Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

kesan Kejadian ribut kuat di Sabah

♠ Posted by amsran in , at 4:21 AM
Amran yang di keluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 10 Julai 2015@ 11:54PM menandakan ribut kuat dan angin kencang akan bertiup. Ribut tersebut telah banyak mendatangkan kesan kepada penduduk negeri sabah kerana telah menyebabkan kerosakan sekali gus menyebabkan kerugian. Namun begitu, bersyukur tidak ada kemalangan jiwa terjadi. ini merupakan dugaan kepada mangsa ribut tersebut pada bulan puasa dan tinggal beberapa hari lagi bakal menyabut hari raya adilfitri. Semoga banyak bersabar.

Amaran daripada Jabatan Meteorologi malaysia 

  

AMARAN KATEGORI KEDUA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: AMARAN UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Kudat) dijangka berterusan sehingga Ahad, 12 Julai 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, P.Pinang, Sarawak (Miri), Sabah (Pedalaman & Pantai Barat) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad, 12 Julai 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Ahad, 12 Julai 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad, 12 Julai 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Dikemaskini pada 10 Julai 2015, jam 11:54PM

Antara gambar kesan ribut yang melanda sabah pada 10 Julai 2015. Angin ribut tersebut dikatakan menyebabkan banyak kerosakan.


kesan ribut
kerosakan teruk di tempat letak kereta
angin ribut
Seria  Negara Brunei Darusalam
angin ribut
daun-daun dan sampah yang dibawa oleh angin kencang
angin kencang
sebuah kereta yang dihempap oleh pokok tumbang akibat tiupan angin
kesan ribut taufan
kemah dan cenopy para peniaga di tamu dan bazar ramadhan Pekan Beaufort habis rosak
ribut
atap sebuah rumah diterbagkan oleh angin
ribut
zink dan atap rumah yang terbang dibawa angin sehingga ke jalan raya
angin kencang
sebuah rumah Kampung di Sipitang Sabah yang atap rumahnya diterbangkan angin tersebut
ribut di sabah
pokok yang tumbang ke sebuah rumah
ribut di sabah
atap diterbangkan angin
pokong tumbang ditiup angin
pokok tumbang

4 comments:

  1. masyaallah semoga mereka tabah menhadapinya

    ReplyDelete
  2. ish dahsyat jugak ye.. macam2 bencana melanda skrg ni.. huhu

    ReplyDelete

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS