Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

9 sebab cari Side Income


Buat side income tu perlu atau tidak? Bagi yang rasa tidak perlu, Alhamdulillah diucapkan, tapi bagi mereka yang rasa perlu, jom teruskan membaca. Antara 9 sebab buat side income daripada beberapa sumber selain daripada gaji yang kita perolehi daripada kerja yang sedia ada. kebanyakan daripada kita hanya bergantung kepada hanya 1 sumber kewangan kalau tidak pandai bebelanja pastinya tidak mencukup memandangkan  GST sudah pun bermula April lepas, cost of living pun meningkat harga barang juga setiap tahun meningkat dan tidak akan turun, gaji pula lambat naik. Memang pening kepala dibuatnya. Sumber pendapatan sampingan atau side income  terdapat banyak peluang yang ada hanya kita  perlu memilih mana lebih sesuai dan mampu dilaksanakan. Bagi isteri di rumah atau househasband boleh rujuk Rahsia kerja dari rumah sebagai panduan memulakan side income.
sebab Buat Side Income
sekarang 1 sumber pendapatan tidak mencukupi

  9 sebab Buat Side Income 

  1. Mahukan masa untuk berkerja yang lebih bebas dan flexible membolehkan lebih banyak masa bersama keluarga dan aktiviti hobi yang di minati.Tanya kepada semua ibu bapa pasti semua meninginkan masa yang berkualiti dan cukup untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak.
  2. Bebas daripada beban hutang. pinjaman peribadi bulan-bulan bayar, hutang PTPTN masa belajar dulu belum habis bayar, loan rumah, hutang kereta dan barang keperluan rumah.
  3. Hasil gaji sedia ada tidak mencukupi, hujung bulan lepas gaji sahaja setelah tolak bil astro, bil air, bil eletrik, sewa rumah, kereta, minyak kereta, keperluan anak-anak barang dapur, untuk ibu bapa dan sebagainya... baki tinggal berapa?? cukup ke tak cukup?? dengan side income sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kos perbelanjaan... lagi-lagi sekarang ni GST 6 % telah dilaksanakan dengan itu bertambah lagi perbelanjaan setiap bulan.
  4. Ada simpanan peribadi dan anak-anak. Bila ada wang simpanan yang mencukupi untuk kegunaan di masa akan datang rasa senang hati, kalau kereta rosak tiba-tiba boleh guna untuk baiki, anak-anak dapat sambung belajar boleh guna wang simpanan mereka yang sedia ada.
  5. Rasa yakin untuk berbelanja bila ada side income yang menguntungkan. Biasanya bila masuk shooping complex nak baju ke! barang apa saja! rasa takut-takut pula duit tidak mencukupi. Dalam hati berkata " tak apalah beli 1 dulu bulan depan 1 lagi "
  6. Dapat membantu keluarga terutama ibu bapa. Apabila ada duit yang mencukupi boleh hantar ibubapa untuk mengerjakan umrah setiap tahun dan haji. Selain itu, boleh bantu  ibubapa kita yang tidak sihat memerlukan rawatan kesihatan.
  7. Dapat kumpul duit  khawin. Untuk yang belum kahwin boleh cari side income.. insyallah kalau tiada arah melintang kahwin dalam masa terdekat..hee. harap kumpul duit gaji untuk kahwin alamat tunggu 5 tahun lagi.. cara singkat buat loan peribadi.. tetapi bulan -bulan kena bayar balik pada bank untuk jangka masa beberapa tahun.
  8. Dapat bantu dan ringankan beban suami, dan bagi yang suami isteri berkerja dapatkan kurangkan beban perbelanjaan kedua-duanya.. anak pun boleh tambah-tambah setiap tahun tidak risau perbelanjaan membesarkan anak-anak hasil side income banyak membantu.
  9. Bahagian ini yang sangat disukai. boleh beli apa saja yang di suka. contohnya hobi minta memancing boleh lah beli set casting, joran yang berjenama dan berkualiti tinggi bagi kepuasan semasa memancing. kalau isteri pula yang minat menanam bunga kertas dan bunga orkid bolehlah dapatkan lebih pasu bunga dan benih bunga yang lebih menarik.

JADI APA SIDE INCOME ANDA?   cari dan usahakan kerana banyak ruang dan peluang menjana pendapatan sampingan sekarang ini.. salah satunya boleh mula bisnes baju kurung langkap dengan panduan sekali.

3 ulasan:

  1. Good reason tu amsran..
    Memang sekarang segala nya naik..
    Ditambah lagi dengan GST
    Perlu ada side income utk cover semua tu..

    BalasPadam
  2. betul,betul.IbuNoey sekarang pun berusaha buat side income.untuk no.2 dan no.4

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS