Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

MISTERI KEBAKARAN DUA SEKOLAH PADA 03/03/2014

♠ Posted by amsran in , at 2:51 PM
Bermulanya musim kemarau dan cuaca panas menyebabkan banyak kebakaran berlaku.

samaada kebetulan atau sengaja dilakukan.kebakaran SK gadong, Beaufort dan SK Kiulu, Tampaluri boleh dikatakan satu misteri terbakar pada hari yang sama iaitu pada 03/03/2014. walau pun berada di daerah yang berbeza dan jauh. 

Di SK Gadong ceritanya bermula sekumpulan pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong, di sini, yang menjalani latihan sepak takraw terkejut apabila menyedari beberapa blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Gadong yang terletak bersebelahan sekolah mereka terbakar dan dalam kejadian jam 3 petang, dua blok menempatkan bilik guru, pusat sumber dan stor sukan musnah dalam kebakaran itu.Menurut saksi yang juga guru di SMK Gadong, Abd Manan Abd Rahman, 40, dia bersama 10 pelajar melakukan latihan sepak takraw di gelanggang bersebelahan dengan sekolah rendah.“Ketika mahu memulakan latihan, kami menyedari kepulan asap terbit dari blok bangunan kayu sekolah berkenaan, namun tidak menyangka sebarang perkara buruk berlaku.“Beberapa pelajar kemudian menjerit apabila melihat api menjulang tinggi dari blok berkenaan sebelum menghubungi bomba,” katanya.Katanya, beberapa pelajar cuba membantu, tetapi bahang api yang kuat menyebabkan mereka gagal berbuat apa-apa.“Saya difahamkan, pasukan penyelamat turut mengalami masalah tekanan air rendah ketika berusaha memadamkan kebakaran, namun api berjaya dikawal.“Ketika kejadian, tiada murid di sekolah kerana sekolah rendah terbabit hanya beroperasi pada sebelah pagi,” katanya.Sementara itu, Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.14 petang dan tiba di lokasi pada 3.33 petang.

. Manaklah di SK Kiulu pula Kira-kira 200 murid dan 20 guru termasuk kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kiulu terselamat apabila sekolah diduduki mereka terbakar dalam kejadian jam 1.30 petang tadi. Dalam kejadian itu,sebanyak dua jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba Tuaran dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 1.55 petang. kebakaran membabitkan tiga blok itu berjaya dikawal daripada terus merebak ke bangunan lain.

 apapun syukur kedua-dua kebakaran tersebut tiada ada kemalangan jiwa berlaku.

Gambar-gambar kebakaran SK Gadong

kebakaran
 Guru-guru SK Gadong hanya mampu melihat bilik guru dan pusat sumber sekolah terbakar


kebakaran
Mula terbakar

sekolah terbakar
 Api capat menghanguskan bangunan pusat sumber SK Gadong

sekolah trbakar 
Orang ramai datang melihat kebakaran tersebut

 sekolah terbakar 
kebakaran merebak

 sekolah terbakar 
 Api berjaya dipadamkan oleh Anggota Bomba dan Penyelamat

 sekolah terbakar
 Dua (2) buah blok habis rentung terbakar.




Gambar- gambar kebakaran SK. Kiulu , Tampaluri
 

sekolah terbakar
 Api membakar bangunan sekolah


sekolah terbakar
 sebahagian orang awam yang tinggal berhampiran cuba menyelamat kan harta benda sekolah


sekolah terbakar 
 api menghanguskan sebuah blok SK Kiulu

 sekolah terbakar 
 cuaca yang panas mempercepatkan lagi bangunan hangus terbakar

sekolah terbakar 
beberapan barang-barang berharga sempat diselamatkan oleh orang awam

 sekolah terbakar
 bangunan hangus



sekolah terbakar
setelah api berjaya dipadamkan

Cerita tempat lain pula Sebuah kereta kaunter bergerak Telekom Malaysia(TM) Terbakar berhampiran sebuah masjid di kampung Lumat jalan Beaufort - Membakut kira-kira jam 1.30 petang. pada 06/03/2014. Anggota Bomba dan Penyelamat daripada Beaufort sampai ditempat kejadian untuk memadam api daripada kereta tersebut.

kereta terbakar

kereta terbakar
kereta terbakar
kereta terbakar


2 comments:

  1. As salam..

    Ya Allah..., cepatnya api merebak mcm tu sekali...

    depan office kami pun, hutan terbakar. . tp sempat diselamatkan bomba...

    akibat terlalu panas. ..

    Hanya berdoa pd Allah moga diturunkan hujan... :'(

    ReplyDelete
  2. Memang patut pun terbakar, kalau tak terbakar memang 50thn akan datang pun bangunan kayu yg uzur mcm ni akan digunakan dan tidak akan diberi perhatian oleh kerajaan. Itulah realiti yang dihadapi sekolah luar bandar yang uzur dan serba kekurangan tetapi kementerian nak sekolah lahirkan murid yang setaraf mcm dibandar maju dan kemudahan serba lengkap. Anggaplah tu keje melupuskan aset yang dah sepatutnya lama dilupuskan. Sekolah lain bila lagi?

    ReplyDelete

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS