Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Bunga kertas cantuman pelbagai warna

Pagi ini sempat juga saya ambil gambar pokok bunga kertas pak cik Hasan jiran sebelah rumah. Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Kerana minat dan hobi pak cik Hasan berjaya menghasilkan pokok bunga kertas pelbagai warna daripada  cantuman beberapa  jenis pokok  bunga kertas  yang berlainan  warna  dan jenis.

Saya percaya ini merupakan hasil daya usaha pak cik Hasan sendiri yang berpandukan GOOGLE  dan YOUTUBE  kerana dari segi assessment through observation  saya, dia seorang yang cepat belajar dan akan berusaha untuk melaksanakan sesuatu perkara sehingga berjaya . Logiknya  mana ada masa dia hadir bengkel dan kelas tanaman pokok  bunga kertas dan belajar  teknik  cantuman namun akhirnya dia berjaya mempelajari teknik tersebut. Apa pun..jom.. Ini merupakan antara gambar pokok bunga kertas yang berjaya diambil.


Bunga kertas
Pokok bunga kertas ini telah berjaya dicantum dengan pelbagai warna
Bunga kertas
Jarang dapat jumpa bunga kertas yang ada lebih dari 1 warna
 
P/S :  kena publish balik post tajuk ni sebab semalam di delete permanently oleh baby Alya..

5 ulasan:

  1. cantik..dulu masa kecik suka jugak kacuk bunga kertas..
    cantas skit batangnya pastu ikat ler kat pokok mana yang nak kacuk..

    BalasPadam
  2. Penuh bunga dari daunnya tu... bertambah lah cantik :)

    BalasPadam
  3. Cantik2 bunga kertas yg dikacukkan ni..

    BalasPadam
  4. Cantik... Geramnya tengok bunga tu

    BalasPadam
  5. waaaaa..teringat dengan kampung.bapa IbuNoey suka tanam bunga kertas ni.lepas tu dikacuk.kalau pergi ziarah kuburan,petik sikit bunga kertas lain-lain warna.lepas tu,letak sedikit kat jug untuk siram kuburan nanti.

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS

  • 26 years old
    Hari ni 24hb Februari 2011 genaplah umur 26 tahun.. bagi meraihkan ulang tahun yang ke 26 ini.. saya sambut bersama Nur Hikmah Binti Othman !!! dekat…
  • ayam goreng kicap haa!!
    Tak bererti kita tak call orang tu kita tak ingat kat dia, tak bermakna kita tak tegur dia kita tak sayang kat dia, tak bermaksud kita tak rapat…
  • struktur bumbung pintu utama bangunan Kk Times Square runtuh
    KOTA KINABALU 2 Feb. - Lima pekerja cedera, seorang daripadanya parah apabila bumbung pada pintu masuk utama sebuah bangunan di kawasan KK Times…
  • Rakaman video dashcam mengejutkan kerana berjaya merakam saat-saat sebuah pesawat penumpang merempuh sebuah jambatan dan terjun ke dalam sebatang sungai di  Taipei, Taiwan pada pagi Rabu
    Rakaman video dashcam mengejutkan kerana berjaya merakam saat-saat sebuah pesawat penumpang merempuh sebuah jambatan dan terjun ke dalam sebatang…
  • Kementerian Kesihatan Malaysia jawab balik Viral berkaitan Kulit Kayu Manis
    Sebelum ini terdapat viral berkitan pebezaan kulit kayu manis yang juga mendatangkan kesan baik dan buruk kepada pegunanya. oleh itu…
  • MEMANCING DI BAGANG BONGAWAN 2 (11/05/2014)
    Memancing di Bagang Bongawan : Sekitar gambar semasa memancing di bagang bongawan pada…