♠ Posted by amsran at 1:12 PG
11/10/2009(Sabtu), saya bersama-sama budak ofice(Key, Kak Saadah dan seorang housematenya, Marzuin dan saya sendiri) pergi ke Nilai 3 yang terletak di Negeri Sembilan lebih kurang 1 jam perjalanan daripada rumah sewa. Banyak barang yang berasakan kain dan eksosori rumah terdapat di sini. Saya ada membeli lima pasang kain untuk ibuku dan mak cik ku. Semasa melihat banyak kain-kain yang cantik saya teringat kepada dia! Apa yang saya patut belikan untuknya! Supaya dia lebih menyayang diri ini... Setiap kain yang terdapat di sini bagi ku sesuai dipakainya, dalam hati berkata "mesti cantik kalau dia pakai kain ni" satu hari nanti saya berharap dapat membawa dia datang ke Nilai 3 ini untuk bersama-sama membeli kain, pastinya dia gembira ketika itu. "Am!! ok.! Jom pergi kedai yang lain"saya tersentak daripada lamunan. "ok! Kejab". Saya bercadang akan datang semula ke Nilai 3 untuk membeli kain sebelum pulang ke kampung ku di Beaufort, Sabah pada hujung tahun ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA