♠ Posted by amsran in pindah ke W. P. Putrajaya at 11:52 PG
Perasan risau dan takut semakin kuat timbul dlm hati apabila tarikh flight untuk mula lapor diri di Jabatan Pedana Menteri W.P.Putrajaya sudah tinggal beberapa hari lagi. Sebelum ini, pernah jauh dari kelurga tapi masih mampu pulang ke rumah pada hari sabtu dan ahad, ketika itu masih lagi menuntut di UMS. Ah!! Itu dulu. Sekarang lain kena naik kapal terbang tambang mahal, dan terikat dengan kerja. Apapun semangat perlu dikuatkan. Sampai bila mahu terkurung di kampung yang tersorok di kawasan pedalaman lembah banjir Sungai Padas. Hijrah ini, membawa banyak makna dalam kehidupanku kali ini. Hanya dorongan dan doa daripada keluarga,insan tersayang, teman karib dan saudara-mara ku menjadi bekalan untuk menguatkan diri. Impian-impian yang menjadi mimpi satu ketika dahulu pastinya tercapai dalam jangka masa terdekat. Semoga pejalanan ini dan sepanjang berada di tempat orang ini mendapat pelindungan dan petunjuk dari pada Allah S.W.T serta dijauhi daripada sebarang pekara yang tidak di ingini terjadi. hati ku!!! hati mu!! tidak akan, pernah berubah!!! walau dimana pun berada!! amin!!
salam..
BalasPadamhye... bro ah chong dh keja ek
congrats ah..