♠ Posted by amsran at 1:29 PTG
Nasihat kepada sesiapa sahaja....
Dulu time saya sekolah rendah di kampong saya selalu menangkap belalang untuk di buat umpan memancing!!! Biasalah memancing ni hobi saya bersama abang dan adik saya….dan sepupu saya pun lebih kurang juga hobi kami ni…memancing…… paling best memancing udang di sungai Padas!!! best apabila banyak mendapat tengkapan.
Umpan pancing biasalah! guna belalang dan cacing tanah…. Belalang!! Belalang!!
Pernah kah kamu menangkap belalang … mesti pernah kan… kalau tidak pernah buat-buat pernah menangkapnya…..
Yang pastinya
semasa menangkap, kita akan menepuk tangan untuk memerangkap belalang tersebut… ketika itu, kaki belalang tersebut patah… kedua-duanya…. Kita rasa belalang itu sudah tidak bagus kerana kakinya patah… lalu melepaskannya begitu sahaja….!!!
bayangkanlah !!! Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh belalang itu? Ya kamu lepaskan begitu sahaja. Bolehkan belalang itu menyambung hidup dengan kakinya yang patah atau mungkin juga menyebabkan organ-organ penting dalam badan belalang tersebut telah rosak?
Mesti belalang itu akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati.
Dengan kaki yang patah, belalang itu tentu tidak dapat mencari makanan, untuk melompat pun mungkin dia tidak mampu. Belalang itu mungkin disisihkan oleh belalang-belalang lain kerana sudah tidak boleh bergerak aktif lagi.
Nahhhhhh!!! begitulah juga setelah kamu memberi banyak HARAPAN kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi dan mencintai kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh KENANGAN bersama kamu dan mungkin tidak dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingati kamu.
Oleh sebab itu, apabila kamu merelakan hati untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis dan menderita. Cuba bayangkan betapa sakit dan menderitanya si Belalang menjalani hidupnya setelah dilepaskan kembali . Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang terluka kerana mengingati seseorang.
Akan bemulakan satu penderita dan penantian yang tidak pasti!!!Ingatlah,.... Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya...
Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu....
Renungkanlah....
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA