Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

FAKTOR UTAMA JALAN RANAU TELUPID RUNTUH!!!

♠ Posted by amsran at 9:25 AM
RANAU 21 Feb. – Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan jalan utama menghubungkan Kota Kinabalu dengan daerah di Pantai Timur Sabah terjejas teruk kerana berlaku mendapan dan tanah runtuh di Kilometer 120. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Datuk Ir. John Anthony berkata, hujan lebat menyebabkan Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di Kilometer 120 dekat sini mendap sehingga mewujudkan lubang besar seluas lapan meter. Tambahnya, hujan lebat dan air yang bertakung di laluan tersebut turut menyebabkan berlaku tanah runtuh. Katanya, ekoran itu jurutera jabatan tersebut dikerahkan ke tempat kejadian dan membuka satu laluan alternatif bagi pengguna jalan raya. “Bagaimanapun, laluan ini hanya dibenarkan untuk kenderaan ringan. Bagi jentera berat seperti lori dan bas dinasihatkan menggunakan laluan ke utara negeri ini bagi perjalanan menuju ke daerah-daerah di pantai timur,” katanya di sini hari ini. Menurutnya, laluan tersebut yang terletak 100 kilometer ke Telupid, dekat sini mendap dan mewujudkan lubang besar lewat malam tadi.  Beliau memberitahu, JKR masih melakukan pemeriksaan berhubung kesan retakan daripada kejadian itu sama ada ia berkemungkinan boleh memberi kesan kepada paras air bawah tanah di kawasan tersebut.
“Pada masa ini semua jurutera JKR sedang berusaha menambah baik laluan alternatif yang disediakan bagi membolehkan jentera berat melalui jalan ini,” katanya. Jelasnya, lori dan bas yang menuju ke daerah-daerah di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu atau Tawau boleh menggunakan laluan lain iaitu melalui Kota Belud-Kota Marudu-Sapi Nangoh-Telupid. Katanya, kos membaik pulih kerosakan tersebut dianggarkan RM400,000 hingga RM600,000 dan mungkin memakan masa sehingga sebulan untuk disiapkan.
Sehubungan itu katanya, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan Persekutuan untuk kerja membaik pulih jalan tersebut.

sumber ; http://www.mummynemo.com

p/s : ultraman dan raksaksa ni bertarung tu yg menyebabkan tanah runtuh. lain kali carilah tempat lain untuk bertarung inikan dah menyusahkan orang yang mengunakan jalan ini sebagai jalan utama.

1 comments:

  1. jal ada tag kat sini
    http://sayagilerpurple.blogspot.com/2012/02/segmen-jom-blogwalking-follow.html

    ReplyDelete

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS