Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Anak anjing terkecil di dunia

♠ Posted by amsran in , at 12:23 PG
anak anjing terkecil
anak anjing
Amerika Syarikat (AS) - Di Sacramento seekor anak anjing betina yang diberi nama penyanyi terkenal, Beyonce mungkin yang terkecil di dunia. Beberapa penyelidik haiwan di California Utara menyatakan anjing tersebut terlalu kecil sehingga ia boleh diletakkan di atas sebatang sudu.

 Semasa berumur dua minggu, haiwan itu mempunyai saiz sebesar sekeping kad perniagaan. Yayasan Grace menyatakan pihak agensi kawalan haiwan menjaga ibu Beyonce. Ibu haiwan itu melahirkan lima anak anjing termasuk Beyonce pada 8 Mac lalu.

anak anjing terkecil
anak anjing
Semasa dilahirkan, degupan jantung anak anjing itu tidak kedengaran. Pakar-pakar haiwan terpaksa menekan dada dan melakukan pernafasan dari mulut ke mulut untuk menghidupkan anak anjing tersebut. Pihak yayasan itu telah membuat permohonan kepada Guinness World Records untuk disenaraikan sebagai anjing terkecil di dunia. - AGENSI-kosmo

P/S ; KECIK KE NI... AGAK-AGAK BILA DAH BESAR NANTI MACAM MANA RUPANYA?

0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS