Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

ping busuk bertukar babab.net


babab.net
babab.net

Sejarah sepanjang membangunkan aggregator ini bermula pada tahun 2009 telah beberapa kali menaik taraf sistem iaitu daripada wcrayon.com, ping.busuk.org, busuk.org, pingbusuk.org dan kini babab.net boleh dikatakan  aggregator site ini adalah yang paling lama bertahan di malaysia.

babab.net
sejarah perjalanan aggregator site ini

Punca ping busuk bertukar kepada Babab.net 


Pertukarannya untuk perkhidmatan yang lebih baik serta memuaskan kepada user. Menurut admin aggregator site ini.
  • Sistem ping busuk sudah tidak relevan untuk digunakan oleh orang ramai.
  • Sistem baru aggregator babab.net ini menggunakan sistem back-end yang boleh dikatakan 100% baru dan lebih pantas.
  • Bagi tujuan menaik taraf sistem sedia ada. 
  • Kebanyak admin sudah semakin berumur dan banyak komitmen lain untuk diuruskan. 

Sebelum ini ping busuk pernah dikritik kerana mengambil kesempatan ke atas blogger  blogger dengan mengambil feed user dengan sewenang-wenang dengan niat untuk memenangi keyword SEO di enjin carian iaitu SERP.  pihak ping busuk menafikan hal tersebut kerana mereka hanya  fetch feed dari user yang menggunakan widget ataupun banner ping busuk. Masa berlalu, nampaknya ini adalah salah satu usaha penambahbaikan oleh Ping busuk sebelum ini.

kelebihan babab.net berbanding ping busuk 

Amsran.Com adalah user ping busuk sejak daripada mula-mula ping busuk dibangunkan lagi. Kelebihan jadi user ping busuk bukan sahaja boleh berkongsi maklumat semasa ia juga, memainkan peranan membantu blogger mendapatkan backlink kepada dan seteruskan meningkatkan trafik ketika itu. Namun, apabila babab.net dibangunkan perkongsian backlink dan terafik dikatakan meningkat kerana sistem yang lebih pantas dan baru...Sistem baru aggregator babab.net telah bermula pada 12 Mei 2015 (isnin) sebab saya berani kata ini, boleh dikatakan setiap hari akan melawat laman utama ping busuk untuk melihat dan seterusnya membaca perkongsian isu semasa yang hangat.. namun pada pada isnin tersebut.. ping busuk sudah tidak wujud yang ada hanya babab.net yang perkongsiannya pun lebih kurang dan lebih menarik untuk di baca.



4 comments:

  1. Kakak tak pernah ambil tahu ini semua tau.. Tahu babab.net ni pun bila baca N3 ini..

    ReplyDelete
  2. IbuNoey mula-mula tak perasan Busuk dan bertukar kepada Babab sehinggalah terbaca entri sorang blogger.tapi tak ingat siapa.

    ReplyDelete

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS