♠ Posted by amsran at 4:11 PTG
28 Oktober 2009(Rabu). Aku excident motor, tapi kali ni bukan aku yang bawa motor tapi kawan rapat di ofice, asal dari Kundasang Sabah juga. Ceritanya, bermula pada hari rabu tu kami berdua pergi kursus kopentinsi di JPM. Kursus tu mula jam 8.30 pagi. Macam biasa kami datang sana hingga tengahari semasa rehat makan. Kami makan di JPM sedikit makanan yang disediakan untuk peserta kursus. Selepas makan tu kawan saya ni ajaklah pula pergi makan di rumah kak satu ofice yang buat sedikit jamuan tengahari. Kami pun datanglah ke Presint 14,
kira-kira jam 2.00 petang siap makan kami pun balik untuk sambung kursus, dalam keadaan hujan renyai2 kami redah sahaja. Entah macam mana semasa keluar dari simpang AlamManda sebuah lori tiba-tiba berhenti di bahu jalan, kerana cuba mengelak lori tersebut kami langgar pembahagi jalan. Saya tercampak beberapa meter dari motor, kaki ni teras amat sakit saya cuba gerakkan, "oh! Ok! Lagi kaki aku ni"dlm hati aku berkata. Aku terkejut tengok kawan aku yang tidak bergerak, cepat2 aku pergi ketempatnya. Aku buka helmetnya.. Dan tarik badannya ke tepi jalan,meletakkan kepalanya di paha supaya mudah untuk dia benafas.. Ramai orang yang berhenti tengok dan salah seorang tu tolong hantar kami pergi hospital.. Kawan saya tidak sedarkan diri terpaksalah kami angkat masuk dalam kereta...
Di hospital putrajaya kawan saya terus masuk ke zon kritikal.. Time di hospital saya tidak tahu mahu bagi tahu dengan siap yang kami ni terlibat dgn kemalangan jalanraya terutama apabila tengok keadaan kawan saya tu yang tidak sedarkan diri, akhirnya saya call di ofice dan kawan2 yang rapat. Ramailah yang datang ke hospital petang tu.. Kira-kira jam 5.20 petang status kawan saya tu sudah di ketahui, bukulali kaki terkeluar sedikit dari tempatnya dan tisu kakinya koyak.. Syukur kepada Allah S.W.T kerana kami terselamat dan di ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kawan di ofice dan budak-budak serumah kerana ambil berat dengan kami ni.. Walaupun saudara mara kami nun jauh di Sabah..Sana..
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA