Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

soal selidik Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP

♠ Posted by amsran in , at 4:39 PTG
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh mengekalkan hak mereka untuk menge­luarkan caruman penuh pada usia 55 tahun. Keputusan itu sekaligus me­legakan keresahan lebih 14.2 juta pencarum sejak seminggu lalu tentang kedudukan simpanan mereka selepas bersara. KWSP akan memastikan sebarang penambahbaikan akan hanya terpakai kepada caruman baharu sekiranya pencarum memutuskan untuk bekerja setelah melepasi umur 55 tahun.


Sebelum ini, KWSP merancang untuk menetapkan had umur pengeluaran simpanan KWSP kepada 60 tahun selaras dengan lanjutan had umur persaraan yang ditetapkan kerajaan sebelum ini iaitu daripada 55 tahun kepada 60 tahun. Bagaimanapun, cadangan tersebut dilihat mengundang reaksi negatif dari pelbagai pihak yang membantah cadangan tersebut.


KWSP
Antara gambar reaksi negatif yang diterima

Seperti yang kita sedia maklum banyak ulasan dan pandangan berbeza-beza berkaitan opsyen pilihan bersara sedia ada iaitu 55 tahun dan 60 tahun yang dianjak atas alasan dan beberapa faktor yang telah dikaji oleh pihak KWSP. Bagi pendapat peribadi saya. Saya lebih menyokong kepada opsyen yang sedia ada iaitu 55 tahun.Oleh itu,  Soal selidik berkaitan Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP telah dilancarkan :-


KWSP
Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP

Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP ini adalah langkah KWSP untuk:
  • memberi maklumat lanjut mengenai inisiatif penambahbaikan bagi menambah simpanan persaraan ahli KWSP; dan
  • mendapatkan maklum balas ahli KWSP menerusi kaji selidik khas yang akan dibuka mulai 21 April hingga 5 Mei 2015.
KWSP ditubuhkan pada 1951 dengan mandat untuk menyediakan kemudahan menyimpan dan melindungi simpanan persaraan untuk ahlinya yang terdiri daripada pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen di sektor awam.
Selaras dengan mandat yang telah diberikan, KWSP telah mengenalpasti beberapa faktor yang memberi kesan kepada kehidupan pesara pada masa akan datang seperti:
  • Peningkatan Kos Sara Hidup
  • Jangka Hayat dan Tempoh Persaraan Yang Semakin Meningkat
  • Simpanan Persaraan Yang Tidak Mencukupi
Sehubungan itu, KWSP mencadangkan beberapa inisiatif penambahbaikan bagi memastikan jumlah simpanan persaraan ahli meningkat dan mampu untuk menampung tempoh persaraan yang semakin panjang. 


Jom kita jawab soal selidik KWSP ni kalau bukan kita siap lagi.. kan... DI SINI

2 ulasan:

  1. Sokong umur 55tahun utk had pengeluaran..:)

    BalasPadam
  2. mujurlah ada juga soal selidik.kalau terus implement,parah juga kan.

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS

  • Demam Pokemon-Go?
    Pokemon sebelum ini merupakan rancangan kartun bersiri popular mengisahkan sekumpulan pengembara mencari dan mengumpul koleksi haiwan unik yang…
  • Balik kampung!!
    time-as stopGoing back to my hometown. I’m so excited!!!! i managed to get some Free MAS flights back to Kota Kinabalu from KLIA. Waiting day…
  • Wanita cedera diragut
    RAGUT DI JEMPOL - Seorang wanita yang cedera akibat terjatuh dari motosikalnya bertindak nekad mengejar dua peragut yang melarikan beg tangannya…
  • BANJIR BESAR DI BEAUFORT FEBUARI 2014
    14.02.2014  47 buah kampung di beaufort telah telah dilanda banjir  dan Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Beaufort…
  • sewa kereta kebal
    sewa kereta kebal New Zealand - Christchurch Sebuah syarikat di sini, menawarkan kemudahan untuk pelancong asing menyewa kereta kebal dan…
  • Flooding Hazards, Prediction & Human Intervention
    FLOOD HARAZRD FLOOD Hazards Associated with Flooding Hazards associated with flooding can be divided into primary hazards that occur due…