluaran tempatan boleh didapati disini. Disamping itu, harga yang ditawarkan juga berpatutan. Boleh lah datang ke Tamu Bongawan yang diadakan di pekerangan kedai baru pekan Bongawan. Promosi sikit.. Antara gambar-gambar jualan yang terdapat di tamu Bongawan :-
|
sayur-sayuran |
|
sayur-sayuran |
|
sayur-sayuran |
|
mee kuning |
|
peralatan pertukangan dan sebagainya |
|
baju |
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA