Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

sewa kereta kebal

♠ Posted by amsran in , at 9:55 PG
sewa kereta kebal
sewa kereta kebal
New Zealand - Christchurch Sebuah syarikat di sini, menawarkan kemudahan untuk pelancong asing menyewa kereta kebal dan memusnahkan kereta dengan melanggar. Antara kereta kebal yang ditawarkan untuk disewa itu ialah Centurion buatan Britain yang seberat 52 tan dan menggunakan enjin Rolls-Royce V-12. Kereta kebal itu digunakan di Vietnam pada awal tahun 1970-an.

"Saya berpendapat, ia akan melegakan tekanan dengan menggunakan kereta kebal untuk memusnahkan sesuatu," kata pemilik kereta kebal berkenaan, Jonathan Lahy-Neary. "Jika anda menempuh hari yang buruk, ia merupakan pelega tekanan yang baik," tambahnya. Terdapat juga kereta kebal semasa Kesatuan Soviet, T-55 yang turut ditawarkan kepada para pelancong. Menurut Lahy-Neary, para pelanggannya terdiri daripada remaja sehingga penduduk yang berusia 80 tahun yang menyewa semasa meraikan hari kelahiran mereka.
sewa kereta kebal
sewa kereta kebal
Bayaran sewa yang dikenakan ialah sebanyak NZ$450 persamaan RM1,125.84 ringgit Malaysia jika memandu kereta kebal selama 15 minit dan tambahan sebanyak NZ$395 persamaaan RM988.31 ringgit Malaysia apabila ia digunakan untuk memusnahkan kereta. Menurut Lahy-Neary, mengimport kereta kebal itu ke New Zealand lebih sukar berbanding membelinya. Katanya, beliau pernah berdepan dengan para pegawai polis dan kastam yang tidak tahu untuk menguruskan permintaannya. - AFP- KOSMO

P/S: BOLEH PANDU KERETA KEBAL DAN  TEMBAK GUNA MERIAM ???

0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS