Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

erti kesetiaan

♠ Posted by amsran in at 11:16 PTG

Hasil dari pada pemerhatian saya akhir-akhir ini maka saya buat ulasan isu ini. Post kali ini bukan untuk mengata orang atau sesiapa saja tapi sebagai peringatan pada diri.… berkaitan isu kesetiaan dalam sesebuah perhubungan itu.

Apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan itu? apa ya?

 Ramai orang yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita satu hari nanti? Oleh persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan sanggup melakukan perkara-perkara yang dilarang ..

Apa ke pentingnya kesetiaan dalam perhubungan.?? garu kepala juga.

kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.  sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…?  Kira menipu lah tu…?  Oleh itu, jangan taburkan janji-janji jika  tidak mampu untuk tepati dan jangan cuba mencintai kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

hidup kita ini seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. 

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…kita tahu siap diri kita ini…!!

Ni ayat saya petik dari satu artikel macam ni ayatnya:
“Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…”

Pilihan adalah di tangan anda…

2 ulasan:

  1. ya, aq mmg anak buah ustz Othman...baru2 ni anaknya kawin...ada aq pegi, ustz othman tu sepupu sekali ngan mamaku..aq anak bungsu Jamal...kenal tu ustz othman...kalu sebut nama aq, mmg dia tak kenal...tu pasal aq guna nama Ibnu Jamal (anak lelaki Jamal)...aq tinggal kat kpg pikat jua...pat rumah beliauku...aq keja kat sarawak...cuma masa ni aq cuti la...hehehe...jan lupa ke blog aq http://ibnu-jamal.blogspot.com

    pasal guna bahasa indon tu, cz aq rasa ramai org bole memahami bahasa indon cz seakan2 jua bahasa tu ngan m'sia...bah, karang tah aq ubah...thx, sudi lawat blog aq yg dah hampir bersawang ni...

    BalasPadam
  2. Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…kita tahu siap diri kita ini…!!

    suka ayat ne... ;))

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS

  • Merry Christmas and Happy New Year!
    Selamat Hari Natal kepada semua yang Menyambutnya.Semoga mereka yang bercadang untuk balik ke kampung masing-masing akan berhati-hati dalam…
  • Penilaian Impak Sosial / Social Impact Assessment (SIA)
    Penilaian Impak Sosial / Social Impact Assessment (SIA): Penilaian Impak Sosial atau Social Impact Assessment (SIA) merupakan aspek kemanusian…
  • Bantuan Raykat 1Malaysia BR1M 2017
    PERINGATAN MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti…
  • Ujian tidur sebelum pandu bas dan lori
    Kementerian Kesihatan bercadang mewajibkan semua pemandu kenderaan komersial menjalani ujian tidur bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara…
  • AGIHAN BR1M BULAN FEBUARI 2017 MENGIKUT AKAUN BANK
    AGIHAN BR1M BULAN FEBUARI 2017 Agihan BR1M 2017 bagi bulan Febuari 2017 bermula 17 Februari 2017 hari Jumaat mengikut Akaun Bank : 10…
  • 26 years old
    Hari ni 24hb Februari 2011 genaplah umur 26 tahun.. bagi meraihkan ulang tahun yang ke 26 ini.. saya sambut bersama Nur Hikmah Binti Othman !!! dekat…