Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Bantuan Raykat 1Malaysia BR1M 2017

♠ Posted by amsran in ,, at 3:17 PM
PERINGATAN
MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti berikut:

a. http://brim-hasil.net/
b. https://www.facebook.com/BR1M3/
c. http://www.br1m.info
d. http://www.br1m.net
e. http://www.br1m2017.com
f.  http://www.bantuanrakyat1malaysia.com
g. https://www.facebook.com/BR1M2017/

Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.

Untuk makluman, LHDNM juga tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berikut adalah bukan milik LHDNM:

+6016-830-1970
+6016-736-9364
+6016-594-7475

LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada tuan / puan yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M dan tuan / puan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

LHDNM menerima aduan dimana terdapat permohonan BR1M 2017 yang dikemukakan kepada pihak ketiga telah dikenakan bayaran. Untuk makluman, kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M 2017. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk hadir terus ke cawangan LHDNM yang berhampiran bagi tujuan permohonan BR1M 2017.

Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.



SEBAB-SEBAB PERMOHON GAGAL BR1M 2017
 

MAKLUMAN

Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Sila klik Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 di semua Cawangan LHDNM.

Untuk makluman, tempoh permohonan BR1M 2017 telah dilanjutkan dari 1 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017. Sila klik Jadual Pembukaan Kaunter pada 1 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017 di semua CawanganLHDNM.

Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2016

Permohonan kemas kini waris adalah sehingga 13 Disember 2016 sahaja bagi membolehkan tuntutan baki bayaran BR1M 2016 (jika ada) ditunaikan sebelum atau pada 15 Disember 2016.

Sekiranya permohonan kemas kini maklumat waris dibuat selepas 14 Disember 2016, waris hanya layak menuntut bayaran SKK 2016 sahaja.

MOF telah menetapkan tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2016 adalah pada 31 Januari 2017. Oleh itu, tarikh akhir kemas kini waris adalah pada atau sebelum 15 Januari 2017.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2017

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Waris perlu membawa dokumen asal berikut:

Sijil Kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara

Kad Pengenalan Asal Waris



SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah

Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.

Kemukakan Salinan:

MyKad bagi pemohon

MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)

Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

NOTIS AMARAN

AMARAN LHDNM BERKENAAN eMEL DAN SMS PALSU BR1M

LHDNM WARN OF FAKE eMAIL AND SHORT MESSAGE SEVICE (SMS) ON BR1M

HUBUNGI KAMI
Hotline BR1M MOF :

03-8882 4565 /
03-8882 4566

eMel : br1m@treasury.gov.my

Faksimili BR1M MOF : 03-8882 3933

Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya


SUMBER : https://ebr1m.hasil.gov.my/




























0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS