Syukur !!! pada Allah SWT akhirnya saya berjaya juga menamatkan pengajian. Inilah saat yang sangat mengembirakan.. saat ini, Semua rakan-rakan tersenyum tidak sabar untuk naik ke pentas untuk mengambil transkrip ijazah masing-masing.. bayangkanlah dalam 3 tahun ni, rasa macam mahu gila dia buatnya.. asyik berkepit dengan buku dan assignment saja.. disamping itu, kursus-kursus yang diambil bermasalah menyebabkan saya hampir-hampir extend 1 sem... nasiblah semester akhir saya dibenarkan mengambil 27 jam kredit... uu!!! memang teruklah.. Sabtu dan Ahad pun ada kuliah.. apa pun.. semua itu.. telah berlalu dengan pantas.. kini saya kena teruskan perjalanan yang masih jauh... berbekalkan segulung ijazah ...
sahabat-sahabatku..kawan-kawan.. teman-teman.. walau pun selepas ini.. kita sukar untuk bertemu.. kerana masing-masing akan kembali ketempat asal . membawa haluan masing-masing. harap persahabatan kita akan terus berkekalan.. dan mungkin kalau di beri kesempatan kita akan dapat bersama semula.. moga maju jaya sahabat-sahabat ku..
"Amsran bin Sanuin" oh!!! turn saya naik pentas..!!! gelabah juga aku dibuatnya.. ok!! teruskan !!!teruskan!!! usaha selepas ini... kerja.. kerja!!
saya akan post thesis saya dalam masa yang terdekat ....tujuan saya meletakan hasil latihan ilmiah ini di dalam blog saya adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang sedang membuat latihan ilmiah...kerana saya memahami kesukaran semasa membuat latihan ilmiah...oleh itu, gunakan sumber bahan ini sebagai rujukan dan panduan anda!!!
KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD THESIS/LATIHAN ILMIAH SAYA
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA