Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

CARA PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH/KAHWIN BAGI NEGERI SABAH

♠ Posted by amsran at 10:54 AM
Kali ini saya akan kongsikan cara membuat permohonan nikah/ khawin bagi negeri Sabah sebagai panduan dan rujukan kepada mereka yang bercadang ingin menamatkan zaman bujang dan yang sewaktu dengannya.. harap banyak membawa manafaat kepada semua.


CARA PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH/KAHWIN BAGI NEGERI SABAH
contoh borang nikah

SENARAI BORANG PERMOHONAN LELAKI :

(1). Borangpermohonan kebenaran berkahwin / nikah.
(2). Salinan MyKad/Pasport /Surat Beranak pemohon (disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara/Jabatan Imigresen Malaysia/ Kedutaan) (1 salinan)
(3). Salinan Kad Pengenalan 02 orang saksi Borang (1 salinan setiap 1)
(4). Borang permohonan nikah luar Daerah( bagi nikah luar Daerah borang kebenaran akan dikeluarkan oleh pihak JHEAINS daerah masing-masing.
(5). Laporan Kesihatan (HIV) daripada Hospital atau kelinik.
(6). Sijil Kursus praperkahwinan Islam (salinan dan original)
(7). Surat Pengesahan Bujang/Teruna/Dara dari majikan (jika bekerja/ Ketua Kampung di mana pemohon tinggal (jika tidak berkerja)/melalui Akuan Berkanun.

SENARAI BORANG PERMOHONAN PEREMPUAN :

(1). Borangpermohonan kebenaran berkahwin / nikah.
(2). Salinan MyKad/Pasport /Surat Beranak pemohon (disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara/Jabatan Imigresen Malaysia/ Kedutaan) (2 salinan)
(3). Salinan Kad Pengenalan wali (2 salinan)
(4). Surat akuan (untuk yang tak ada bapa kandung)
(5). Salinan Kad Pengenalan 02 orang saksi Borang (1 salinan setiap 1)
(6). Laporan Kesihatan (HIV) daripada Hospital atau kelinik.
(7). Sijil Kursus praperkahwinan Islam (salinan dan original)
(8). Surat Pengesahan Bujang/Teruna/Dara dari majikan (jika bekerja/ Ketua Kampung di mana pemohon tinggal (jika tidak berkerja)/melalui Akuan Berkanun.

DOKUMEN LAIN (JIKA BERKAITAN)

(1). Kebenaran Berkahwin Luar Kariah/Daerah/Negeri (jika berlainan alamat dengan tempat perkahwinan).
(2). Kebenaran berkahwin dari pihak Berkuasa Negara Asal/Pihak Kedutaan (bagi bukan Warganegara Malaysia)
(3). Kebenaran daripada majikan (Tentera/ Polis)
(4). Sijil/Surat Keterangan Memeluk Agama Islam
(5). Sijil nikah Ibubapa (jika pemohon perempuan anak pertama/ anak lelaki pertama yang akan menjadi wali)
(6). Akuan Berkanun wali yang menyatakan pertukaran/perpindahan wali (jika berpindah Wali Nasab)

(7). Sijil Cerai (surat pengesahan cerai) atau surat mati suami/isteri.

(8). Akuan Berkanun yang menyatakan tidak lagi pernah berkahwin atau bertunang (jika pemohon pernah bercerai atau kematian suami/isteri)
(9). Kebenaran berkahwin dari mahkamah syariah:
  1. a. Kebenaran Poligami (jika telah beristeri)
       
  2. b. Kebenaran kahwin bawah umur (Lelaki: bawah 18 tahun,  Perempuan: bawah 16 tahun)
       
  3. c. Kebenaran Wali Hakim (jika perempuan tiada Wali Nasab)
       
  4. d. Kebenaran Berkahwin jika pemohon adalah seorang janda yang mendakwa diceraikan sebelum disetubuhi.
       
  5. e. Mendapatkan pengesahan pembubaran perkahwinan, jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam (Seksyen 46(2), Eukins 2004).
       
  6. f. Mendapatkan kebenaran dari Mahkamah Syariah (permohonan poligami) bagi Lelaki yang hendak berkahwin dalam tempoh 'iddah isteri (Seksyen 47(16), EUKINS) 
  7.  
  8.  
Setelah kesemua dokumen yang diperlukan telah lengkap barulah hantar permohonan tersebut ke Pejabat JHEAINS daerah tempat majlis Nikah. Urus sekali dengan Iman juru nikah.

Nota: sekadar cadangan untuk memudahkan urusan permohonan nikah dan sebarang  kemuskilan boleh berhubung dengan pihak JHEAINS yang terdekat.

SUMBER : http://www.jheains.sabah.gov.my

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS