Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

RINDUKAN KELUARGA DAN MASAKAN IBU YANG MASIN

♠ Posted by amsran in at 9:51 PTG
Jika tidak kerana tuntutan tugas dan kewajipan, tiada siapa sanggup  berjauhan daripada keluarga dan bersendirian di negari orang. kesayuan, keterasingan dan kekosongan pasti membelit diri bila terkenangkan mereka disana. Jika aku ada membuat silap dan salah sebelum ini ibu maafkan dan ampun kan aku. mungkin dulu aku selalu tidak mendengar kata-kata mu, dan selalu comment " MAK!! MASAKAN MAMA NI MESTI MASIN"  tapi kini, aku sedar setelah berjauhan bertapah kasih dan sayangnya ibu kepada ku. 
Bila kita kesedihan ibulah yang kita cari dulu. Semasa kecil bila kita merajuk, ibulah yang memujuk. Bila kita demam ibulah yang suapkan ubat dimulut kita dan jaga sampai kita sihat. Ibu juga lah yang masakkan makanan kegemaran kita bila kita teringin. Bila kita berjaya dalam pelajaran ibu menangis kegembiraan untuk kita. 
Bila ibu dah tidak bernafas lagi barulah kita rindukan senyuman ibu, ketawa ibu, rindukan leteren ibu, rindukan masakan ibu, rindu wajah ibu dan rindukan segala-galanya tentang ibu. Masa tu barulah kita sedar kita langsung tak termampu pun nak balas segala jasa ibu sejak dari melahirkan hinggalah besarkan kita. Ketika itu, walau kita mampu bagi harta yang banyak kepada ibupun sudah tidak bererti apa2 lagi kerana ibu dah pergi selama-lamanya. Jadi hargailah mereka sementara mereka masih hidup ni. Wallahua’lam. 

Sesungguhnya izinkan aku mendapat peluang untuk memgembirakan ibu ku.jangan terlambat.

Kasih ibu sepanjang jalan, tak terkira sepanjang masa, hanya memberi dan tanpa harapkan balasan..

0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS