Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

kesan Kejadian ribut kuat di Sabah

♠ Posted by amsran in ,
Amran yang di keluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 10 Julai 2015@ 11:54PM menandakan ribut kuat dan angin kencang akan bertiup. Ribut tersebut telah banyak mendatangkan kesan kepada penduduk negeri sabah kerana telah menyebabkan kerosakan sekali gus menyebabkan kerugian. Namun begitu, bersyukur tidak ada kemalangan jiwa terjadi. ini merupakan dugaan kepada mangsa ribut tersebut pada bulan puasa dan tinggal beberapa hari lagi bakal menyabut hari raya adilfitri. Semoga banyak bersabar.

Amaran daripada Jabatan Meteorologi malaysia 

  

AMARAN KATEGORI KEDUA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: AMARAN UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Kudat) dijangka berterusan sehingga Ahad, 12 Julai 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, P.Pinang, Sarawak (Miri), Sabah (Pedalaman & Pantai Barat) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad, 12 Julai 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Ahad, 12 Julai 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad, 12 Julai 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Dikemaskini pada 10 Julai 2015, jam 11:54PM

Antara gambar kesan ribut yang melanda sabah pada 10 Julai 2015. Angin ribut tersebut dikatakan menyebabkan banyak kerosakan.


kesan ribut
kerosakan teruk di tempat letak kereta
angin ribut
Seria  Negara Brunei Darusalam
angin ribut
daun-daun dan sampah yang dibawa oleh angin kencang
angin kencang
sebuah kereta yang dihempap oleh pokok tumbang akibat tiupan angin
kesan ribut taufan
kemah dan cenopy para peniaga di tamu dan bazar ramadhan Pekan Beaufort habis rosak
ribut
atap sebuah rumah diterbagkan oleh angin
ribut
zink dan atap rumah yang terbang dibawa angin sehingga ke jalan raya
angin kencang
sebuah rumah Kampung di Sipitang Sabah yang atap rumahnya diterbangkan angin tersebut
ribut di sabah
pokok yang tumbang ke sebuah rumah
ribut di sabah
atap diterbangkan angin
pokong tumbang ditiup angin
pokok tumbang

Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2015 bagi seluruh Malaysia


Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2015
Menu Sahur  hari pertama
Selamat berpuasa diucapkan kepada seluruh umat Islam. Marhaban Ya Ramadhan  telah datang dan bertemu semula kepada semua kaum muslimin dan muslimat untuk menunaikan ibadat puasa pada bulan suci ini. Sebagai umat islam kebiasaannya pada bulan ini amal ibadah ditingkatkan bebanding bulan-bulan yang lain kerana pada bulan Ramadhan ganjaran amalan kita berganda.oleh kerana itu, jom.! marilah kita berebut-rebut meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga ibadah kita juga sepanjang bulan ini diterima Allah SWT. 

Dibawa ini ada sedikit perkongsian niat puasa sebagai  flashback dan panduan Jadual waktu berbuka Puasa dan Imsak tahun 2015 bagi seluruh Malaysia.

Sedikit Perkongsian Niat Puasa di bulan Ramadhan


    Bacaan doa niat puasa Ramadhan sebulan:
    نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
    Nawaitu shauma syahri ramadhaana kulihi lillaahi ta’aalaa
    "Aku niat berpuasa selama satu bulan penuh di bulan Ramadhan tahun ini karena Allah Taala"

      Bacaan doa niat puasa Ramadhan harian:
        نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ
        Nawaitu saumagadin an'adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita'ala
        "Aku niat berpuasa esok hari untuk menunaikan kewajiban puasa pada bulan Ramadhan tahun ini karena Allah Taala".

         

        Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2015 seluruh Malaysia :

        Pada bulan Ramadhan lah masanya kita mengenali diri sendiri kerana ketika ini syaitan tidak ada, yang ada hanya nafsu...kenali lah diri anda tanpa pengaruh syaitan..sekian..

        Semoga mendapat manafaat perkongsian ini kepada para pembaca.
        (credit info http://www.berjibaku.com and http://www.islam.gov.my)

        Sembutan Hari Lahir Nur Alya

        ♠ Posted by amsran in

        Umur Nur Alya 2 tahun

        Selamat pagi Jumaat semua!!! cepat sungguh masa berlalu..macam tak sangka dah umur Nur Alya  masuk 2 tahun. Sembutan hari lahir Nur Alya kali ini sangat meriah kerana ramai jamputan hadir yang terdiri daripada saudara-mara terdekat. Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar. Asalnya buat majlis cukup untuk alah kadar jemput 2, 3 buah rumah sahaja. Last-last kena jemput ramai-ramai macam buat kenduri, kerana dapat sponser daripada nenek Alya..menu hidangan untuk jemputan pun bermacam-macam jenis. Apa pun sama dengan ibubapa yang lain kami mengharap yang terbaik kepada Nur Alya membesar dan berjaya di dunia dan akhirat..


        Sembutan hari lahir
        kek tempahan khas, kalau nak tempah boleh PM  COD area PAPAR, Sabah
        Sembutan hari lahir
        umi, abi, along dan adek
        Sembutan hari lahir
        happynya alya  dapat banyak hadiah
        Sembutan hari lahir
        judah yang dihidangkan kepada tetamu
        Sembutan hari lahir
        menikmati kari ketam sambil behibun bilang orang brunei
        Sembutan hari lahir
        antara jemputan yang datang terdiri daripada saudara mara dan jiran tetangga

        Terbaru 13 Jun 2015 gempa bumi di sabah berukuran 5.1 Richter

        ♠ Posted by amsran in
        Sabah telah ditimpa satu lagi gempa bumi pagi ini 13 Jun 2015, lapan hari selepas kejadian pertama menuntut 18 nyawa.

        Menurut sumber Jabatan Kajicuaca Malaysia melaporkan dalam laman Facebooknya gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku pada 2.29 am waktu tempatan, 25 km di luar Kota Belud.

        Gegaran dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.

        Dalam gempa bumi sebelumnya, berukuran 6.0, beberapa pelajar Singapura juga terbunuh di Gunung Kinabalu. 
                           
        gempa bumi di sabah
        gegaran yang di rasai pada jam 2.29 pagi menyebabkan ramai yang terbangun dan meninggalkan rumah masing-masing ke kawasan yang lebih selamat bagi langkah berjaga-jaga

        Apabila anak jati kelahiran Kundasang Bersuara

        Apabila anak kelahiran Kundasang bersuara

        DR.  RAMZAH  DAMBUL
        Gambar di Mesilau, Kundasang bersama Dr. Rem  semasa membuat kerja lapangan  pada 6 Oktober 2016
        Fahami dan hayati setiap rangkap perkataan yang ditulis oleh Dr. Rem bersabit tragedi gempa bumi yang menimpa para pendaki di gunung kinabalu pada 5 Jun 2015.Tragedi tersebut telah meragut 18 nyawa yang terdiri daripada 7 orang warganegara malaysia, 9 orang daripada Singapura, dan 3 orang mangsa masing-masing daripada nergara Filipina, Jepun dan China.Semantara itu, hingga kini di dalam laman sosial terlalu banyak isu berbangkit berkaitan kejadian tersebut yang menjadi viral.. mendatangkan kemarahan dan tidak senang kepada rakyat khususnya penduduk Sabah sendiri. Apa? niat dan motif saya pun tidak tahu...

        TANAK DUSUN BUNDULIWAN DAN SI AKI NABALU

        i) Tiap kali tragedi berlaku, ramai manusia ingin menjadi Tuhan. Mereka taksub berfirman tentang kemungkaran, pembalasan, dosa dan pahala: dengan nada wahyu yang sangat yakin. Seolah-olah di dada mereka, terletaknya jiwa Tuhan yang maha mengetahui segala-galanya.
        Setiap malapetaka di alam fana adalah rahsia Tuhan. Sama ada ia hikmah tersembunyi, pembalasan, peringatan, ujian atau dugaan: hanya Tuhan yang tahu motifnya. Manusia cuma perlu menerima dengan redha. Buat refleksi diri, kemudian mengambil iktibar dari segala musibah. Bukan hak manusia untuk saling menghukum sesama sendiri. Sebab itu adalah tugas asasi Tuhan, sang pencipta dan pentadbir dunia semesta ini.
        Teori saya begini. Sebenarnya mereka kemaruk sangat mau jadi Tuhan sebab gagal jadi manusia. Tapi ingatlah, menjadi Tuhan bukan senang. Ia menuntut kualiti yang tidak mungkin dapat dicapai oleh insan biasa. Jadi nasihat saya begini. Kalau kamu tak reti jadi manusia, lebih baik pilih jadi binatang atau tumbuhan. Itu lebih mudah. Sebab mahu ikut perangai babi atau kacang lupakan kulit, tidak sesukar mahu meniru-niru keagungan Tuhan.

        ii) Tidak kurang juga yang mahu jadi Menteri Internet sebab tiada kelayakan jadi Menteri Kabinet. Sekadar baca spekulasi yang disebar oleh angin teknologi, tapi sudah gigih buat judgement dan polisi-polisi khalayan sendiri. Itu tidak betul, ini tidak betul. Kerajaan tak pandai buat kerja, blah, blah. Patut begitu, patut begini. Riuhnya mengalahkan murai betina yang sedang sakit bertelur songsang.
        Menjadi pemimpin bukan senang. Pilihan logistik yang dibuat pada saat-saat genting begini memang subjektif sifatnya. Setiap orang ada pandangan tersendiri. Tetapi proses untuk mencapai keputusan itu tidak subjektif. Ia adalah realiti. Ada orang buat keputusan sambil ampai-ampai di rumah surfing internet 24 jam. Macam ular sawa kenyang lepas menelan seekor ibu tenuk. Ini realiti pertama.
        Realiti yang satu lagi: wakil-wakil penting autoriti (TPM, CM, wakil parlimen dan ADUN Ranau, etc) turun ke kawasan kejadian. Meninjau semua tempat yang kritikal. Mendengar sendiri dari pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dengan bencana. Bukan saja melihat dengan mata sendiri kerosakan-kerosakan yang berlaku, bahkan turut merasa dari dekat perkongsian tangis dan rintihan mangsa. Semua itu beroperasi di LAPANGAN SEBENAR. Bukan dalam media sosial di komputer riba atau smart iPhone.

        iii) Persoalannya sekarang: adakah wira-wira siber yang mengularsawa tapi kepoh di media sosial, lebih tinggi martabat daripada orang-orang yang turun dengan tulang kaki ke lapangan sebenar? Ya, tidak salah beri pandangan. Kita semua ada pendapat dan berhak suarakannya. Tapi jangan lebih sudu dari kuah. Kongsikan dengan semangat mahu bantu agar situasi bertambah baik. Bukan dengan niat meremeh-remehkan usaha orang lain.
        Kalau kemaruk mau jadi menteri, senang saja bah. Pakai songkok, buat poster besar-besar. Tulis nama penuh ikut IC, kemudian bertanding dalam pilihanraya. Gerenti ada peluang jadi waibi, dan siapa tahu boleh jadi menteri. Bukan tempek gambar gampang ntah apa-apa, kemudian letak pula nama sial yang tidak dikenali. Lepas itu, melalak-lalak di FB macam tupai liar yang putus ekor digilis lori balak.
        Kita tidak boleh sembuhkan luka dari tragedi dengan melontar seribu spekulasi dan menyalakan api benci. Kerana sengketa hanya menyimbah garam kepada luka yang sudah terlalu pedih. Dalam detik-detik berkabung begini, yang kita semua perlukan adalah cinta. Ya, tiada yang lain, kecuali cinta sesama kita.
        iv) Ada juga yang tekun melaga-lagakan pihak yang terlibat dalam operasi SAR (search and rescue). Menyanjung para malim gunung dan penduduk kampung, itu tidak mengapa. Memang wajar. Tetapi mengutuk dan mencemuh ahli-ahli pasukan penyelamat lain: ini jijik lagi menjijikkan. Saya agak sensitif pasal ini, sebab saya ada ahli keluarga dan kawan baik yang terlibat dalam SAR: sama ada atas kapasiti agensi berautoriti, malim gunung mahupun sukarelawan penduduk. Mereka semua berkoordinasi dengan baik, tanpa sebarang prejudis dan prasangka. Tidak timbul isu siapa buat kerja lebih, siapa yang tidak.
        Malim gunung (majoriti) dan penduduk kampung adalah natif Dusun Bunduliwan yang terkenal dengan sifat santun dan rendah hati. Mereka tidak ketagih sanjungan. All they want to do is to help the stranded climbers and bring them to safety. Secara natural, tentulah mereka akan jadi tulang belakang penting dalam usaha-usaha mencari dan menyelamat. Sebab seluruh kehidupan, inilah dunia mereka. They know this place much better than anyone else. Bagi orang luar, gunung ini adalah Kinabalu, kemuncak tertinggi di Malaysia. Bagi natif Bunduliwan di sekitar pergunungan, ini adalah "Aki Nabalu”.
        Mereka bukan saja kenal secara fizikal segenap liku dan ceruk terrain banjaran serta rimba Nabalu. Mereka juga ada ikatan spiritual yang kuat dengan tanah leluhur ini. They don’t get intimidated by the ‘angry mountain’. They don’t fear to be buried alive. Because for them: this is their “Aki Nabalu”. Tempat persinggahan dan semayam roh nenek moyang. If anything bad happens, it is an honour to face a death there.

        v) Itulah semangat malim gunung dan penduduk natif. Jadi, individu begini (yang tidak dihantui ketakutan) yang perlu terajui inisiatif SAR di baris hadapan. Because when you don’t have fear, your hearts and minds will function more orderly. Thus, you can make a much better decision at the most critical moment. Tidak perlu mencemuh para pasukan penyelamat yang seolah-olah jadi “second fiddle” dalam operasi ini. Prinsipnya mudah. Let the best persons handle the toughest tasks. Yang lain boleh selaraskan hal-ehwal logistik di pusat bantuan. Tolong menolong.
        Tahukah kamu apa yang tertulis di poin tertinggi Gunung Kinabalu? Meski kemuncak itu dinamakan Low’s Peak (kerana ia ditawan kali pertama oleh explorer Inggeris, Hugh Low): namun tugu memori yang bertakhta di sana adalah tentang Gunting Lagadan. Seorang natif dari Bundu Tuhan (tempat asal kedua ibubapa saya) yang menjadi guide (malim gunung) kepada rombongan Sir Low. Transkripsi pada tugu itu ditulis dalam Bahasa Dusun dialek Bunduliwan: “Id Kahandaman di Gunting Lagadan Huguan Mana-Nanud Id Nuluhan Kinabalu 1888-1966”. Yang bermaksud: “Tanda Peringatan Untuk Gunting Lagadan, Ketua Malim Gunung Kinabalu 1888-1966”.
        "Ketua Malim Gunung” (Huguan Mana-nanud Id Nuluhan) sebenarnya satu transilasi yang kurang tepat, sebab konteks budaya “huguan” dalam tradisi Dusun adalah lebih tinggi. Ia bermaksud “paramount leader/chief” (supreme, more important than anyone else!). Gunting Lagadan hanya simbol huguan. Tapi hakikatnya, seluruh natif Bunduliwan di pergunungan ini (Bundu Tuhan, Kiau, Komburongoh, Kundasang) adalah “huguan mana-nanud id nuluhan Kinabalu” yang sejati. That is why the inscription is sealed neatly at the highest peak of Nabalu: to remind everyone that nobody understands this majestic mountain more than we, the Nabalu Bunduliwan natives, do.

        vi)  Sehari selepas gempabumi, saya pulang ke Kundasang untuk meraikan perkahwinan anak perempuan sulung abang saya di Dewan Masyarakat. Anak saudara saya bertemu jodoh dengan jejaka dari Pitas. Sungguhpun kampung halaman mereka terpisah oleh rabung gunung - yang perempuan di selatan, yang lelaki di utara, dan Kinabalu di tengah-tengah - namun jodoh mereka tetap bertaut mesra di bumi permai Kundasang.
        Sebelum pulang ke KK, saya sempat ambil gambar berlatar Kinabalu yang megah menjulang. Agak sedih sedikit melihat ‘luka-luka’ pada gunung akibat runtuhan. Selalunya Aki Nabalu kelihatan gagah dengan satu nada warna dari puncak sampai ke kaki. Tapi kini ia kelihatan seperti pahlawan yang calar-balar ditusuk seribu pedang. But I know for sure, time will heal everything. We will survive this.
        Bagi orang luar, mungkin gempa itu telah menukar persepsi mereka secara drastik tentang Kundasang yang penuh pesona dan permai. For us, it doesn’t change anything. Kami masih mensyukuri kurnia Tuhan atas tanah yang makmur dan indah ini. Kawasan ini memang terletak hampir dengan epicenter gempa, yang mencetuskan getaran setiap 20-25 tahun (berdasarkan trend statistik geologi). Sebelum ini, ia pernah berlaku pada tahun 1966 dan 1991 (Note: There could be earlier events pre 1960s, but perhaps they are not properly recorded).

        vii)  Maksudnya apa? Selama 25 tahun, Tuhan menghadiahkan kami keindahan struktur semulajadi Nabalu yang menakjubkan dan hawa gunung yang segar SETIAP HARI. Dalam tempoh itu pula, kami cuma diberi gegaran selama 10-20 saat.
        Saya fikir Tuhan maha adil lagi penyayang. Tidak wajar kita kufuri nikmat bertahun-tahun hanya kerana kifarah beberapa saat. Yang nyata, kurnia positif dari-Nya jauh lebih banyak dari dugaan negatif. Marilah kita semua berterima kasih dan bersyukur.
        Takziah kepada semua keluarga mangsa, dari kalangan natif dan luar. Percayalah, tiada luka yang tidak boleh disembuhkan. Together, we all will heal. Have trust in HIM.

        DR.  RAMZAH  DAMBUL

        Rujukan asal daripada http://remdambul.blogspot.com sini

        GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

        Jom ... Join Giveaway EFG mega Raya 2015 RM3100

        Cara mudah untuk join Giveaway ini Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog anda.


        Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

        Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

        Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

        giveaway efg mega raya 2015

        { Click banner di atas untuk sertai }

        Hadiah :

        SEO

        RM300 x 1 pemenang
        RM200 x 1 pemenang

        RM100 x 1 pemenang

        RM100 Cash x 25 pemenang

        Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


        Syarat-syarat wajib :

        1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

        2. Follow blog sponsor

        4. Follow Instagram

        5. Add facebook
        6. Follow G+
        7. Like facebook page
        Helenz Signature Official
        K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
        Exchangefeedgroup
        irrayyan.com Official FB
        Arzmoha
        Nik Ainaa
        Amy Si Gadis Weird
        Rahim Aim Channel

        AIN Dramatic Uniq Blog

        ShamieraOsment.com
        CikGu NoraZimah
        YanieYusuf
        syirasophie.blogspot.com
        Chenta Hati Saya
        Diari Jejaka Hangat
        Kumahuitu.blogspot.com
        Official Pages "Qaseh Ku"
        Shahira's blog
        Akif Imtiyaz Official Blog
        Isolabellaz
        Eny Abdullah Cooking & Photography
        PowergolD.BiZ
        Papaglamz
        MMD One Stop Centre
        P.C.L
        Blog BingkisanHati
        Cikk mimin mera
        Shaklee House Pantai TIMUR
        Zulls Grill N Spices
        Nota Purba
        Nukilan Reena
        Mia Zain
        Kanvaskehidupanku
        Mommy Yoorin
        Sayidahnapisahdotcom
        safuraonlinediary
        Anajingga
        Bicara Mummy
        Aku Penghibur [dot] com  
        SIpanjangkata Likers



        GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

        di sponsor oleh

        Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
        Madeena Skincare by Helenz Signature
        dan




        EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

        RANDOM POSTS