Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

HAIWAN DAN MANUSIA

♠ Posted by amsran in , at 7:24 PTG
1. How animals play their part in animal-human relationship in the perspective of health?
Haiwan memainkan peranan penting dalam dunia perubatan moden pada masa kini dimana sebahagiaan organ daripada haiwan boleh digunakan kepada manusia kerana mempunyai ciri-ciri organ yang serupa. Contohnya seperti angota badan, sel-sel, tisu, yang boleh dipindahkan daripada bada hidupan yang lain. Pemindahan organ sebagai sumber untuk kegunaan kepada manusia bagi mengatasi masalah mendapatkan bakalan atau pendermah organ kepada pesakit yang memerlukan pertukaran organ yang baru. Contohnya monyet chimpanzees yang banyak persamaan daripada segi saiz dan jenis darah dengan manusia, tetapi haiwan ini mengelami masalah kepupusan jika digunakan sepenuhnya.
Menurut kajian, lintah dijadikan ubat untuk merawat pesakit dan melancarkan peredaran darah manusia.Lintah atau nama saintifiknya Hirudo medicinali dikenali sebagai sumber perubatan bermula di pusat pelatih perubatan di Jerman. dikatakan,setiap tahun kira-kira 250000 ekor lintah digunakan untuk mengatasi masalah pendarahan dan juga digunakan dalam pembedahan plastik. Terbukti kaedah rawatan dengan menggunakan lintah ini adalah sejak abad pertengahan lagi. pada masa itu, pesakit yang mengalami masalah pada sendi lutut akan merasa lebih selesa apabila melekatkan lintah pada luka mereka selama beberapa minggu. Kini, lintah diakui sebagai pembantu manusia. Di kerongkong tempat isapannya terdapat tiga rahang yang berbentuk seperti setengah gergaji yang dihiasi sampai 100 gigi kecil. Mengambil masa selama 30 minit lintah untuk menyedut darah dan didapati sebanyak 15 ml darah yang diisapnya. Darah tersebut sudah cukup untuk menampung hidupnya selama setengah tahun (6 bulan).Dalam air liur lintah mengandungi zat aktif yang dianggarkan terdapat 15 unsur, di antaranya zat yang terkandung dalam putih telur “hirudin” yang bermanfaat untuk melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandung “penisilin”. Lintah juga digunakan sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia maupun depresi, juga untuk merangsang mata, mengempiskan lidah bengkak, dan meringankan rasa sakit usus buntu serta perdarahan.
Selain itu, terdapat juga ubat-ubatan yang berasakan daripada haiwan yang berguna kepada manusia contohnya ubat pencair darah, Low Molecular Weight Heparin (Clexane) yang mengandungi porcine daripada babi, dan banyak lagi organ atau fizikal haiwan yang boleh digunakan dalam dunia perubatan seperti Darah belangkas, yang mengandungi bahan yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan. Vitamin A yang diperbuat daripada telur, susu, dan hati adalah di antara sumber semulajadi makanan yang kaya dengan vitamin A. Vitamin A terdapat pada bahagian lemak susu, oleh itu ia tidak terdapat pada susu tanpa lemak.
Rujukan ;
http://dungun.blogspot.com/2007/03/info-tentang-lintah.html
http://www.jphpk.gov.my/Malay/berita/Jul07%202a.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Organ_xenotransplantation
http://moodpro.tripod.com/infoubat/vit_A.htm
2. How agriculture is benefited from animal-human relationships?
Kepelbagaian genetik ialah kepelbagaian dalam spesies yang diukur mengikut variasi dalam gen setiap tanaman, haiwan dan mikroorganisma. Kepelbagaian genetik berlaku dalam dan antara populasi suatu spesies. Kepelbagaian spesies merujuk pelbagai organisma hidup di dunia. Manakala kepelbagaian ekosistem merujuk pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi dalam persekitaran daratan, persekitaran laut dan persekitaran akua yang lain. Biodiversiti merujuk kepada unsur semula jadi yang meliputi haiwan, tumbuhan dan mikro organisma yang membantu sistem ekologi. Ia membantu mengekalkan kepentingan keseimbangan atmosfera bumi, melindungi tadahan air, memperbaharui tanah dan mengitar semula nutrien. Semua benda hidup adalah saling berkaitan bagi mencapai keseimbangan dalam sesuatu ekosistem ini kerana jika sesuatu ekosistem terganggu akibat daripada sebarang pencemaran dan ini faktor habitat haiwan terancam dan menyebabkan gangguan kepada siratan makanan. Pertanian juga boleh mempengaruhi siratan makanan dalam sesuatu kawasan contoh kawasan sawah padi, kelapa sawit atau ladang – ladang yang besar.
Pertanian juga memberikan faedah dalam hubungan manusia dan haiwan manusia. Bidang pertanian membekalkan sumber makanan kepada haiwan dan manusia contohnya penanaman jagung, padi, ladang buah-buahan hasil- hasil tersebut boleh digunakan kepada haiwan dan manusia. Jika dilihat melalui penanam padi masih terdapat masyarakat kampung yang menggunakan haiwan peliharaan seperti kerbau untuk membajak sawah padi hal ini secara tidak langsung menunjukan manusia memerlukan haiwan tersebut untuk proses penanaman padi. Hal ini dimana jika petani tersebut menggunakan haiwan seperti kerbau dalam penanaman padi masalah pencemaran akan dsapat dikawal berbanding dengan petani moden yang menggunakan jentera berat yang memerlukan kos penyelengaraan yang tinggi dalam masa yang sama juga penggunaan jentera dalam penanaman padi ini boleh meningkatkan pencemaran seperti tumpahan minyak menyebabkan Kualiti tanaman kurang subur dan mudah rosak.
Dari segi kawalan biologi dikawasan-kawasan ladang-ladang manusia menggunakan haiwan seperti ular, burung hantu dan sebagainya untuk mengawal kerosakan daripada haiwan perosak yang boleh menyebabkan pertumbuhan pertanian tersebut terencat. Keadaan ini menunjukan manusia memerlukan haiwan untuk mengawal populasi disesuatu kawasan untuk mengimbangi keseimbangan ekologi serta mengawal siratan makanan secara tidak langsung.
Selain itu faedah dalam strategi pertanian berasaskan ekologi merupakan komponen pengurusan mementingkan pengekalan dan perkembangan sumber pertanian seperti tanah, fauna, tumbuhan dan biodiversiti dengan menitikberatkan kaedah pembangunan yang menggalakkan petani turut bekerjasama menjalankan kegiatan pertanian yang selaras dengan keperluan sosio ekonomi dan keadaan alam sekitar dan ini menjelaskan pertanian memberikan faedah kepada manusia dan haiwan.
Dalam kegiatan pertanian menunjukan manusia dan haiwan sering memerlukan jika dilihat melalui tanaman campur misalnya padi diselang seli dengan pokok herba seperti serai, kemangi, koriender dan halia, sayur-sayuran diselang seli dengan pokok ubi ubian, koko ditanam dengan kelapa pisang dan sebagainya dalam pertanian campur ini manusia dan haiwan dapat berinteraksi bagi mengawal kesimbangan pertanian tersebut hal ini dimana sisa perkumuhan haiwan diperlukan bagi penghasilan nutrien kepada kesuburan tanah tersebut dan ini membolehkan hasil yang baik berbanding dengan penggunaan baja-baja kimia.
Secara kesimpulanya, pertanian menyumbang kepada keseimbangan siratan makanan malah bukan sahaja kepada sumber makanan tetapi kepada keseimbangan ekologi. Aktiviti pertanian telah menunjukan bagaimana haiwan dan manusia berinteraksi dan bersaing untuk mendapatkan sumber makanan serta manusia memerlukan haiwan dalam pertanaian bagi memperolehi hasil keluaran yang baik.
Rujukan ;
http://re-searchengines.com/0707zoeraini.html
http://www.nre.gov.my/opencms/opencms/NRE/BM/Services/Biodiversity/biodiversity.html
http://210.48.148.125/v5/print.php?grp=2&key=1359
3. Discuss animal-human interactions in the perspective of aesthetic that you can see in Malaysia?
Menurut kamus Oxford, Nilai estetik ialah berkaitan dengan kecantikan atau penghargaan sesuatu perkara. Hidupan liar banyak menerapkan nilai estetik ke dalam persekitaran bandar dan luar bandar dengan keindahan semulajadinya. Walaupun manusia suka melihat hidupan liar, namun pada masa yang sama mereka juga mengancam hidupan ini. Hubungan diantara manusia dan haiwan selalunya terjalin berdasarkan kepentingan dan minat manusia terhadap sesetengah spesis haiwan. Serengga, mamalia,reptilia,burung dan ikan adalah diantara binatang yang biasanya menarik perhatian orang ramai. Manusia menghargai hidupan liar dengan mendirikan zoo dan safari. Sebagai contoh, negara Afrika mempunyai zoo yang menampung pelbagai spesis binatang liar yang mempunyai ciri-ciri dan nilai estetik yang tersendiri. Di negara kita sendiri juga mempunyai zoo yang baik seperti zoo Taiping yang memberi Peluang yang menarik untuk masyarakat mempelajari tentang hidupan liar disamping menghargai alam semulajadi sementara itu juga para pelawat berpeluang untuk melihat hidupan liar yang dipamerkan dalam suasana semulajadi sambil berehat dan bersuka-ria.. Selain itu, manusia juga banyak mencipta dan menghasilkan produk berasaskan haiwan seperti cenderamata, corak batik, animasi, dokumentari dan sarkas. Sabah contohnya menjadi destinasi pelancong asing mahupun dalam negeri kerana kepelbagaian flora dan fauna. Spesis yang jarang seperti monyet Belanda atau Bayau boleh dijumpai di hutan Kinabatangan yang sememangnya mempunyai bentuk fizikal dan ciri-ciri estetik yang menarik. Selain itu, ‘KK wetland’ yang terdiri daripada ekosistem bakau menjadi habitat untuk burung-burung yang berhijrah serta binatang yang hidup di situ. Secara kesimpulannya, di Malaysia khususnya negeri Sabah mempunyai ekosistem yang pelbagai. Kepelbagaian ekosistem ini bererti Sabah mempunyai spesis haiwan yang banyak dan setiap spesis itu mempunyai nilai estetik yang tersendiri.
Rujukan ;
http://www.geocities.com/dolphinums/isu_kepupusan_spesis_haiwan.
http://www.zootaiping.gov.my/bm/frame-aboutus.html
4. Can natural resources can be maintained with modernization of human? How?

Pengekalan sumber semulajadi dapat dilakukan walaupun zaman terus menuju kearah kemajuan. Pemuliharaan dan Pemeliharaan sumber semulajadi ialah usaha pengurusan secara bijaksana supaya sumber ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang.
Sumber Bumi adalah terhad. Dengan penambahan populasi dunia, lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar. Pada masa yang sama, kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies hidupan yang ada.
Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuklah seperti mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan lia . Contohnya, hutan dara, hutan simpanan, dan taman negara seperti Taman Negara. Pahang, Taman Negara Kinabalu di Sabah, Taman Negara Bako, Taman Negara. Mulu dan Taman Negara. Niah di Sarawak . Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha pemeliharaan. Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau, misalnya di Matang, Perak dan Pulau Kukup, Johor. Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan, seperti Ikan dan Penyu di pantai timur dalam negeri Terengganu,
Tuntung di Perak dan Orang Hutan di Sabah dan Sarawak. Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwan-haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya. Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut . Contohnya taman-taman marin di Pulau Redang , Pulau Tioman, pulau Paya, Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi.
selain itu agensi kerajaan yang bertanggungjawab harus mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun dibenarkan menangkap, menembak atau menjualnya . Antara spesies-spesies terpelihara ialah Orang Utan, Siamang, Kera, Badak Sumatera dan Harimau .
Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar dengan mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupan liar.
Penghutanan semula, iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah pokok balak ditebang. Pendidikan: Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar. Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnakan habitat hidupan air.

Rujukan ;
Sumber Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
5. Explain the importance of wildlife management?.
Pengurusan hidupan liar ini adalah sangat penting bagi tujuan menjamin generasi akan datang mengenali alam haiwan. Ini kerana jika hidupan liar ini tidak di urus dengan baik berkemungkinan banyak hidupan liar yang menjadi pupus dan generasi akan datang hanya dapat melihatnya daripada gambar atau yang telah diawetkan, tetapi mereka tidak dapat mengkaji sifat dan ciri dalaman haiwan yang telah pupus ini.
Selain itu, melalui pengurusan hidupan liar ini juga hidupan liar boleh dijadikan sebagai sumber terikan kepada pelancong. Di antara usaha-usaha yang telah berjaya dilaksanakan bagi mengurus haiwan ini adalah seperti Taman Negara Afrika, Zoo Negara Malaysia dan banyak lagi telah berjaya menjadi terikan pelancong sama ada daripada dalam dan luar negara. Ini kerana terdapat sesetangah haiwan ini tidak terdapat di kawasan yang lain dan jika ada tetapi haiwan ini berbeza contohnya gajah yang terdapat di Malaysia tidak sama dengan gajah yang terdapat di Afrika. Oleh itu, haiwan ini menjadi daya terikan kepada para pelancong.
Kehidupan seharian kita banyak bergantung kepada haiwan. Oleh itu sumber-sumber haiwan mempunyai kepentingan tersendiri dalam kehidupan manusia. contohnya kita bergantung kepada haiwan untuk mendapatkan sumber makanan. Seperti ikan yang banyak banyak membekalkan sumber protein, daging haiwan dan sebagainya. Demikian juga dalam penghasilan produk ekonomi bukan-makanan seperti kain bulu, gading dan sebagainya. Pada suatu masa dahulu, manusia bergantung kepada haiwan sebagai kenderaan tunggangan dan membantu melaksanakan tugas-tugas berat, termasukalah penggunaan kerbau, lembu, kuda dan gajah. Oleh itu, pengurusan hidupan liar ini amatlah penting kepada haiwan liar tersebut dan manusia sendiri.
Pengurusan hidupan liar juga penting kerana sumber haiwan ini, turut digunakan dalam sector bio-perubatan seperti penggunaan venom atau bisa, penghasilan vaksin daripada kuda, pacat serta monyet dalam penyelidikan perubatan. Hidupan liar bukan sahaja sebagai sumber makanan malahan berperanan penting dalam penghasilan bahan perubatan untuk kegunaan manusia.
Kepentingan lain pengurusan hidupan liar adalah dari segi nilai ekologi haiwan tersebut dalam rantaian makanan dan penggunaannya dalam aktiviti kawalan biologi untuk pertanian seperti pengunaan burung hantu di kawasan ladang kelapa sawit bagi mengawal makluk perosak yang memakan buah kelapa sawit dan banyak lagi haiwan lain yang digunakan sebagai alat kawalan secara biologi.
Rujukan
Mader, S.A. (1995). Biologi: Evolusi, Kepelbagaian & Persekitar. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur (terjemahan).
http://www.wildlife.gov.my/bhg_PArezabPenuh.htm
http://www.geocities.com/dolphinums/isu_kepupusan_spesis_haiwan.htm

Email to : Bakhtiareffendi@yahoo.co.uk

0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS